Web TV berkembang dengan pesat sekali di dunia maya. Pastinya kebanyakkan Web TV kini bertapak di sebuah website popular yang berkongsi segala video iaitu YouTube. Tidak hanya YouTube sahaja yang boleh dijadikan plotform kerana terdapat juga laman yang lain namun oleh kerana ia mudah dan percuma maka ramai yang memilih YouTube. Jika anda mempunyai bujet lebih anda boleh membina sebuah laman sendiri yang menghoskan konsep Web TV.
Menghasilkan video yang mampu menarik perhatian orang untuk menontonnya adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Dengan Web TV anda juga mampu menjana pendapat. Penghasilan video juga meninggalkan kesan terhadap perniagaan, lambang korporat, informasi tambahan, tutorial, majlis penting serta cara paling mudah memahat memori dalam bentu visual. Baiklah, sekarang kita bercakap tentang duit!
BUAT DUIT
1. IKLAN PERNIAGAAN
- Selain menarik pengiklan luar kenapa tidak mengiklankan barang anda sendiri. Jika anda ada servis atau produk, meskipun tidak begitu komersil tidak mengapa. Anda masih boleh mengiklankan di stesen Web TV anda sendiri. Ramai yang tidak menggunakan peluang ini. Jika ada pengiklan luar pula, itu sudah tentu boleh buat untung.
2. CARI PENAJA
- Jika anda ingin kesinambungan hubungan andan dengan dunia atas talian, usahakan mendapat penaja yang ingin turut serta menyertai servis atau barangan yang ingin anda paparkan sebagai kandungan Web TV anda. Janjikan sesuatu yang dapat memberikan pulangan kembali seperti logo penaja ketika pengenalan dan sebagainya. Ia bukan sahaja mengurangkan kos anda malah mampu menambahkan aliran trafik.
3. KONGSI ALAMAT PAUTAN
- Memang rugi jika laman Web TV anda dimainkan semula beribu-ribu kali oleh pengunjung tetapi anda tidak memanafaatkan untuk menautkan alamat pautan ke akaun laman web dan blog anda. Jiak video anda boleh tahan bagusnya, tidak mustahil pengunjung turut ingin melayari blog anda seterusnya memberikan keuntungan tambahan.
4. JUAL BAKAT
- Bukan terhad kepada bidang nyanyian semata-mata, malah bakat mengacara, berlakon atau seumpamanya boleh dimuat naik sekadar suka-suka. Platform ini tidak akan digelar 'syok sendiri' lagi, malah telah menjadi trend bagi mencungkil bakat. Mana tahu suatu hari nanti ada syarikat media elektronik hendak mengambil anda sebagai pengacara. Mana tahu? Tambahan pula rancangan yang anda kendalikan, hasil rakaman video sendiri boleh dijual kepada mereka yang berminat. Percayalah, ada yang berminat.
5. PERKHIDMATAN BERBAYAR
- Pada yang mahir dengan suntingan video dan pempunyai DSLR sendiri, risik-risik mana-mana induvidu atau pun korporat yang ingin membuat video seperti video korporat, majlis-majlis kahwin, portfolia dan lain-lain.
- Usah kenakan bayaran terlalu tinggi kerana anda bukan sahaja mendapat upah, malah turut boleh menjadikannya sebagai standart anda jika ada pelanggan lain di masa muka. Nyatakan juga bahawa video berkenaan akan dimasukkan ke siaran Web TV anda. Satu portfolia tambahan.
6. BERI KANDUNGAN
- Sudah menjadi seperti kegilaan sekarang, walau hendak belajar memakai tudung pun memerlukan video tutorial yang mengajar langkah demi langkah. Apa kata anda pilih bidang andan. Buat video tutorial. Kepada yang inginkannya boleh letakkan di laman sesawang atau blog mereka, berhubung dengan Web TV anda. Kenakan sedikit bayaran. Pastikan anda benar-benar profesional dalam bidang tersebut.
7. GABUNGAN PEMASARAN
- Pada yang memiliki laman sendiri yang menjadi hos kepada web TV anda, ambil peluang ini untuk menjadi orang tengah kepada pemasar barangan dalam talian mengiklankan barangan jualan mereka. Cuma perlu bina video durasi sepanjang dua atau tiga minit, jadikan ia sebagai direktori kepada pengunjung tetap laman Web TV anda.
8. JENAMA SENDIRI
- Cuba ciptakan satu jenama sendiri di Web TV anda. Selitkan jenama seperti logo atau pun kata-kata yang menarik perhatian. Ia akan menjadi tanda niaga eksklusif walau pun anda bukanlah ahli perniagaan. Ini akan merintis kepada pembuatan cenderamata, t-shirt dan lain-lain yang dirasakan mengembangkan lagi jenama anda di mata pengunjung setia. Siapa kata Google terus popular?
9. CEBURI DUNIA PROFESIONAL
- Apabila anda mula berpuas hati dengan kualiti kandungan video di Web TV anda, apa salahnya sertai pertandingan-pertandingan yang diadakan saban waktu di seluruh dunia. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika anda berjaya, bukan sahaja mendapat ganjaran malah mungkin turut berpeluang apabila ada yang berminat menjadi anda profesional bidang ini.
10. IKLAN GOOGLE
- Video dalam talian andan hanya memerlukan kualiti yang baik, penerangan teks jelas serta letakkan beberapa iklan Google AdSense yang mungkin menarik minat kepada penonton anda. Harus diingatkan, letakkan keyword yang relevan dalam halaman tajuk dan keterangan. Jika hendak diikutkan banyak lagi yang boleh menjadi idea untuk anda buat duit cara Web TV. Keuntungan tidak akan datang sekelip mata, anda perlu memberi sedikit masa. Tambahan pula trend Web TV semakin popular, membuka pelbagai peluang yang boleh direbut. Bukan sahaja memberi pulangan yang lumayan dengan cara mudah. Tetapi dalam masa yang sama anda boleh menjadi bos kepada bisnes anda sendiri. Mana nak cari!
ENTRI TAMBAHAN
10 Tip & Trik WEB TV
1. Anda harus pastikan isi kandungan Web TV anda berkaitan dengan isu semasa yang menarik. Ia juga bagus untuk kesinambungan ke web atau blog sendiri.
2. Jangan abaikan penggunaan tripod ketika sesi rakaman video bagi mengelakkan gegaran terlampau. Web TV yang menarik perhatian adalah hasil rakaman video yang berkualiti.
3. Tajuk video anda tidak melebihi 12 aksara. Jangan bosankan pengunjung.
4. Saiz paparan video tidak melebihi 455 pixel x 372 pixel.
5. Mendapatkan sokongan JavaScript dan Flash untuk tontonan terbaik.
6. Latar belakang kandungan video yang mesti kontra dengan laman perkongsian.
7. Untuk video tutorial pastikan audio turut disunting dan penggunaan mikrofon tambahan amat digalakkan.
8. Gaya 'Simple but nice' amat diperlukan bagi kandungan yang berat seperti isu semasa. Ini bagi menarik golongan muda. Tambhan orang ramai sukakan yang ringkas.
9. Suntingan tidak keterlaluan mengelakkan penonton tidak berasa kandungan Web TV anda palsu.
10. Elakkan saiz teks kecil dalam HTML dan grafik.