NOTA-NOTA cinta dibeleknya lalu dia mengeluh. Nota cinta yang ditulisnya sendiri. Luahan rasa yang dipanah dengan jiwa yang terluka. Ayu menahan debaran di hati. Dibelek lagi nota itu dan ketara terlihat baris ayat yang mencengkam jiwa.
Cinta suci bukan untuk dicemari dengan noda dan alpa tetapi cinta itu mesti berteraskan kejujuran dan ketulusan. Mungkin hari ini tidak sebaik semalam namun hari esok pula bagaimana? Ingin disentuh hati yang bertandang pada ruang kosong namun tidak pernah terdetik untuk aku memperkosa cintaku sendiri terhadap lelaki yang tidak aku cintai.
Begitulah baris ayat yang ditulis dalam nota diarinya. Ayu melepaskan keluhan berat. Daun pintu tiba-tiba diselak. Amran muncul di muka pintu. Terkejut Ayu melihat Amran tersengih-sengih sendiri. Ayu bangun dari birai katil seraya menyorokkan diari ke bawah comforter.
Perlahan-lahan Amran melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sesungguhnya perkahwinan di antara Ayu bukanya satu kerelaan. Perkahwinan itu demi mama. Perkahwinan untuk menjaga nama baik mama dan keluarganya.
Akhirnya lelaki itu menjadi suamiku. Lelaki yang begitu banyak melukai hatiku kini berada di sisi aku. Amran melabuhkan punggung di sisi Ayu lalu dipaut bahu Ayu yang kelihatan canggung. Amran menguis dagu gebu itu supaya menatap ke wajahnya. Ayu sukar untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Malam pertama sukar untuk diterjemahkan.
Dulu bilik ini dia tidur keseorangan kini tidak lagi. Pada malam ini dia akan berteman. Berteman dengan Amran. Sungguh tidak ku duga. Sungguh aku hiba ditakluki oleh Amran sebegini rupa caranya. Ayu terpanah rasa hampa. Demikian cintanya tercalar dek paksaan itu. Ayu tiada pilihan lain lagi melainkan menerima lelaki bernama Amran.
Pada perkahwinannya pada hari ini, Chad tidak wujud. Chad langsung tidak hadir. Kenapa kau tak datang Chad? Sebegini kuat rasaku pada kau walaupun kau mungkin sedang bahagia bersama Elya. Sebenarnya Ayu tidak tahu betapa seksanya Chad tanpa Ayu. Dua jiwa yang tercampak jauh. Jauh dari mata.
Bukan sahaja Chad yang tidak datang malah Abey juga tidak datang. Walau bagaimana teruk pun Abey, Ayu tetap sayangkan kawan baiknya itu. Desakan keluarga telah memutuskan perhubungan mereka. Yang jelas, mamanya tidak suka dia berkawan dengan Abey. Bukan itu sahaja mala tidak dibenarkan sama sekali untuk berjumpa. Kesal sungguh dirinya. Apa boleh dia lakukan lagi untuk memuaskan hati semua orang? Jadinya kini dia terpaksa memperhambakan dirinya pada keadaa yang jelas telah memperjudikan kebahagiaan dirinya. Aku terpaksa berlajar membenci dan menjadi perempuan egois. Nyata, Ayu bukanlah wanita seperti itu. Ayu seorang yang sopan dan seorang yang baik hati.
“Kenapa sayang nampak muram?” Amran ingin tahu. Semenjak lelaki itu keluar dari hospital, sikap Amran jauh berubah. Bahasa dan cara bercakap juga begitu lembut. Adakah perubahan itu semata-mata untuk menyedapkan hati aku? Ayu tertanya-tanya sendiri.
“Sejujurnya aku ingin tahu, siapa Elya dalam hidup kau Amran? Kenapa kau tolak cintanya?” Ayu juga belajar untuk berlembut dengan Amran.
“Setelah saya tahu siapa yang dia cintai.”
“Maksud kau?”
“Lelaki itu. Saya dah tahu siapa sebenarnya Aqil Aqasyah yang selama ini wujud dalam hati awak. Saya berikan awak peluang Ayu. Peluang untuk mengenalinya tetapi perasaan sayang saya pada awak kian bertambah. Sejak kecil lagi saya memang sukakan awak Ayu. Walaupun kita sepupu tapi tak semestinya kit atak boleh bahagia.” Amran berbicara soal kebahagian. Ayu rasa jengkel apabila lelaki yang suka berfoya-foya tiba-tiba berubah dalam sekelip mata.
Ayu bangun dari duduknya. Dia melangkah sehingga ke pintu balkoni. Sebaik sahaja pintu itu terbuka maka angin malam menembus masuk. Suasana bertambah dingin apabila langit malam tiba-tiba tidak berbintang. Mungkinkah hujan akan turun? Bisik hati Ayu.
Langkah Ayu dituruti Amran. Lelaki yang banyak menyusahkan hidup Ayu selama ini. Tanpa ragu-ragu Ayu dihadapkan dengan senaskah buku. Ayu terkejut setelah melihatnya.
“Kenapa sorokkan diari ni bawah comforter? Simpan elok-elok jangan sampai mama awak tahu.”
“Amran?!”
“Syhhh…” Tiba-tiba Amran meletakkan jari telunjuk pada bibir Ayu. Terdiam Ayu dengan tindakan Amran. Ternyata Amran nampak berbeza.
“Tadi papa dan mama awak berpesan pada saya supaya jaga awak baik-baik. Kasihan saya biarkan awak tertunggu lama-lama dalam bilik. Maafkan saya ya Ayu…” Desis Amran dekat dengan cuping telinga Ayu.
“Kenapa kau nampak aneh? Kau dah baca diari aku?” Ayu terpisat-pisat bimbang kalau-kalau diari itu sudah dibaca oleh Amran. Tetapi… pantas Amran mengangguk mengiakan.
“What? Kenapa kau baca?”
“Sekarang ni saya tak baca tetapi dulu memang ya.” Beritahu Amran dengan jujur. Ayu sendiri tidak tahu selama ini Amran pernah membaca diari hidupnya. Jadi? Bagaimana semua ini boleh berlaku. Ayu menarik nafas sedalam-dalamnya kerana dia tidak mampu berkata-kata lagi. Kebisuan itu membuatkan Ayu menoleh ke lain arah. Sekali lagi Amran menguis dagu Ayu.
“Tak perlu awak marah. Diari awak dicuri oleh lelaki tu, maaf kerana saya tak burukkan dia tetapi dia pernah buat macam tu. Saya upah kawan dia untuk mengintip gerak geri dia sewaktu awak berdua masih menuntut di kolej tu. Saya tahu dia nakal. Saya juga tahu dia sukakan awak Ayu. Tapi oleh kerana…”
“Kerana apa?”
Amran diam. Ayu memaksa Amran menceritakan hal itu namun Amran enggan menyudahkan kata-kata. Biji mata Ayu membulat besar. Malam pertama penuh dengan tanda tanya. Tangan Ayu ditarik Amran untuk masuk ke dalam bilik.
“Don’t touch me, Am…” Ayu melarang dalam nada perlahan bimbang sekiranya orang tuanya mendengar suara riuh rendah itu.
“Sekarang awak isteri saya.”
“Please.” Ayu merayu.
Tubuh Ayu dirangkul sehingga ke atas tilam. Ayu seolah-olah tidak merelakan Amran meratah tubuhnya. Ayu enggan memberikan apa yang sepatutnya. Comforter ditarik dan AYu menyelimuti dirinya. Ayu tiba-tiba mengigil ketakutan.
Amran berdiri di tepi katil itu sambil memerhatikan riak wajah Ayu yang jelas ketakutan. Amran tersenyum melihat gelagat Ayu itu.
“Saya berhak ke atas awak, Ayu.”
“Am… sebenarnya aku tidak rela dengan perkahwinan ini.”
“Saya tahu tapi izinkan saya tunaikan tanggungjawab saya Ayu.” Amran berdegil.
“Jangan Am. Aku masih tak dapat terima kau dalam hidup aku. Kau sepupu aku Am. Kau tak layak jadi suami aku dan aku juga tak layak jadi isteri kau Am.”
“Sebenarnya awak mencintai dia bukan?”
Ayu terdiam. Amran menghempaskan punggung di birai katil. Amran yang tidak berbaju itu terus menggosok kepala laju-laju. Amran nampak kusut secara tiba-tiba.
“Amran… kau okey ke?” Ayu dah cemas melihat Amran berkeadaan seperti orang yang stress.
Pertanyaan itu tidak dijawab. Amran mula tenang dan termangu di situ. Ayu bermain pula dengan fikirannya sendiri, kalau Amran sudha mengenali Chad lebih awal, kenapa kes tumpahkan sup dulu tidak dibalas oleh Amran? Jadi siapa yang tak betul sekarang ni? Adakah aku? Ayu bingung sendiri setelah teringatkan hal yang berlaku dahulu.
Spongebob dipeluknya sambil memerhatikan Amran. Anak patung itu dipeluk erat-erat. Tiba-tiba Amran menoleh dan wajah suaminya itu berubah riak. Kerutan di dahi begitu menakutkan Ayu. Amran seolah-olah sedang marah. Pandangan mata Amran turun pula kepada anak patung itu.
“Jangan usik.” Larang Ayu.
“Selagi spongebob tu ada bersama awak, sampai bila-bila pun awak akan tertanya-tanya siapa yang berikan spongebob itu.”
“Aku tahu siapa yang kirim.”
“Awak fikir Chad?”
“Ya! Memang dia. Aku cintakan dia.”
“Baru saya dengar dari mulut awak sendiri bahawa awak cintakan dia. Jadi apa yang awak boleh buat sekarang? Awak dah jadi isteri saya yang sah.”
“Kau ada Elya, kenapa kau tak kahwin dengan dia sahaja. Aku yakin anak yang dikandungkannya itu adalah anak kau. Sampai ketikanya kau mesti ceraikan aku.”
“Tunggu saya mati dulu baru awak nak cari orang lain pun. Tapi saya akan buat awak takkan pernah lupakan saya. Percayalah…” Perlahan pula rentak suara Amran. Perlahan-lahan Amran mengengsot punggungnya mendekati Ayu. Ayu pula cepat-cepat bangun.
“Jangan kau cuba-cuba sentuh aku. Kau fikir, selepas kau tiduri Elya aku akan tidur dengan kau pulak? Lupakan je Am. Aku tak suka lelaki yang hipokrit macam kau ni. Aku tahu kau masih ingat kata-kata aku sebelum ni, kalau kau masih bersungguh, kau hanya dapat tubuh aku sahaja tetapi tidak hati aku Am. Tidak sesekali aku akan jatuh cinta pada kau.” Tegas Ayu yang sememangnya tidak mahu jatuh cinta terhadap lelaki bernama Amran sepupunya sendiri. Ayu mencerlung biji matanya. Rasa mahu ditelan Amran hidup-hidup. Ada hati nak sentuh aku!
“Saya akan buat awak sayang saya Ayu. Saya akan buat…” Amran terus bangun dan meluru keluar dari bilik. Ayu cepat-cepat mengejar langkah Amran lalu menarik tangan Amran supaya tidak keluar dari bilik. Dia bimbang mamanya mendapat tahu bahawa Amran tidak tidur sebilik dengannya.
“Nak ke mana?”
“Tidur dekat luar.”
“Tidur je sini.” Ucap Ayu dan Amran menoleh pada lengan yang dipegang Ayu. Ketika pandangan mata Amran terpacak pada lengan, cepat-cepat Ayu lepaskan.
“Untuk apa Ayu? Ayu benci kan saya. Sampai bila pun Ayu akan bencikan saya.” Nada Amran berbaur rajuk.
“Benci tetap benci, tapi…”
“Tapi apa? Nak berpura-pura? Baiklah Ayu… saya faham apa yang Ayu mahu.”
“Tidak! Kalau itu aku tak mahu! Kau jangan nak ngada-ngada Am.” Amran hanya senyum sinis sahaja. Geram pula Ayu melihat senyuman itu.
“Saya seorang lelaki yang akan belajar berlembut dengan perempuan terutama sekali kepada isteri saya sendiri. Saya akan bertolak ansur padanya asalkan dia takkan pernah lupakan saya dari hidupnya. Saya tahu saya bukanlah lelaki yang sempurna untuk awak Ayu… saya hanyalah sepupu awak sahaja. Saya tahu sampai bila-bila pun itulah yang awak pegang. Tapi… di manakah letaknya Syurga bagi seorang ister, Ayu?” Ucapan Amran membuatkan Ayu sedikit tersentak.
Amran… kenapa kau berbicara macam ni? Ayu resah. Serba salah dibuatnya. Ya… Amran suami aku tetapi aku tidak mencintainya. Sehingga ke satu saat dia mesti ceraikan aku. Itu adalah perkara yang wajib!
Perkahwinan ini dari restu orang tua tetapi tiada rela dihatinya. Penyatuan ini sebenarnya adalah ancaman kemusnahan dalam hidup Ayu. Cita-cita dan keinginan hatinya terbantut. Sudah pasti dia tertekan.
“Kau memang tidak sempurna Am. Apa yang mencacatkan kau adalah sikap kau sendiri. Jika kau mengerti apa yang aku inginkan, kau tidak akan mengambil kesempatan ini. Kau tidak akan menghancurkan harapan aku.”
“Harapan awak untuk bersama Chad? Awak tak yakin mengenai jodoh?”
“Jodoh apa Am? Kau nak beritahu aku yang semua ini jodoh kita? Semua ni kau yang rancang. Kau yang membeli aku dari orang tua aku. Entah bomoh mana yang kau upah supaya mandremkan mama aku tu sampai rayuan aku langsung tak diendahkan.” Tutur Ayu dengan perasaan tidak puas hati. Sehingga ke detik ini pun Ayu tidak mahu menghadamkan hakikat yang dilalui.
Amran masih tercegat. Ditenung lama mata Ayu. Ucapan Ayu tadi langsung tidak dijawab olehnya bahkan Amran melayukan matanya pula sekejap terpejam beberapa detik sambil melepaskan keluhan. Usai itu dia kembali semula memandang wajah cantik itu.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Tanya Ayu tidak senang dengan cara Amran pandang dirinya.
“Awak cantik Ayu, tapi sayang… hati awak tidak secantik luaran. Awak betul-betul silap kerana mengatakan saya yang rancang semua ini.”
“Ah! Tak payah nak komen diri aku. Sebaliknya kau tengok diri kau tu dulu. Aku tahu papa aku percayakan kau, mama aku juga macam tu, percaya sangat dekat kau. Semua ni satu kesilapan. Kita tak patut berkahwin.”
“Kita dah kahwin. Ini jodoh kita.”
“Belum terlambat.”
“Saya akan buat awak jatuh cinta.”
“Aku dah bosan. Nak tidur.” Ayu berundur dan menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba Amran juga turut sama rebahkan tubuh di atas katil.
“Tidur bawah!”
“Atas tak boleh.”
“Tak boleh! Siapa suruh kau ganggu ” Bantah Ayu sambil mencampakkan bantal dan selimut ke lantai. “Tidur je dekat situ.” Sambung Ayu lagi. Amran mengalah dan menurut kemahuan Ayu.
Kenapalah dengan dia ni? Susah sangat nak terima aku… detik hati Amran seraya mendapatkan bantal yang tercampak itu. Sukar untuk dilembutkan hati Ayu yang memang memendam perasaan marah.
Ayu tidak akan sesekali memaafkan Amran. Kerana kejujuran Amran itu amat menyakitkan hatinya. Sudahlah baca diari, lepas tu ada hati nak ucap sayang dan cinta pada aku, detik hati Ayu pula. Sememangnya Ayu tidak akan membiarkan hatinya ditakluki oleh suaminya sendiri. Apa nak jadi pun jadilah.
“Dengan satu syarat kalau awak nak saya lepaskan awak.” Kata-kata Amran mencucuk lubang telinga. Ayu kaku dan memberi tumpuan pada ucapan Amran itu. Amran sudha dudk bersila sambil mandang ke ayah Ayu suasana di dalam bilik itu hanya diterangi lampu meja.
“Apa dia?” Tanya Ayu seraya angin malam terus menerobos masuk dari pintu balkoni yang terbuka itu. Langsir terus melambai-lambai. Serta-merta tubuh mereka berdua kedinginan.
Amran bangun dan berpaling wajah. Sangka Ayu, barangkali Amran mahu menutup pintu itu. Sempat Ayu memandang jam di dinding biliknya itu. Matanya tertancap pada jarum jam menunjukkan sudah pukul satu setengah pagi. Hari ini kedua-duanya merasa letih tetapi sengaja dibiarkan keletihan diulit keresahan menjadikan masing-masing terus diterjah pertanyaan bagi mengerti soal hidup berumahtangga.
Ingatkan nak tutup pintu, termenung pulak dekat luar, buat apa? Detik hati Ayu sejurus bangun semula. Dia mendapatkan Amran yang termenung pula di balkoni.
“Cakaplah, apa yang aku kena buat supaya kau akan lepaskan aku?” Ayu tidak sabar untuk mengetahuinya.
“Esok aje aku cakap.” Ujar Amran membuatkan Ayu merengus.
“Buang masa betul.” Ayu terus berpaling untuk kembali semula ke katil. Tiba-tiba tangannya dipegang. Amran menghalang dirinya dari berganjak.
“Lepaslah…” Renget Ayu.
“Kau nak pergi tidur, tapi tak pernah dibuat orang seorang isteri yang nak tidur tapi masih bertudung.”
“Jadi kau nak suruh aku bukak tudung ni? Tolonglah…”
“Kenapa? Kau tak benarkan seorang suami melihat kecantikan isterinya sendiri? Tutur Amran pula.
Nak berlagak alim depan aku la tu. Sudah puas tubuh perempuan lain dekat luar sana kau sentuh kini kau nak samakan aku dengan mereka? Tak guna punya lelaki. Hati Ayu memaki Amran.
“Untuk kau, sorry okey.” Ay uterus menyentap tangannya semula.
Tanpa segan silu, Amran terus memeluk Ayu daripada belakang. Amran mendekatkan bibirnya pada telinga Ayu. Nafas yang keluar masuk jelas terasa pada halwa pendengaran Ayu. Rimas dibuatnya.
“Kenapa kau terlalu egois Ayu? Apa salah aku sehingga kau masih berdendam?” Bisik Amran. “Maafkan setiap keterlanjuran aku selama ni tapi aku bersumpah Ayu yang aku…”
Tum!
Tiba-tiba kedengarah guruh berdenyum kuat. Terkejut mereka berdua disusuli pula elektrik terputus. Ayu tiba-tiba jadi takut dan menjerit seraya mendakap Amran.
“Tolong! Aku takut!” Ucap Ayu ketakutan.
Kilat bersama guruh sabung menyabung. Akhirnya hujan turun dengan lebatnya. Ayu benar-benar berada di dalam pelukan Amran. Ayu tidak sedar bahawa dirinya dipeluk oleh Amran kerana dihambat oleh rasa takut terhadap bunyi guruh yang kuat sebentar t adi.
ABEY mencuit bahu Chad yang sedang duduk termenung di sebuah tasik pada waktu petang. Tidak susah untuk Abey mencari Chad. Jika tiada di rumah maka Abey tahu Chad ke mana. Suasana petang sangat hiba buat hati Chad. Chad membuang waktu untuk bersendirian namun Abey hadir mencelah waktu.
“Dekat sini kau rupanya.”
“Dekat mana lagi?” Jawab Chad sambil menoleh ke arah Abey selepas bahunya. Abey terus melabuhkan punggung sebelah Chad.
“Ye la. Kau tahu tak Ayu ada call aku. Dia tanya kenapa kau tak hadir ke majlis perkahwinannya dulu?”
“Perlu ke? Tapi kenapa tiba-tiba dia call kau pulak?” Chad bosan mengungkit kisah yang berlalu. Perkara itu dah berlalu. Untuk apa lagi dikenang. Ayu sudah hidup bahagia bersama Amran… itulah anggapan. Ayu tidak lagi menghubunginya malah nombor telefon bimbit pun Ayu dah tukar. Abey sahaja yanga da nombor telefon Ayu tu, lagi pula Abey ni jenis yang setia sangat. Kalau Ayu kata putih, putih la dia ikut. Kalau Auu kata hitam, hitam la dia ikut.
Semenjak mereka berbaik-baik semula ni bermacam-macam perkara muncul di benak Chad. Untuk apa Ayu menyambung semula ikatan persahabatan yang terputus itu? Ayu juga yang putuskan silaturrahim bahkan ahli keluarga Ayu turut masuk campur.
“Dia takut nak call kut.” Jawab Abey. “Weh Chad, kau rasa Ayu cintakan Am tak?”
“Entah, lagipun aku tak kenal sangat dengan si Am tu. Aku dapat tahu kisah dia pun daripada mulut Ayu sendiri dan yang lain-lain tu kau tanyalah Ayu sendiri.” Selamba saja jawapan Chad seperti orang yang sudah lama berputus asa. Abey yang duduk di sebelah kana terus bangun beralih tempat duduk ke sebelah kiri pula.
“Tak boleh la macam tu Chad. Aku tak rasa yang dia dah cintakan si Am tu.”
“Tak rasa apa? Dah dua bulan mereka kahwin tau. Kau ingat senang ke nak berpisah? Biarlah dia. Aku tak nak teruskan persahabatan ni. Datin Adibah akan terus menghukum aku.”
“Datin Adibah?”
“Aih? Kau tak tahu ke?“
“Sejak bila?”
“Kan dah keluar paper semalam? Syarikat dagang berjaya. Mereka ditemuramah oleh media. Ah tak hairanlah aku dengan semua tu. Apa ada pada gelaran kan?” Tingkah Chad berkenaan soal pangkat.
“Oh… tak apalah lagi pun kau lagi berjaya.”
“Berjaya apa?”
“Dah jadi menantu Dato` Hamidi. Dan aku pasti kau tak bahagia dengan semua ni kan?” Abey berdiri di hadapan Chad.
Chad bangun dan melangkah mendapatkan keretanya. Dia mahu beredar dari situ. Hatinya tercalar dengan pertanyaan itu. Sejujurnya itu adalah kelukaan yang paling besar. Menjadi pak sanggup walaupun terpaksa.
Abey mengejar langkah Chad.
“Nak ke mana Chad? Awal lagi ni…” Abey ingin tahu. Petang masih lagi panjang, Chad sudah tergesa-gesa beredar. Abey baru je sampai tapi Chad dah nak pergi. Huh! Abey merengus. Dia ni tak habis-habis. Aku tahu kau tetap sayangkan Ayu tu dank au serba salah nak tinggalkan Elya, detik hati Abey.
“Nak jumpa Jue.” Balas Chad.
“Buat apa kau nak pergi jumpa Jue?” Apa hal pulak dia ni dan pergi jumpa Jue? Ada kaitan apa? Scandal ke? Mustahil… Abey tertanya.
“Ada hal sikit.” Kata Chad.
Dua bulan yang berlalu sungguh memedihkan. Terpaksa menjadi suami kepada Elya. Semua itu kerana terpaksa. Terluka dan kecewa mengenangkan Ayu menerima Amran. Lantaran itu membawa akibat yang buruk dalam hidupnya.
Dato` Hamidi pula berasa bahagia kerana tidak lama lagi akan bergelar cucu. Anak yang dikandung Elya bukan dari benihnya. Chad kesal kerana menghalang Elya daripada menggugurkan kandungan pada ketika tiga bulan itu dahulu kalau dia tahu begini pedihnya. Tapi entah kenapa dia menghalang pula tindakan Elya yang berniat menggugurkan anak yang dikandung itu setelah tidak berjaya menghalang perkahwinan Amran bersama Ayu.
AMRAN menurut dibelakang Ayu. Berpura-pura bahagia di hadapan keluarga adalah satu perkara yang amat menjengkelkan. Pada mulanya ia nampak canggung namun lama kelamaan sudah terbiasa. Apa yang Ayu kurang suka adalah sikap Amran yang mengada-ngada.
“Sayang dah habis beli barang ke?”
“Boleh tak awak jangan panggil saya sayang? Kita bukan depan family okey?” Ayu mengingatkan Amran.
“Tu dah boleh?”
“Apa?”
Awak dah boleh berlembut bahasa. Tak kasar lagi beraku-aku dengan saya, jadi lepas ni bolehlah panggil saya abang, kan?” Ujar Amran sambil tolak troli. Mereka berada di sebuah pasaraya. Kalau boleh Ayu nak pergi beli barang sendiri aje tapi terpaksa pula keluar dengan Amran.
Hari-hari nampak muka Amran. Di pejabat nampak dan apatah lagi di rumah. Tidur sebilik pula tu. Tapi yang benar-benar menguji kesabaran adalah tiada langsung keintiman antara mereka. Bukan kerana Amran yang tidak bersungguh tetapi kerana Ayu yang seringkali menolak. Sekarang sudah dua bulan mereka bersatu. Tiada apa-apa perubahan melainkan menanti waktu itu hadir iaitu detik perpisahan.
“Awak dan saya…” Tutur Amran lantas mematikan langkah Ayu.
“Kenapa?”
“Semakin lama saya tengok awak dah semakin berlembut dengan saya. Saya suka.” Kata Amran tatkala Ayu menjegilkan biji mata. Sekilas memandang kemudian dialihkan semula.
“Jangan nak perasan. Saya cuma belajar beradab, itu je. Erm kalau saya tak buat macam tu nanti ada pula yang cakap depan kawan-kawan dia yang saya ni bukan isteri solehah…” Meleret nada Ayu menyindir Amran. Amran terdiam seketika lalu menolak semula troli mengikut langkah Ayu. Satu demi satu barang di masukkan ke dalam troli. Sos, mentega, roti dan lain-lain lagi.
“Tak cakap apa pun. Terserah awak bagaimana nak jadi seorang isteri. Memilih ke arah yang baik atau pun tidak.” Balas Amran tidak mahu mengalah gara-gara sindiran pedas itu.
“Tapi apa yang membuatkan awak berubah? Erm, terus saya katakan bahawa saya langsung tak percayakan perubahan awak tu kerana saya kenal siapa awak. Lelaki buaya darat. Dari kecil lagi awak memang suka menyusahkan orang.”
“Jadi untuk apa awak tanya kalau awak dah tak percaya?” Kata Amran sambil memberi laluan kepada pengujung pasaraya untuk melalui lorong bertentangan itu agar tidak berlanggar dengan troli mereka.
“Saya curiga. Walau bagaimanapun, awak mesti tunaikan janji awak.” Ayu mengingatkan Amran seraya meletakkan biskut ke dalam troli. Barang dalam troli hampir penuh.
“Nak tambah troli?”
“Jangan nak berdalih. Kalau tak muat troli pun awak masih boleh pegang.” Ayu memalingkan wajahnya setelah menjeling.
Tak sangka kau bukan gadis yang mudah untuk dipengaruhi, tapi percayalah bahawa aku sayang kau Ayu, detik hati Amran. Amran takut apabila tiba detik itu. Dia terpaksa tunaikan janji-janji itu. Janji yang telah dibuat agar mereka berpisah. Amran terlalu sayangkan Ayu, cuma Ayu sahaja yang tak nampak. Apa yang Ayu harapkan adalah cinta Chad.
“Ye la…” Lembut jawapan Amran.
Sebenarnya mahu sahaja aku batalkan janji itu tapi bagaimana? Detik hati Ayu pula bersama sikap egois. Apabila dirinya diambang kekalutan untuk memilih ya atau pun tidak, ketika itu fikirannya teringat tentang Elya yang mengugutnya. Ayu menerima Amran atas desakan keluarga namun apa yang jelas mahu sahaja jawapan tidak menjadi ya. Ya! Untuk bersama Amran. Jika aku memilih atas dasar cemburu apa akan jadi? Ayu tertanya.
“Chad dah kahwin dengan Elya,” Beritahu Abey dihujung talian seawaktu dihubungi dua hari lepas. Jawapan itu amat memeranjatkan Ayu namun apa boleh dilakukan Ayu? Mungkinkah Chad diciptakan bukan untuknya? Dia tidak pasti sama ada Amran lelaki yang dibenci itu merupakan jodoh dari Tuhan?
Ayu termenung setelah terlihat anak patung spangebob yang berada tidak jauh darinya. Ingatan terhadap kenangan lalu serta merta menjengah. Amran perasan Ayu leka memandang anak patung itu. Amran membiarkan sahaja kelakuan Ayu yang sedang melayani fikiran.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)