Entri Terkini :

Setia Untuknya - 21

JIWA yang teguh adalah jiwa yang benar-benar setia pada sebuah harapan. Ayu ditunjukkan pada sebuah kenyataan cinta. Chad pula ditempiaskan rasa curiga. Masing-masing dihambat rasa yang tidak utuh pada dasar hati di mana apabila keduanya mengharapkan keserasian bersama. Chad dengan caranya, Ayu pula dengan jiwanya. Saat ini satu kebetulan yang tidak terjangka. Pertemuan yang diaturkan Ilahi membuatkan empat mata itu bertemu.
Pada waktu pagi yang hening, Ayu telah meminta izin untuk ke Kuala Lumpur. Sebuah kota yang metropolitan penuh dengan dugaan. Ayu pernah bekerja di situ dan kemunculan Ayu adalah untuk bertemu dengan Abey. Apa yang menghairankan Ayu adalah kebaikan Amran. Baik benar Amran yang telah membenarkan dirinya ke bandar itu sedangkan Amran sedia tahu bahawa Ayu setia menanti Chad. Chad hadir dalam hidup Ayu sekian lama.
“Saya izinkan awak berjumpa Abey.” Kata Amran ketika sebelum ke pejabat. Pada awalnya Ayu ingin keluar secara senyap-senyap namun rasa serba salah bertandang. Kalau aku buat macam tu berdosalah aku. Detik hatinya. Gara-gara rindu pada sahabat maka dia ingin bertemu Abey asalkan mamanya tidak tahu.
“Tentang mama awak biar saya uruskan.” Ujar Amran lagi. Ayu jadi terharu. Entah kenapa lelaki itu semakin lama semakin dekat di hatinya. Adakah kerana sikap memahaminya? Oh tak mungkin, bagi aku dia tetap lelaki buaya darat yang aku kenali dulu. Detik hati Ayu lagi.
Oleh sebab itu Ayu merasakan Amran benar-benar berbeza. Penawar apakah yang diterima Amran berubah sehingga begitu rupa? Ayu berkerut dahi saat berhadapan dengan Chad. Abey berada di sisi Chad tersenyum memandang Ayu yang semakin lama semakin jelita.
Sejak berkahwin dengan Amran, penampilan Ayu semakin menawan. Sungguh Ayu berbeza, detik hati Abey sambil meneguk teh o ais limau. Abey merasakan dia tidak perlu berada di antara mereka maka Abey mengambil keputusan untuk pergi ke tempat lain meskipun cemburu tetap bersarang.
“Aku minta diri, ada hal kejap.”
“Abey…” Panggil Ayu.
“Nanti aku call.” Beritahu Abey. Chad dari tadi hanya berdiam diri sahaja setelah diajak keluar oleh Abey dan rupa-rupanya dibawa berjumpa Ayu. Ini bukan lagi satu kebetulan tetapi sengaja dirancang Abey.
Usai itu Abey beredar maka tinggal mereka berdua tunduk menghadap meja. Ayu leka bermain dengan jari jemarinya. Chad pula menopang dagu tetapi anak matanya memandang kosong pada gelas Abey tadi. Air masih ada tetapi Abey telah beredar.
“Bahagia dengan Amran?” Pertanyaan Chad memecah kebisuan.Ayu terus memandang Chad.
“Kau pula bahagia dengan Elya? Tak lama kau akan jadi ayah. Tahniah…” Balas Ayu pula dengan pertanyaan juga. Ucapan itu solah-olah sinis menghentam Chad.
“Aku bukan ayah pada anak dalam kandungannya.”
“Jadi? Aku tak kisah pun, dia anak siapa. Kau dah jadi suami Elya yang sah. Jaga dia baik-baik.” Sengaja Ayu menyembunyikan perasaan sedihnya. Kalau diikutkan hati sudah lama dia membawa diri dan tidak mahu bertemu dengan Chad lagi. Tetapi, sampai kini hatinya melagut rindu pada gelak tawa Chad meskipun egois tetap menggunung tinggi.
“Okey, sebenarnya aku tak tahu yang Abey rancangkan pertemuan ni. Untuk apa kau datang ke sini lagi? Aku ingat kau dah tak sudi jumpa aku selepas kali terakhir kau datang ke pejabat aku dulu?” Chad meluahkan apa yang dirasakannya.
“Kau je fikir macam tu.”
“Jadi apa niat kau?”
“Aku tak berniat pun nak jumpa kau Chad.”
Tipu. Kau tipu aku la Ayu. Kau memang nak jumpa aku, mengaku je la… detik hati Chad merasakan Ayu memang terdetik hati untuk berjumpa dengannya. Kalau tidak kenapa datang ke kota ni lagi kalau sudah jadi siteri orang? Tambah lagi Amran tidak ikut sekali.
“Tapi kenapa kau datang seorang, mana suami kau?”
“Sibuk.” Jawab Ayu.
“Buat apa yang sibuk sangat sampai tak temankan isteri jumpa lelaki lain?”
“Chad! Kau nak sakitkan hati aku ke?”
“Oh, tahu pula marah. Habis perasaan aku ni kau tak fikir.”
“Perasaan apa?”
“Aku cintakan kau.” Akhirnya terluah juga dari bibir Chad. Terpanah Ayu mendengar ungkapan yang terlalu istimewa itu. Sudah sekian lama dinantikan dan baru sekarang ia meniti di bibir lelaki yang kacak itu. Rasa nak pengsan dibuatnya. Eh! Aku tak boleh pengsan dulu, nanti siapa nak angkat aku? Ayu resah. Degupan jantungnya semakin pantas.
“Tapi itu dulu…” Sambung Chad.
Wajah Ayu berubah riak, jika tadi kembang semangkuk sekarang gelisah terpamer. Semua itu disebabkan dia sudah bergelar isteri orang. Bergelar isteri kepada Amran.
“Chad…” Ayu melembutkan nadanya.
“Aku harap kau sudi baca buku ni…” Tiba-tiba Ayu menghulurkan senaskah novel.
“Novel? Kau dah ada novel sendiri? Hebatnya, akhirnya kau berjaya juga jadi novelis.”
“Inilah tujuan aku datang ke sini, untuk tandatangan buku yang diterbitkan pada bulan ni. Syarikat penerbitan meminta aku datang jadi aku datang Chad… semua ni aku buat untuk kau.”
“Untuk aku? Eh… jangan macam ni Ayu.” Chad serba salah jadinya apbila Ayu mengatakan semua ini bersebab.
Ayu menyatakan hal sebenar kepada Chad supaya lelaki yang berada di hadapannya mengerti apa yang cuba disampaikan. Biarlah segala isi hatinya itu diterjemahkan kedalam bentuk penulisan. Sudah lama dia tidak aktif di blog kerana sibuk menulis. Ayu pernah mendapat suntikan semangat daripada Chad supaya terus berjuang menghasilkan karya yang tersendiri meskipun menghadapi pelbagai kesukaran.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil. Akhirnya dia berjaya melihat novel Setia Untuknya dapat dibukukan. Ayu bersyukur dan terharu. Di sebalik kegembiraan itu terselit kedukaan. Karya yang berjaya dibukukan ini adalah diluar pengetahuan Amran. Amran tidak tahu akan tujuan dia ke situ. Wajah Ayu berubah sedih. Dia cuba menghalang kesedihan dengan memalsukan senyuman namun entah kenapa perasaan sebak bertamu.
Sebelum Chad melihat kelopak matanya sudah berlinangan, maka Ayu memandang ke lain arah tatkala Chad sedang membelek naskah novel itu. Akhirnya Ayu sempat dia menyeka air matanya sendiri. Dia bermohon agar Chad tidak bertanya kenapa dia menangis.
“Cantik covernya, tapi kenapa bunga ros ni warna hitam tidak warna merah?” Lama Chad meneliti kulit hadapan novel itu.
Ayu menoleh semula dengan harapan wajah sedih itu tidak terpamer. Biarlah dia memendam sendiri perasaan itu. Dia begitu merindui Chad meskipun kelukaan membataskan kejujuran yang tidak terucap. Ayu dapat rasakan akan cinta daripada Chad, selama ini pun Ayu cuba mengejar cinta lelaki bernama Aqil Akasyah namun tidak tercapai.
“Kau akan faham bila membacanya sampai ke tanda noktah terakhir.” Beritahu Ayu sambil menguntumkan senyuman. Karya sulung berjaya diterbitan begitu membahagian Ayu.
“Kena bayar tak ni?”
“Percuma.”
“Kalau percuma aku ambil.”
“Perkara yang paling seronok dalam dunia ni kan adalah mendapat sesuatu tanpa dikenakan interest. Pendek kata semua orang suka benda yang tak kena bayar. Macam hati juga, kalau hati yang tak jujur dan tak ikhlas, tak ada siapa pun nak bayar dengan kebenaran melainkan jika hati seseorang tu ikhlas nak jujur maka kebenaran akan sampai kepadanya. Sepadan dengan harga perngorbanan yang dilakukannya.” Ujar Ayu supaya Chad mentafsir kata-katanya itu.
“Ayat dalam novel ni ke Ayu?”
“Realiti.”
“Bukan fantasi rekaan kau semata-mata?” Chad angkat kening.
“Jangan anggap cinta perempuan adalah fantasi semata-mata. Kalau tak wujud di dalam realiti, tak akan ada la cita-cita.” Balas Ayu menarik muka ketat.
“Sentap la tu?” Chad senyum sumbing.
Ayu terus menyilang tangannya. Nampak dari lagak Chad seolah-olah nak kenakan dirinya. Tak habis-habis menyakat aku! Detik hati Ayu.


BAHAGIA terasa wujud di dalam jiwa setelah dapat menatap wajah insan yang dicintai. Cinta wujud pada sekeping hati yang mampu dihiris dengan pelbagai senjata. Cemburu, benci, menyampah dan yang paling teruk adalah benih-benih dusta yang berbintik pada hati. Jika itu bertamu maka rosaklah jiwa. Sesunggunya berhadapan dengan pancoraba cinta dan rindu benar-benar mengheret Ayu ke dalam lubuk waktu. Ayu sentiasa mengimbas kenangan lalu bersama Chad. Kasih dan sayang terhadap Chad wujud sejak zaman kolej lagi.
Tak guna kalau aku fikirkan tentang Elya yang merampas cinta hatiku, aku tahu dia terpaksa kerana aku dikahwinkan dengan Amran. Aku mesti berjumpa dengan perempuan tu, detik hatinya ketika menarik daun pintu keretanya.
“Hei!”suara makian daripada seorang perempuan dari belakang telah menarik bahu Ayu. Tersentak Ayu. Ayu menoleh segera. Dia belum sempat masuk ke dalam kereta.
“Elya?”
“Berani you jumpa dengan suami I kan? Kurang ajar!”
‘Pang!’ serta merta Ayu ditampar Elya. Secara autimatik Ayu memegang pipinya yang terasa kebas dek tamparan itu. Terpeleng wajah Ayu.
Ayu tidak sangka dendam Elya terhadapnya masih terbuku. Tapi semua ini bukan salah Ayu, semua ini salah keluarganya menyatukan dia dengan Amran. Elya sepatutnya belajar menerima kenyatan hidup. Ayu pula sedang belajar sedikit demi sedikit tetapi sehingga ke tahap ini, Elya hadir memalu kompang dendam. Ini tidak adil untuk dirinya.
Elya merengus sambil memeluk tubuhnya. Perut yang membusung itu jelas kelihatan. Ayu sempat melihat kandungan itu. Sudah makin besar. Ayu pula berfikir banyak kali sama ada mahu membalas balik tamapran itu atau membiarkan sahaja kerana jika dia membalas sebagaimana Elya lakukan kepadanya sebentar tadi, kemungkinan akan mengudang pada pada Elya. Kalau bukan kerana anak dalam perutnya tu, dah lama aku ganyang dia. Detik hati Ayu bengang.
“Kau tak sepatutnya cemburu. Sebaliknya kau patut bertuah kerana Chad pilih kau walaupun terpaksa demi bertanggungjawab pada perkara yang dia tak lakukan. Aku dah tahu segala-galanya tentang kandungan kau tu Elya. Kau mengandungkan anak haram!” Bentak Ayu menahan sabar dan masih bertahan meskipun sudah terpacul perkataan yang kurang enak didengar.
“Kurang ajar!” Sekali lagi Elya cuba menampar dan kali ini terhalang. Abey muncul menyelamatkan keadaan. Lengan Elya dipegang kuat-kuat agar tapak tangan Elya itu tidak berlabuh pada pipi Ayu.
“Wei perempuan. Kau tu yang kurang asam gelugor. Tahulah kau tu lawa macam lubang jamban. Jangan nak berlagak bagus dekat sini. Kalau bukan kerana dia ni, kau akan terus menderita mengejar cinta lelaki yang tak cintakan kau. Tubuh kau terlalu murah sampai mudah untuk lelaki tiduri kau dan kau patut bersyukur kerana Chad sanggup kahwin dengan kau walaupun kau ikat dia dengan kontrak. Dia boleh batalkan kontrak tu bila-bila masa tau tak! Menyampah pulak aku tengok muka kau la.” Maki Abey kerana sudha hilang sabar terhadap perempuan bernama Elya anak Dato` Hamidi. Harapkan muka aje yang lawa tapi hati busuk! Bentak hati Abey.
“Sakitlah!” Marah Elya menyentap semula tangannya. Ayu pula tercegat dan masih terpisat-pisat. Otaknya langusng tidak dapat memproses kata-kata Abey itu dek terperanjat untuk kali kedua.
“Tahu pun sakit. Kau ingat sikit, walaupun kau anak CEO Zumika Holding yang terkenal, itu tak bermakna kau boleh buat sesuka hati. Kesenangan yang kau miliki hari ni adalah hasil kerja keras ayah kau bukannya kau. Sedar diri sikit.” Panah Abey lagi sambil melepaskan pegangan tangan itu supaya Elya mampu berfikir dengan waras, tidak seperti perempuan hilang akal.
Elya merenung tajam ke dalam mata Abey yang berdiri  menghalang pergaduhan itu. Abey juga renung Elya dalam-dalam. Mereka berdua berlawan pandangan.
“Kau ingat aku takut? Kasihan dekat anak dalam kandungan kau tu. Buat dosa tak ingat lepas tu orang lain yang kena tanggung. Kau ni perempuan jenis apa? Buat malu kaum sejenis je la kau ni.” Abeye bersuara garang. Hilang sifat keperempuanannya setelah memarahi Elya sepuah hati sambil tuding jari dekat lubang hidung Elya. Kalau ikut hati aku memang aku nak sula je lubang hidung kau tu! Detik hati Abey.
Elya terdiam setelah mendengar ucapan pedas daripada Abey. Kemudian dia menjatuhkan pandangan matanya. Tanpa sedar air mata itu meleleh keluar.
“Aish! Perempuan ni buat drama pulak… Lebih baik kau pergi balik la. Kau ingat air mata kau tu mampu menghapuskan dosa-dosa kau. Balik bertaubat la wei!” Maki Abye terus menerus.
“Bey, sudah la tu. Sabar la.” Ayu mencelah setelah terpaku sebentar tadi.
Aku takkan biarkan kamu berdua aman! Detik hati Elya pula berdendam keramat kerana kecabulan mulut Abey tadi. Elya berpaling laju lantas meninggalkan mereka berdua membawa perasaan benci dan dendamnya yang tiada kesudahan. Satu penghinaan yang telah dilemparkan oleh Abey sebentar tadi.
“Kau tak apa-apa ke Ayu?” Sebagai seorang kawan, Abey tidak mampu melihat Ayu dipukul.
Ayu menggeleng menandakan dia dalam keadaan baik sahaja walaupun pipinya masih terasa kebas angkara tamparan itu. Ia sangat menyakitkan hati namun Ayu bersabar. Berhadapan dengan Elya bukanlah sesuatu yang mudah kerana difahamkan Elya seorang yang penuh dengan tipu muslihat serta suka berdendam.
“Aku tak sangka Elya berperangai macam tu.”
“Kita pergi jumpa Jue.”
“Kenapa dengan Jue? Dia hidup lagi ke?”
“Amboi kau ni Ayu… kau ingat Jue dah mati ke? Dia sekarang dah ada pakwe baru… bukan main lagi dia sekarang ni, tapi tak macam dulu lagi. Dia dah jauh berubah.” Tutur Abey sambil memaut bahu Ayu untuk masuk ke dalam kereta. “Kita jumpa dia.”
“Mana motor kau?” Tanya Ayu setelah melihat keliling. Tiada motosikal TZM di sekitar tempat parker kereta itu.
“Ni kan tempar parkir kereta.”
“Ye tak ya juga.” Ayu tersengih kemudian terseringai setelah masih terasa pada pipi kirinya. Merah pipi Ayu jadinya. Biadap sungguh kau Elya! Detik hati Ayu marah dengan tindakan Elya tadi.
“Aku akan tolong kau jernihkan keadaan. Ini janji aku.” Ucap Abey penuh yakin.
Ayu bertuah kerana mendapat seorang sahabat yang tidak berdendam terhadapnya bahkan kesalahan dan keterlanjuran bicara Ayu selama ini sentiasa dimaafkan Abey. Ayu tahu dahulu dia banyak bersalah pada Abey namun Abey sedia melupakan dan memulakan lembaran baru.
Ketika Ayu dalam kereta, Abey pula cuba melintas jalan untuk mendapatkan motosikalnya dan tiba-tiba sebuah kereta sport dipandu laju entah daripada mana munculnya Ayu sendiri tidak pasti kerana ia terlalu pantas.  Ayu cuba menjerit untuk memberitahu Abey bahawa ada kereta cuba merempuhnya.
“Abey!!!” Jerit Ayu namun hanya jasad Abey melayang sesudah dirempuh dengan kuat. Keadaan itu sangat kritikal. Detik cemas itu disaksikan oleh mata kepala Ayu sendiri segera meluru pantas ke arah Abey yang berlumuran darah.
“Abey!!!” Jerit Ayu lagi sambil meriba kepada Abey yang berdarah akibat terhantuk pada jalan. Kaki Abey pula patah sehingga nampak tulang lutut. Ya Allah!!! Kenapa begini? Air mata Ayu menitis laju.
“Call ambulans! Call ambulans!” Suruh Ayu ketika orang ramai mula berpusu-pusu melihat kejadian.
“Call la! Call ambulans cepat!” Ayu cemas dan dia tidak menduga perkara ini akan berlaku. “Bangun Abey!!!” Raung Ayu sekuat hati.


CHAD melangkah laju setelah mendapat berita tentang insiden itu. Chad ke kaunter pertanyaan kerana ingin tahu di mana lokasi Abey dirawat. Jururawat bertugas membantu lantas Chad menyambung langkahnya semula menuju ke bilik rawatan rapi. Setelah tiba di situ, dia melihat kelibat Ayu. Segera Chad mendapatkan Ayu yang sedang gelisah.
“Macam mana boleh jadi macam ni Ayu? Teruk ke keadaan Abey?” Chad terus bertanya kerana dia juga bimbang usai mendapat tahu hal sedemikian. Chad juga tidak menduga musibah itu melanda Abey.
Ayu hanya mendiamkan diri. Lidahkan kelu sukar untuk berkata-kata. Dadanya sebak dan masih trauma menyaksikan insiden itu. Masih terbayang-bayang di matanya bagaimana Abey terpelanting akibat rempuhan itu. Bahkan sungguh mengerikan tatkala terlihat tulang lutut Abey terkeluar. Darah pula banyak keluar. Ya Allah… kau selamatkan kawan aku. Hanya Kau sahaja yang mampu menyelamatkannya. Tiada yang berkuasa melainkan Kau ya Allah… Ayu berdoa dalam hatinya dengar harapan Allah memakbulkan doanya itu. Air mata Ayu menitis laju.
“Ayu… beritahu saya, macam mana semua ni boleh berlaku?” Sekali lagi Chad bertanya saat melabuhkan punggung di sebelah Ayu. Ayu menekup wajahnya sendiri menahan sedih.
“Janganlah kau menangis Ayu. Kalau kau bersedih, aku juga bersedih. Dia rapat dengan aku bila kau dah jauh dari dia. Aku dijadikan tempat dia mengadu. Kalau apa-apa jadi pada dia, aku tak dapat maafkan diri aku Ayu. Tolonglah kau jangan menangis. Sama-sama kita berdoa. Tapi aku nak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku?” Chad mendesak Ayu supaya menceritakan dari awal sampai akhir namun Chad mesti memberikan ruang agar Ayu bertenang. Ayu masih risaukan Abey di dalam bilik rawatan kecemasan. Sudah dua jam Ayu menunggu. Sekarang sudah pukul tujuh lima belas minit petang sudah pun masuk waktu Maghrib.
Chad pula melihat jarum jam di tangan. Ayu juga tetap membisu tanpa ucapan. Chad serba salah kerana banyak bertanya sedangkan Ayu masih lagi dalam keadaan terkejut.
“Saya ke surau dulu. Awak nak ikut?” Chad mahu menunaikan solat fardu. Waktu Maghrib sangat pendek. Sekiranya dilambat-lambatkan maka dia akan ketinggalan dan waktu Maghrib akan berlalu.
“Saya…”
“Baiklah, saya faham.” Chad bangun dari duduknya. “Nanti saya kembali lagi.” Chad melanjutkan kata-katanya.
“Jangan lupa doakan Abey ye Chad…” Sedih nada Ayu. Riak wajah Ayu sungguh sayu. Sayu mengenangkan detik cemas itu. Sayu mengenangkan nasib Abey.
“Aku juga mengharapkan perkara yang sama Ayu. Aku tidak mahu kehilangan Abey. Abey terlalu baik. Satu-satunya sahabat yang memahami kita berdua. Harap Allah tidak mengambil dia secepat ini. Kalau nyawa aku boleh digantikan dengannya, aku sanggup.” Ujar Chad membuat keputusan drastik seperti itu.
Terharu Ayu mendengarkan kata-kata Chad. Chad sanggup membantu walau apa jua keadaan sekalipun. Chad… kaulah lelaki yang kenalkan akupada erti persahabatan. Detik hati Ayu sebak.
Chad meninggalkan Ayu menunggu. Pintu bilik rawatan kecemasan belum lagi terbuka, sudah dua jam lebih Ayu menunggu namun tiada lagi tanda-tanda positif. Beberapa minit kemudian muncul orang sepatutnya datang lebih awal.
“Isabel mana Ayu? Katakan orang yang berada di dalam bilik ICU tu bukan Isabel.” Abang Key muncul sambil memegang topi keledar. Abang Key berdiri di hadapan Ayu dan Ayu memerhati wajah lelaki yang dicintai Abey.
“Kenapa kau datang?”
“Chad yang beritahu aku Isabel masuk hospital.” Tutur Abang Key berjaket hitam. Kaca mata hitam tersangkut pada kolar bajunya.
“Bila Abey tenat macam ni baru kau datang nak cari dia?” Marah Ayu benar-benar terkilan. Abey pernah menceritakan hal Abang Key kepadanya yang sanggup ikut perempuan lain yang lebih wanita. Dulu Abang Key tak kisah tentang penampilan Abey tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini semua itu berubah? Lelaki semuanya sama je! Bentak hati Ayu.
“Aku… aku nak minta maaf.”
“Kau pergi minta maaf dekat dia sendiri.” Ayu berpaling dan bersilang tangan memandang ke tempat lain. Ayu mengumam geram terhadap lelaki yang tidak kenal diuntung itu. Sanggup tinggalkan Abey kerana terpengaruh dengan Nora. Ayu ingatkan Nora tu baik sangat dan ternyata Nora bukan perempuan yang boleh dibuat kawan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.