Entri Terkini :

Apa itu SEO?

Blogwalking, Blogwalking Palsu, Jom Blogwalking, Jom Beli Software Auto Blogwalking, Jom Beli Software Blogwalking, Jom Download Software Blogwalking, Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking, Kenapa Blogwalking, Saya Suka Blogwalking, Tips Meningkatkan Trafik Blog, Cara Meningkatkan Trafik Blog Dengan Mudah, Auto Blogwalking, Keyword Tool, Cara Mencari Keyword, Keyword Paling Dicari, Cara Cari Keyword, Cara Mencari Keywords, Cari Keyword, Mencari Keyword, Paling Dicari, Cara Keyword, Cari Keywords, Keyword Dicari, Keyword Yang Paling Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Banyak Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Paling Dicari, Cara Menemukan Keywords, Tool Pencari Keyword, Cara Mencari Keyword Untuk Seo, Jom Timbang Blog, Blog Berat, Jenis Blog Yang Aku Tak Suka, Ciri-ciri blogger sampah, Cara Menemukan Keyword, Cari Keyword Paling Dicari, Mencari Keyword Yang Efektif, 100 Keyword Paling Dicari, Miqael Arshad, Apa itu SEO, Makna SEO, Carian SEO
Apa sebenarnya SEO ni dan bagaimana ia berfungsi? Itulah yang tertanya-tanya sehingga memaksa aku cari di google tentang makna SEO itu sendiri. Maknanya adalah Search Engine Optimization. Aku masih tidak faham apa peranan benda ni dalam dunia internet ni. Pada mulanya aku anggap ia tidaklah penting mana kerana tujuan aku berblogging adalah nak share cerita dan matlumat. Akhirnya aku salah. Aku salah menganggap bahawa SEO itu tak penting langsung.

Dari anggapan yang salah itu membuatkan aku sedikit keliru. Bagaimana untuk aku mendapatkan traffic? Kalau tak ada traffic siapa nak datang ke blog aku ni? Dari situ membuatkan aku terfikir untuk menarik reader ke blog aku. Dulu aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku mula berblogging tahun 2003 dan blog pertama aku sekadar blog peribadi untuk kawan-kawan sahaja yang baca. Menceritakan tentang alkisah diri aku dan apa yang aku lalui. Kini tidak lagi, setelah agak lama aku menyepi dan blog aku tu pun dah basi akhirnya aku buat keputusan tinggalkan blog itu dan bina blog yang baru. Sekarang nilah blog baru aku.
SEO juga banyak membantu mempromosikan blog pada carian google mahupun enjin carian yang lain. Jika sesuatu keyword ditaip pada enjin carian maka ia akan memaparkan pencarian ke tapak laman tertentu. Oleh itu jika laman blog kita atau tapak laman kita mesra carian maka blog kita akan berapa dalam ranking teratas carian. Bukan setakat itu sahaja, keyword atau kata kunci memainkan peranan yang penting. Sehingga ke setakat ini aku masih mengkaji dan belajar bagaimana untuk mendapat ranking dalam carian?
Jika difikirkan tanpa mendekatkan diri memperlajari apa itu SEO, ia mungkin nampak sukar, namun setelah didedahkan dengan makna dan tujuan maka aku sedia maklum betapa pentingnya perkara ini pada tapak laman kita.

Pendekatan inilah menjadikan aku begitu teruja untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan SEO. Sesuatu blog bagaikan tiada makna jika tiada pengunjung. Maka kita juga kena rajin melawat blog kawan-kawan untuk mengetahui informasi terkini. Selain itu carian di google merupakan perkara yang sangat penting untuk mengakses sesuatu maklumat sampai kepada kita. Inysa-Allah... aku akan kongsi ilmu berkenaan apa sahaja dengan pengunjung blog aku ni. Jika aku belajar, korang juga kena belajar supaya kita sama-sama pandai. Mana yang kurang kita tambah, mana yang berlubang kita tampal dan lama kelamaan kita semua berada dalam lingkungan generasi yang bijak.

SEO sangat penting untuk jangka masa panjang kerana blog kita akan mendapat traffic apabila terdapat keyword yang sesuai carian di google untuk ke blog kita digunapakai. Cuba korang search 'sekat autorun' di google, agak-agak blog aku tersenarai tak di dalam ranking carian itu? aku pun duk usha gak keyword yang selalu orang cari supaya blog kita berada di ranking atas carian mereka. Okey itu sahaja untuk dikongsikan kali ni, nanti aku terangkan lagi di lain waktu...

p/s : Aku berterima kasih kepada reader aku yang banyak support aku berblogging. Sejujurnya merekalah yang seringkali membantu dalam mempromosi blog kita. Jadi, sekalung penghargaan buat para pembaca blog Miqael Arshad Online Blog yang dulu dikenali sebagai blog Meraih Cinta. Penjenamaan semula adalah untuk memudahkan SEO bergerak lancar memudahkan reader mencari apa yang mereka cari :-)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.