Entri Terkini :

Tutorial : Cara sekat autorun.inf

autorun.inf seringkali menganggu sistem komputer kita kerana ia melembapkan perfomance setelah sesuatu program di run secara automatik. Jenuh aku duk cari tutorial untuk menghapuskannya namun ia tetap gagal. Ada yang menggunakan command promp (CMD) namun autorun sukar juga dihapuskan malah sistem antivirus juga gagal menemui punca. Ini adalah kerana registry sudah diganggu oleh virus ini. Ada kalanya antivirus jadi gila dan habis sistem file dihapuskan olehnya. Biasanya antivrus jenis Avira dan Avast seringkali bertindak sesuka hati mendelete file penting. Gila antivirus neh... ahaks, ai jadi gila kerana antivirus ni free edition memang tak fully protection pun. Nak yang okey kena beli la... free lesen ada tapi tak berapa bagus untuk protect pc kita.

Kalau autorun masih gagal dihapuskan korang masih boleh menyekatnya dari aktif, walaupun virus masih ada namun sedikit sebanyak layar anda tidak akan terus dikecam virus autorun ni. Menyampahnya dengan autorun yang membiak sebagai virus... huh!

Perkara pertama yang korang perlu buat adalah dengan unhide file tu. Walaupun korang dah setting dekat Folder Option namun ia masih lagi diganggu maka korang boleh bukak menggunakan WinRar. Dengan Winrar file yang hidden akan dapat dilihat. Korang delete file autorun tu. Kalau korang masih gagal delete kerana ada program yang dijalankan secara automatik itu, korang gunakan software Unlocker.exe dan delete secara terus. Maka dengan itu anda bina file autorun yang baru menggunakan notepad untuk menggantikan file autorun.inf yang dikuasai oleh virus tadi.



Lepas dah delete, korang mesti bina file yang baru sebagaimana yang aku nyatakan tadi dan kemudian korang mesti save file itu dengan nama file yang sama. autorun.inf







Kemudian, savekan file itu sebagaimana gambar yang aku print screen di atas. Jangan lupa korang delete file Recycle sekali dan gantikan folder yang baru. Selepas korang dah settlekan perkara ini maka jangan lupa tick hidden pada file yang korang gantikan itu. Dengan ini virus autorun.inf dapat disekat tapi ia masih belum terhapus sepenuhnya lagi dari sistem anda. Selamat mencuba.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.