Entri Terkini :

Bila ada kadang-kadang...

...kadang-kadang kita rasa down. Kadang-kadang rasa bersemangat dan kadang-kadang rasa rajin. Kadang-kadang rasa malas mul amenyerang sehingga nak tengok komputer pun tak ada feeling. "Apasal aku asyik-asyik kena tengok kau je ek?" Kadang-kadang buka FB pun tak tahu apa nak buat. Tak tahu status apa nak dipaparkan dan apa yang hendak diberitahu. Kadang-kadang merapu, kadang-kadang serius. Kadang-kadang rasa jengkel pulak dengan status sendiri. Kadang-kadang rasa nak remove dan kadang-kadang rasa nak deactive forever facebook account.

Walaupun 'kadang-kadang' itu seringkali wujud dalam hati kita, ini melambangkan perasaan kita selalu berubah-ubah. Jadi aku pun turut merasakan perkara yang sama. Kadang-kadang terfikir nak lari jauh dari semua ini. Tapi kadang-kadang tu terfikir juga akibatnya nanti. Bila aku menyendiri mata tak ada pula informasi yang hendak diwar-warkan namun kadang-kadang menyampah nak update. Kadang-kadang juga ras nak update tapi idea langsung tak ada. Itulah, apabila 'kadang-kadang' ni wujud di minda semuanya jadi teragak-agak.

Dan hari ini, aku termenung di hadapan komputer, dari awal pagi tadi aku layan youtube. Nak tahu apa yang aku tengok? Aku just tgk perkembangan semasa. Kadang-kadang rasa bosan, jadi aku alih pula ke video-video lawak. Semua tu sebab aku nak lapangkan dada aku sendiri. Tapi... aku tak faham lah, kenapa kita ni kadang-kadang suka tengok benda yang sama? Hah? Aku rasalah kan, bila kita suka sesuatu benda tu, tengok berulang kali pun tak apa. Kadang-kadang rasa nak tidur depan komputer sahaja.

Jadi itulah yang aku rasa sejak kebelakangan ini. Memandangkan semakin hari aku semakin sepi maka aku membuat keputusan untuk menyepikan diri. Keputusan yang aku buat ni kadang-kadang 'bangang' jugak tapi 'kadang-kadang' ada baiknya. Yang 'kadang-kadang' tu la benda yang jarang kita buat. Bila dah jarang buat, sesekali nak juga buat. Itu jadinya kadang-kadang. Perkara yang tidak selalu dilakukan.

Aku tak ada isu nak ketengahkan kerana otak aku sarat dengan puisi politik dalam kepala. Aku tak nak kepala aku pecah memikirkan agenda politik yang berlaku sekarang ni. Maka dengan itu aku tak nak guriskan hati sesiapa melainkan aku berfikir untuk membangunkannya sendiri ke dalam minda aku. Aku nak lapangkan otak aku ni dengan nyanyi dan rakam. Lepas tu dengar sendiri. Memang macam tu hobi aku selain menaip. Sebenarnya aku malas nak menaip. Macam aku katakan tadi, kadang-kadang kita rasa malas. Bila malas tak payah paksa diri la untuk jadi rajin dah tentu hasilnya karut.

Waktu untuk aku begitu suntuk. Orang lain mungkin boleh, tapi aku siang malam kena menghadap komputer bukan untuk menaip tetapi mencari bahan untuk kaji selidik. Selain daripada itu aku kena susun semula data-data aku yang rentung dibakar api (virus) memang sakit hati. Kerja aku terbengkalai maka dengan itu aku kena start dari awal. Tambahan pula aku sibuk dengan kerja. Walau bagaimanapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih dekat sahabat2 di FB yang rindukan aku. Ecewah, untunglaaa ada juga yang rindukan aku yang tak berdaya ni... aku pun ridukan mereka.

Tak payah nak tension sangatlah baca blog aku ni, blog ni just tuk korang rileks-rileks je. Kalau tension jugak pi ambil wudhuk... lepas tu marilah kita sama-sama berzikir... Insya-Allah tenanglah jiwa nanti. Aku pesan untuk diri aku jugak (^_^)


Baru-baru ni aku ke pantai berdekatan dengan rumah aku tu... apa yang ada dalam otak aku masa tu adalah seperti gambar di atas. Jadi aku coretkan pada hamparan pasir yang memutih menggunakan sebatang kayu lalu terbentuklah perkataan 'CINTA' hehe... daaa.....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.