Entri Terkini :

Penulis Perlu Pandai Pilih Penerbit

DI MALAYSIA ada lebih lima penerbit novel. Ada yang sudah ada nama. Ada yang baru nak naik. Ada yang suam-suam kuku. Yang kejap ada... kejap tak ada pun ada. Ada jugak yang syarikat penerbitan yang alamatnya tidak wujud. Cane tu?


Aku seorang penulis. Aku pasti anda yang bergelar penulis pun pernah mengalami pengalaman menjadi seorang penulis baharu.  Dalam keghairahan berkarya dan ingin melihat karya kita yang hanya di dalam perisian Microsoft Word atau dipaparkan di laman web e-novel online dibukukan dan di jual di kedai buku.

Sebagai seorang penulis, pasti akan wujud satu perasaan (awal pembabitan) ingin melihat novel kita dibukukan. Nak tengok novel itu ada di rak buku di kedai buku Popular, MPH dan sebagainya. Terasa bagai ada satu kepuasan dalaman yang sukar untuk kita gambarkan perasaan itu. Tapi jangan terlalu ghairah, sekadar gembira dan bersyukur tak apa sebab novel kita tu dah dijual di pasaran. Kena ingat hak anda sebagai penulis.

Sejujurnya aku pernah ada teman yang menganggap bidang penulisan ni,satu bidang 'suka-suka'. Tak kisah pasal apa pun asalkan karya dibukukan. Nonsense! Baiknya hati nak beramal jariah selepas berpenat lelah memerah otak. Tapi tak semualah. Ada juga penulis yang menulis sekadar ingin mengisi masa lapang dan memenuhi kehendak pembaca dan followers nya di blog atau di mana-mana sahaja laman sosialnya.

Aku sudah berurusan hampir kesemua penerbit yang ada di Malaysia. Apa-apa pun anda sebagai penulis baru yang masih tercari-cari syarikat penerbitan mana yang sesuai untuk karya anda. Aku nasihatkan, please... lawatilah laman web mereka dan bacalah kriteria-kriteria karya yang mereka terima. Jangan korang main buat aje, pastu suka-suka hantar kat mereka. Mereka reject korang feeling-feeling sedih terus stop menulis.

Ini samalah konsepnya macam kita ke sekolah dan ke majlis kenduri kahwin. Takkan korang nak pakai uniform sekolah ke majlis kenduri kawin pulak kan? Takkan korang nak g sekolah pakai baju g kenduri kahwin? Maunya kena mengadap pengetua sekolah. Kalau g shopping mall tak apa. Apa pakaian korang pun diterima. Ha.. itu namanya semberono.

Jadi, selepas dah baca kriteria, tatacara manuskrip dan bagaimana nak hantar manuskrip kat laman web sesebuah syarikat penerbitan tu. Barulah buat keputusan mana yang lebih elok. Hantar dengan doa yang banyak dan harapan yang sederhana. Jangan menyimpan harapan yang tinggi melambung kekonon karya kita tu terbaik. Letak harapan yang sedang-sedang aje. Agar... kalau kena reject korang tak adalah sedih bagai... nak bunh diri ke apa. So, berkaryalah lagi dengan cerita yang lebih baik.

Kalau karya anda diterima. Korang pasti akan melonjak kegembiraan, kan??? Happy... dah berangan nama dikenali satu Malaysia. Dah berangan ada sesi bersua peminat dan autotraf untuk peminat. Sabar dek... kalau dah rezeki, tak akan ke mana. Asalkan korang semua rajin berusaha dan keriatifkan idea. Pasti akan berjaya. Kalau novel pertama tak meletop, cuba lagi. Novel kedua pun tak meletop... cuba lagi buat yang terbaik sambil-sambil tu tengok pasaran novel macam mana yang boleh buat meletop2... kita cubalah buat cerita seumpamanya. Aku ni dek... novel keenam baru meletop. Bila dah meletop jangan nak menyombong pulak kutuk2 karya orang lain. Nak kutuk boleh... kutuk dalam hati aje... hehehe..

Sebelum korang bersetuju untuk karya anda diterbitkan, pihak penerbit akan menghantar perjanjian penerbitan. Ha... benda ni korang kena alert keh! Jangan tak baca segala item yang ada. Kena fahami baru sign. Tapi permasalahannya sekarang. Kebanyakkan penerbit hantar perjanjian penerbitan ketika novel dah nak masuk kilang untuk dicetak. Andai penulis tetiba tak setuju. Tak ke rugi? Bahaya, kan? Buatlah yang terbaik untuk karya kau orang tu.

Pastikan perjanjian penerbitan dari syarikat penerbitan yang anda pilih itu TIDAK BERAT SEBELAH. Kelebihan banyak kepada penerbit atas karya korang tu. Kalau kau orang boleh accept berat sebelah tu, sign ajelah...dalam hati mesti korang berkata-kata, "Tak apalah, dia orang dah nak terbitkan novel aku pun dah kira okey." hal belum jadi... memanglah mudah berkata-kata. Bila dah lama-lama, bila anda rasa hak anda diperkotak-katikan. Mesa tu nak menyesal pun tak guna. Macam aku ni, adalah satu karya ni cam menyesal pulak hantar kat satu dulu huhuhu....Novel tu melambak2 kat POPULAR dan MPH... setiap kedai ada novel aku. Lebih 20 buah rasanya di setiap kedai masa mula dipasarkan. Tapi bila invois sampai, tengok jumlah cetakkan macam tak logik! Masa tu nak nyesal pun dah tak guna.

Korang kena pastikan, perjanjian yang korang dah setujui itu akan di COP SETEM HASIL RM10 untuk setiap buku perjanjian. Biasanya ada dua buku. Satu untuk simpanan penerbit, satu untuk simpanan anda. Kalau syarikat penerbitan yang anda pilih tu,isi kandungannya hanya sehelai atau hanya satu muka surat, dan tak ada cop setem hasil. Makanya, perjanjian tu susah untuk diperlaku dengan nilai. Penerbit boleh sesuka hati mengubah isinya andai anda ingin menuntut apa-apa dikemudian hari. Kalau ada yang tak ada cop setem tu dan isikandungan perjanjian hanya sehelai dua..baik anda fikirkan kembali untuk menerbitkan karya anda di syarikat penerbitan itu. NOVEL BESTSELLER tak semetinya boleh membawa pulangan lumayan pada anda jika anda salah memilih syarikat penerbitan.

Sebelum sign perjanjian juga. Call aje pihak penerbit kalau ada isi kandungan perjanjian tak difahami dan musykil. Contoh:

1. Tarikh royalti pertama bila dibayar.
2. Royalti kedua dan seterusnya dibayar setiap berapa bulan sekali.
3. Royalti di bayar berapa kali setahun.
4. Dan lain-lain..

Ada syarikat penerbitan bayar royalti 3 bulan sekali. Ada yang bayar setahun dua kali. Awal tahun dengan pertengahan tahun. Yang bayar setahun sekali pun ada. Pastu tanyalah bayaran tu macam mana kalau masih musykil. Kalau anda jenis tak kisah pasal benda-benda macam ni, just abaikan... jangan anda terkejut bila dapat, anda menerima bayaran tidak penuh. So, kena tanya pihak penerbit tentang hal itu. Dalam perjanjian dia tulis bayar pada tarikh sekian dan sekian. Tapi bila dapat payment, tak full... rupanya bayaran di buat secara ansur-ansur dan tak tercatat pun dalam perjanjian. Hal-hal macam ni memang nampak simple. Tapi kalau kita abaikan boleh jadi complicated bila hak kita macam tidak diambil berat. Kita tahu mereka yang keluar modal awal. Mereka yang buat promosi sana dan promosi sini. Tapi sebagai penulis kita tetap ada hak atas karya kita itu. 

Royalti? Penulis ni berkarya sebab royalti ke... sebab nak berkarya? Pasti ada di hati kalian yang berkata sebegitu. Dan menganggap karya anda itu sekadar untuk menyumbang karya sastera dan cuba memartabatkan bahasa kita agar tidak luput dek novel Inggeris. Hallo... bohonglah kalau korang menulis dan bukukan karya korang untuk bagi kekayaan pada penerbit semata-mata. Penyanyi buat album pun sebab nak kaya  subaya job masyuk. Cuba anda bayangkan karya anda tu meletop-letop. Masuk carta MPH dan POPULAR 10 bulan berturut-turut. TOP3 je... tetiba payment sampai...TAK LOGIK!!! Garenti korang akan rasa tak puas hati. So, bab2 royalti ni korng kena tanya betul-betul pada yang berkenaan. Supaya tak menyesal dikemudian hari. Kalau buku laris, masuk carta tak keluar-keluar, dan promosi dia kebaboom tapi ada kejanggalan dalam jumlah cetakkan, dan royalti tak dibayar sampai dekat 2 tahun sedangkan dalam perjanjin selepas 8 atau 7 bulan di terbitkan... karya kedua, lupakan ajelah nak hantar kepada penerbitan tu okey? Dia orang untung sakan. Korang dapat apa??? Payment pun dapat buat bayar hutang je dah habis.

Aku buat posting ni pun, atas pengalaman sendiri. Aku dah ada pengalaman banyak dah. Dan sekarang aku dah tahu mana syarikat penerbitan terbaik untuk diri aku. Aku tak naklah mention nama syarikat tu. Nanti ada yang kata bias! Biarlah menjadi rahsia aku sahaja. Kalau boleh biarlah win win situation. Kedua belah pihak ada keberuntungan. Bukan sebelah pihak aje. Betul tak? Pilihlah syarikat yang terbaik untuk karya anda. Sehingga sekarang aku masih terkilan bila ada yang mencari beberapa karya aku, mereka kata tak jumpa di kedai. Sedangkan karya tu karya baru. Tapi selalu dengar jawapan mereka; novel tu tak dapat sambutan. Sale lembab. Kalau dah tak ada kat kedai buku, macam mana sale nak laju, kan? Aku pun malaslah nak bertanya aje. Kita dah buat promosi secara besar-besaran. Tapi sedih! Bila depa pergi kedai buku TAK ADA. Itu semua tanggungjawab penerbit. Pandai-pandailah depa nak uruskan.

Harap, apa yang aku kongsikan ni dapat menambah sedikit pengetahuan kalian untuk adik-adik baru nak naik nak jadi penulis novel tu ok? INGATLAH, BILA ANDA SUDAH MENANDATANGANI KONTRAK PENERBITAN, MAKA KARYA ANDA AKAN JADI HAK MILIK MUTLAK SEPENUHNYA PENERBIT UNTUK SATU TEMPOH YANG DINYATAKAN. ANDA HANYA BERHAK MENERIMA ROYALTINYA SAHAJA. ANDA NAK DRAMAKAN TAK BOLEH. NAK TERBITKAN SENDIRI TAK BOLEH. JADI, SATU-SATUNYA HAK ANDA UNTUK KARYA YANG ANDA DENGAN PAYAH DAN PENAT LELAH BUAT ITU ADALAH ROYALTI. Fikir-fikirkanlah...

Bak kata seorang penulis ni, dunia penulisan novel di negara ini tidak seindah dunia penulisan novel diluar negara yang mengangkat tinggi penulis dan karyanya. Sebaga contoh penulis Harry Potter. Kaya dah dia... Nak tengok penulis negara ini sekaya itu??? Tak ramai... boleh dikira dengan hidung. 

Sebelum menutup posting kali ni, saya ingin berbepesan... JANGAN DISANGKA NOVEL YANG BESTSELLER, MASUK CARTA TAK KELUAR-KELUAR TU MEMBERI PULANGAN LUMAYAN. SEMUANYA TERLETAK PADA ISI KONTRAK, JUMLAH PERATUS YANG ANDA AKAN DAPAT DAN KEJUJURAN SYARIKAT PENERBITAN ITU SENDIRI. Sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tidak berguna...

Sumber : Dipetik dari blog Rudi-Zone

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.