Entri Terkini :

Setia Untuknya - 19

Sebuah dokumen dihempas atas meja Chad. Terkejut sungguh saat sedang kusyuk buat kerja. Dada Chad berombak kuat setelah kelibat perempuan yang berdiri di hadapannya sedang berkerut dahi. Ketara sekali wajah itu seperti singa yang kelaparan. Chad bangun dari duduknya setelah paginya terganggu dengan kehadiran Elya ke pejabat barunya.
“Apa ni?” Tanya Chad.
“I nak buat perjanjian dengan you.” Jawab Elya lalu melangkah mendekati Chad yang membatu di situ. Elya tidak senang hati kerana Chad telah menolak tawaran.
“Cik Elya, tolong keluar dari pejabat saya sebelum saya panggil pengawal halau awak keluar dari sini.” Ujar Chad bertegas.
“Jika itu yang you nak, silakan.” Elya mencabar.
Elya tahu Chad tidak akan berbuat sedemikian kerana dia tahu Chad tidak seteruk dari apa yang dikatakan. Tidak seperti apa yang dibicarakan bahkan tidak seperti hatinya. Chad mengeluh lalu menolak sedikit tubuh Elya perlahan agak menjauhi dirinya.
Elya berundur selangkah dan mengikut langkah Chad yang menghampiri tingkap pejabat. Di situ Chad termenung jauh. Elya mendengar Chad melepaskan keluhan lalu menoleh semula. Wajah Chad berkerut dan langsung tiada kegembiraan di wajah bahkan Chad merasakan Elya hanya menyusahkan hidupnya sahaja.
“Awak yang patut selesaikan masalah awak sendiri. Saya tak nak bersekongkol dengan perempuan yang langsung tak menjaga kehormatan dirinya sendiri.” Tempelak Chad supaya Elya mengerti.
Jantung Elya berdetak kencang dan ketenangannya memang tidak pernah wujud setelah segala-galanya diragut oleh insan bergelar lelaki. Elya mahukan Chad membantu. Chad wajib bantu.
“Please Aqil. I merayu.” Elya benar-benar menagih simpati.
“Kenapa saya perlu memperjudikan kehidupan saya ni pada awak Elya? Terus terang saya katakan, sebelum ini ada sedikti sinar untuk saya menerima awak dalam hidup saya tetapi setelah apa yang awak ceritakan tiga hari lepas tu memang sukar diterima langsung. Saya tak boleh Elya. Saya tak dapat bantu awak.” Chad terpaksa berdegil kerana dia tidak mahu menggadaikan masa hadapannya sendiri. Dia tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan yang dia tak lakukan.
Elya merapatkan diri pada Chad. Dipegang tangan Chad erat-erat namun Chad menyentapnya semula. Chad tidak suka dipegang oleg perempuan yang bukan muhrimnya. Lagi pula Chad tidak suka pada seorang perempuan yang egois. Perempuan yang terlalu bongkak sehingga sekarang sedang mengemis simpati. Sedang mengharapkan bantuan dan sedang menanti keputusan muktamadnya.
Yang tadinya perempuan ini datang dengan cara yang langsung tidak beradab dan kini mudah berubah perasaan. Yang tadinya begitu tegar menganggu konstrasi Chad berkerja. Yang tadinya sungguh keterlaluan kini sedang menangis pula. Air mata Elya beguguran mengharapkan sekelumit simpati. Chad tak mungkin akan termakan kata-kata itu, bahkan Chad sedaya upaya menjauhkan diri dari terus terperangkap.
Walaupun Chad diumpan dengan kemewahan, walaupun dijanjikan wang ringgit yang banyak, walaupun dijamin akan terlaksannya segala janji-janji, namun tiada kesahihan bahawa semua itu akan tertunai.
“Kerana perempuan tu?! Hah?! Kerana perempuan tu you tak sanggup bekerjasama dengan I?”
“Itu masalah awak dengan lelaki tu. Bukan masalah saya Elya.” Balas Chad laju.
Sekali lagi Elya menarik tangan Chad dan sekali lagi juga Chad menyentapkan semula. Chad tidak suka. Sudah kerap kali Chad memberitahu Elya dengan cara gerak tubuh itu namun Elya tetap memaksa. Merayu dan terus merayu. Air mata Elya berterusan mengalir meskipun dalam keadaan geram terbuku.
Dalam ruang pejabat itu ia terasa sesak. Sesak dengan kehadiran anak perempuan Dato` Hamidi ke situ. Untuk apa lagi mengemis simpati kala begini sedangkan waktu sebelumnya mempergunakan Chad. Memperlekehkan cinta Chad pada orang lain dan sanggup memperbodohkan Chad selama ni. Sampaikan Chad bekerja di tempat lainpun Elya masih memburunya. Tidak cukup dengan itu, Elya tetap berusaha mendapatkan perhatian Chad dengan apa cara sekalipun.
Elya terdiam dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi supaya Chad faham. Sememangnya Chad sedia faham. Chad tahu dan Chad malas nak layan dan Chad sudah lama beralah. Biarlah takdir itu berlalu. Chad tahu cintanya mati di situ. Cinta untuk Ayu bakal berkubur sedikit waktu lagi. Biarkan ia pergi dan Chad ingin memulakan hidup baru tanpa Ayuni Najwa si gadis novelis di dunia maya.
Please Aqil. I betul-betul buntu ni.”
Enough Elya. Awak pergila buat kerja awak. Jangan ganggu saya.” Suruh Chad supaya Elya segera melangkah dan jangan melama di situ. Chad rimas dan Chad rasa bosan.
Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran bunyi tepukan tangan seseorang yang sedang meluru masuk ke dalam ruang pejabat Chad.
“Drama sedang berlangsung di sini rupa-rupanya.” Tanpa di duga, Ayu muncul sambil tersenyum sinis. “Tak sangka lelaki ni sedang aturkan komplot untuk hancurkan hidup saya dan Amran. Dan perempuan ni pulak sibuk mengaku yang anak dalam perut tu anak Amran. Bijak sungguh rancangan kamu berdua ye?” Ayu mendengar semua itu dari luar. Tidak perlu disorok-sorokkan lagi kerana selama ni pun Ayu curiga dengan kehadiran perempuan bernama Elya itu.
“A… Ayu…” Nafas Chad tersekat-sekat. Chad masih tergamam dengan kemunculan Ayu secara tiba-tiba itu. Chad sendiri tidak tahu untuk apa Ayu datang ke sini.
“Tak perlu cakap apa-apa. Saya datang ni cuma nak jemput awak datang ke majlis perkahwinan saya. Kalau ikutkan hati saya memang tak nak jemput pun tetapi sekurang-kurangnya saya tak pernah lupakan awak wahai Encik Aqil Akasyah Bin Encik Nazaruddin.” Ucap Ayu penuh sinis lalu menghempaskan kad jemputan kahwin di atas meja Chad dan kemudian berpaling untuk berlalu dari situ.
“Hei perempuan!” Bentak Elya.
Langkah Ayu mati serta merta dan menoleh perlahan-lahan dengan kening terangkat. Kemudian Ayu berkerut dahi. “Yes Miss Mistress,” tempelak Ayu.
What?! Berani you call me that word?”Elya mahu menerkam Ayu namun cepat-cepat dihalang oleh Chad. Sesungguhnya Chad tidak mahu percakaran berlaku di dalam pejabatnya. Silap hari bulan dia pual akan dibuang kerja ataupun orang dalam pejabat akan bergosip tentangnya. Dia mahu menjaga nama baik dan reputasi kerja.
“Erh, saya tak hairan dengan title tu kerana ia memang sesuai. Dan awak Encik Aqil Akasyah, tolong bertanggungjawab di atas kandungan dia tu dan jangan sesekali menuduh Amran yang membuntingkan perut dia tu. Amran dah ceritakan segala-galanya pada saya.” Ujar Ayu kemudian berpaling dan terus pergi tanpa dihalang lagi.
Kata-kata Ayu sebentar tadi membuatkan Chad terkedu. Betapa besar fitnah itu ke atas dirinya. Chad merenung ke dalam mata Elya yang bersinar itu. Elya terus tunduk hiba. Chad benar-benar keliru. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Yang pastinya dia tidak membuntingkan Elya. Dia tidak pernah meniduri Elya. Sungguh!
Telefon bimbit Chad berbunyi segera dia melangkah untuk mengambilnya di atas meja kerja. Namun beberapa langkah dia hendak tiba, telefon itu terus disambar oleh Elya.
“Jangan jawab.” Larang Eyla.
But why?” Tanya Chad.
I know tu my father yang call.” Beritahu Elya setelah melihat pada skrin telefon bimbit Chad
So?”
“I tak nak papa tanya pasal I pada you. Papa I dah syak sesuatu yang tak kena. Please…” Elya merayu dan sekali ini Chad menurut bagi memberikan sedikit ruang untuk Elya bernafas.
Akhirnya Chad tidak menjawab panggilan itu. Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Elya dipandang lama. Kegelisahan Elya jelas terlakar diwajah tatkala Chad mengangkat kening.
“Apa yang you cuba lakukan?”
“Kahwin dengan I.”
Idiot!” Marah Chad.
“You tak ada pilihan lain lagi Aqil. Rahsia you ada di dalam tangan I.” Elya mengugut Chad. Setelah Elya berucap sedemikian… Chad merengus geram. Dirinya dipersendakan.
“Rahsia apa? You jangan nak mereka cerita Elya. I dah kenal sangat perangai you ni. Suka berfoya-foya. Entah anak siapa yang you kandungkan tu? Sekarang you nak libatkan I. Manusia jenis apa you ni Elya? Binatang pun lagi mulia dari you!” Bentak Chad menggosok kepalanya laju-laju bengang memikirkan tindakan Elya itu.
“You nak marah ke atau apa sahaja, I don’t care. You kena Ingat, gambar you dengan perempuan tu ada dalam simpanan I. Kalau I tunjuk gambar tu dekat family Ayu pasti mereka bertambah benci. Dan family you juga akan pandang buruk pada you. So mana you nak pilih.”
“Gambar apa ni? You jangan macam-macam.” Chad terus mendekatkan dirinya pada Elya. Dituding jari ke wajah Elya. Elya pula hanya tersenyum sinis. “Cakap! Gambar apa?”
“You nak tengok sangat ke? Nah! Ambil ni…” Elya menghulurkan pendrive kepada Chad. Chad terus menyambutnya lantas dia melangkah laju kea rah komputer lalu dicucuk pendrive itu ke USB port.
Terbeliak biji mata Chad. Terdapat banyak foto di dalam tu. Chad tidak pasti sejak bila gambar itu dirakamkan. Tidak cukup dengan itu terdapat folder video. Chad segera klik pada folder berkenaan dan akhirnya jantung Chad seolah-olah mahu gugur.
“Apa semua ni Elya?”
“Dah ada depan mata you, kenapa tanya lagi? Jangan ingat yang you tu baik sangat. I kenal siapa you sebenarnya Aqil.”
Chad terdiam. Semua itu helah! Helah Elya untuk memerangkap Chad. Sungguh kesal dirasakan Chad setelah mengenali Elya. Elya telah menjatuhkan maruahnya. Elya sudah mengambil kesempatan di atas sesuatu yang Chad sendiri tidak tahu daripada mana semua ini bermula.
Perlahan-lahan Elya melangkah mendekati Chad. Di situ dia mencuit bahu Chad dengan jari telunjuk. Bibirnya pula terus didekatkan pada telinga Chad. Jelas terasa nafas yang keluar masuk pada rongga Elya ke cuping telinga.
“You tak ada pilihan lain lagi Aqil. Kalau you tak nak semua itu tersebar, you mesti ikut cakap I, faham?” Elya memaksa Chad. Soalnya kenapa perlu tunggu saat ini? Kenapa semua itu dipertontonkan kepada Chad? Chad sendiri tidak faham akan semua ini.
“You! Arh!” Chad geram.
Chad berada dalam dilemma cintanya sendiri. Elya sungguh kejam! Elya memperkotak-katikan hidupnya. Sampai hati Elya buat hidup Chad jadi begini. Setelah hal dahulu berlalu kini muncul musibah baru.



RENUNGAN tajam mata Abey membuatkan Chad melarikan pandangan. Sekilas melihat ke sisi orang sedang beriadah. Kanak-kanak pula sibuk bermain layang-layang pada waktu petang begini. Angin bertiup agak kencang dan di sini merupakan tempat berkumpulnya ahli keluarga demi meluangkan masa bersama-sama.
Nafas ditarik dalam. Namun, jelas terasa sesak. Sesak memikirkan apa yang telah berlaku. Mengenangkan sikap Elya, benar-benar menghancurkan hati Chad sebagai seorang lelaki yang langsung tidak mencintai Elya. Perempuan itu langsung tidak memikirkan hak orang lain. Penting diri! Bentak hati Chad.
“Elya dah kurang ajar dengan kau. Takkan kau nak biarkan je Chad?”
“Ada something yang aku belum beritahu kau.”
“Apa dia?” Abey kembali dalam penampilan biasa. Dia kembali memakai seluar dan tidak mengenakan kain.
“Aku belanja kau makan ais krim. Okey?”
“Okey. Perisa Vanila.”
“Bagaimana dengan coklat?”
“Dua-dua berlemak.”
“Jadi, minum air kosong je la.”
“Suka-suka je. Okey, campur? Boleh kan?” Abey memberikan cadangan. Chad terus mengangguk. “Lepas tu aku nak kau cerita apa yang something tu.” Abey mengingatkan Chad. Sekali lagi Chad mengangguk.
Mereka berdua melangkah bersama mendekati peniaga yang menjual ais krim. Pelbai jenis ais krim dijual oleh peniaga tu. Tinggal pilih sahaja yang mana mereka mahu. Cadangan untuk mencapurkan kedua-dua perisa. Mungkin sedap.
“Lazat.”
“Ya…” Chad makan bersama-sama ais krim yang baru dibeli. Mereka meneruskan langkah perlahan-lahan sambil makan ais krim.
“Duduk sini dulu.”
“Sana sikit la.”
“Kenapa kalau dekat sini?”
“Bising sangat, dekat tempat tadi boleh?”
“Dah jauhlah Bey, sini je la.” Chad sengaja memilih tempat yang riuh rendah bunyinya. Kanak-kanak sibuk menjerit sana sini sambil main lontar piring terbang. Ada yang berlari laju mengejar arah pergerakan piring terbang itu. Ada pula yang terguling-guling. Geli hati Chad melihat telatah mereka. Benar-benar mencuit hatinya yang sedia kusut.n Sedikit sebanyak tempat ini mampu mengalihkan perhatiannya dari memikirkan kisah Elya. Namun, Abey hadir membantu meringankan bebanan. Berkongsi cerita meluahkan rasa.
Tidak disangka pula lama kelamaan Abey begitu rapat dengan Chad meskipun rancangan mereka menemui kegagalan. Hari ini Abey sedia meluangkan masa keluar bersama Chad. Baginya Chad bukanlahs eorang lelaki yang begitu penakut cuma Chad seorang yang lebih berhati-hati. Oleh sebab sikap Chad sering menyalahkan diri sendiri maka Abey hadir membantu sedaya yang boleh biarpun sebelum ini dia dipaksa Chad ketika ke Johor dahulu.
Chad bersiul gembirakan hati. Abey pandang Chad dalam-dalam. Wajah Chad kembali ceria. Buat-buat gembira agaknya. Atau Chad sengaja menyembunyikan saki baki masalahnya. Abey membatukkan dirinya. Chad menoleh dan mengukir senyuma.
“Lain macam pulak aku tengok kau ni.”
Debishhh! Abey tepuk bahu Chad.
“Kalau tak tepuk bahu aku tak boleh ke?”
“Dah biasa. Sorry. Dulu aku selalu tepuk bahu…”
“Cukup, kau nak ungkit pasal dia kan?”
“Mana kau tahu?”
“Siapa lagi bekas kawan baik kau kalau bukan dia?” Chad melarikan wajahnya. Abey pula tunduk memandnag bumi. Abey yang duduk di sebelah Chad terus bangun. Chad pula hanya memerhatikan sahaja.
“Kalau aku bercakap tentang dia, esok pagi pun takkan habis. Sekarang ni hubungan aku dengan Abang Key ada problem. Kau betul-betul syok dekat Nora ke Chad?”
Tersentak Chad mendengar ucapan Abey itu. Sudah diberitahu bahawa Nora tiada kaitan dengan semua ni. Abey suka serkap jarang.
“Kenapa kau tanya?”
Chad teringatkan gambar yang dirakamkan itu. Matilah Chad sekiranya gambar itu tersebar. Orang pasti terfikir bahawa semua itu memang kehendak dirinya.
“Sejak akhir-akhir ni Nora bersikap dingin. Dia berusaha meracuni fikiran abangnya tu supaya tinggalkan aku. Semua ni tak adil Chad. Dia cemburukan aku rapat dengan kau.” Jelas Abey menyatakan perasaannya sendiri.
“Kalau kau setia untuknya kenapa perlu rasa macam tu? Dia pun sayangkan kau kan? Aku tak rasa Key akan bencikan kau lagipun tak ada sebabnya untuk dia buat macam tu Bey?”
“Kau tengok diri aku ni Chad. Tengok lah.” Suruh Abey.
“Aku sentiasa tengok.”
“Jadi apa pendapat kau?”
“Berubahlah demi kebaikan.” Ujar Chad. “Tapi…”
“Tapi apa?”
“Kalau dia benar-benar cintakan kau, maka dia akan terima seadanya.” Jawab Chad.
“Maksud kau selama ni dia mempermainkan aku? Mati-mati aku sayangkan dia. Aku ikhlas mencintai dia Chad… hati aku lebur bila dapat tahu dia cuba-cuba keluar dengan perempuan lain. Tapi aku yakin dia sengaja buat macam tu. Chad… aku tak nak Key salah faham tentang hubungan kita. Kita hanya kawan je kan? Chad kan?”
“Ya memang. Kita memang kawan jadi apa masalahnya? Kau ragu-ragu ke?”
“Erm…”
Abey melangkah lagi ke hadapan. Chad terus bangun dari duduknya setelah menghabiskan air krim. Dia berdiri di sebelah Abey sambil mengeluh.
“Kau tahu kenapa aku mengeluh?” Tanya Chad. Abey menggeleng. “Kerana kau tak berjaya meyakinkan orang yang kau sayang tentang seorang perempuan yang tinggi martabatnya.”
“Apa maksud kau?”
“Ya, kau suruh aku tengok kau, jadi… pandangan mata setiap orang tak sama Bey. Sebagaimana aku memandang Ayu… aku hanya menilai dari luaran sahaja dan pada hakikatnya jauh menyimpang. Dia bahagia bersama Amran. Tak perlu aku ganggu dia lagi.” Kata-kata Chad seolah-olah mempamerkan seorang lelaki yang sudah berputus asa.
“Kita selesaikan masalah ni satu persatu. Masalah kita?”
“Kita?”
“Kita sebagai kawan.”
Chad tersenyum. Abey malu-malu. Chad tahu apa yang Abey rasa taopi Chad belum yakin sepenuhnya.
“Abey… tentang Key biar aku uruskan.”
“Nora?” Abey gelisah.
“Sebenarnya itulah yang cuba aku perkatakan dari tadi.”
“Nora ada kaitan dengan Elya ke?”
Chad mengangguk perlahan seraya mengeluh berat. Abey tercengang dan dia duduk semual di bangku.  Dia menoleh ke kiri dan kanan kerana gelisah. Abey bermain dengan jari jemarinya. Chad pula melamparkan pandangan ke arah kanak-kanak yang leka bermain.
‘Dush’
“Adoi!”
“Maafkan saya bang.” Kepala Abey terkena piring terbang. Seorang budak lelaki kembali semula ke padang setelah mendapatkan semula alat permainan itu setelah meminta maaf. Budak tu tak sengaja.
“Sakitnya…” Abey mengadu sakit. Tak disangka piring terbang itu tersesat kena kepalanya. Nasib baik ia merupakan barang plastik. Walaupun ia cuma plastic, namun tetap terasa sakit.
“Teruk ke?” Chad menahan tawa.
“Gelak la. Orang tengah sakit ni.” Abey terseringai.
“Yela bang…” Chad mengusik Abey kerana budak lelaki tu panggil Abey sebagai seorang abang. Kata-kata orang lain suduh cukup membuktikan bahawa Abey dia anggap sebagai seorang lelaki. Itulah penyebab Abang Key semakin menjauhkan diri. Chad faham apa yang Abey lalui itu. Dahulu Abey kelihatan cantik sewaktu ke Johor. Chad sendiri terpanah dengan kecantikan itu tetapi apa boleh buat, perubahan yang nampak kekok. Abey tak suka mengenakan alat solek.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.