Entri Terkini :

Berblogging dengan serius

Saban hari dunia blog kian berkembang dan begitu ramai blogger-blogger baru (termasuk aku) wujud bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. (Sama dekat tempat aku hujan tak henti-henti ni). Tidak dinafikan bahawa dunia blogging ni memberikan kepuasan yang tak terucap. Pastinya sudah ramai memperkatakan bahawa berblog juga boleh menghasilkan duit. Ya, sudah pasti anda juga boleh buat duit dengan blog tapi tahukah anda caranya? Masih ada yang tidak tahu cara nak buat duit dengan blog kerana masih newbie (aku pun)

Pengiklanan di blog juga boleh menambahkan pendapatan anda. Sudah sedia maklum, anda boleh menyewakan tapak iklan kepada mereka yang berminat akan tetapi berapa ramai pengunjung datang ke blog anda? Itulah yang menjadi persoalan. Maka di sini lahir pula blogger yang serius update entri blog untuk menarik sejumlah pengunjung ke blog mereka dengan harapan traffic sentiasa bertambah. Jika sesebuah blog itu sesak dengan pengunjung maka harapan untuk meraih pendapatan yang agak lumayan sedia ditakluki dengan turut serta bersama syarikat pengiklanan yang kini adalah terhebat seperti nuffnang. Selain Nuffnang, terdapat pelbagai lagi syarikat iklan yang menawarkan pendapatkan kepada anda yang aktif berblogging dan mampu membuatkan pengunjung tertarik dengan iklan yang dipaparkan. Pilihan di tangan anda sendiri.

Bagaimana pula dengan blog yang tidak mahsyur? Blogger yang tidak dikenali seperti aku? Adakah ada harapan untuk meraih pendapatan seperti itu? Mungkin ada sekulimit harapan dan perlu berusaha keras agar aliran traffic sentiasa berlaku. Blog tidak akan dikunjungi tanpa promosi. Langkah mudah untuk mempromosikan blog adalah melalui facebook. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui kaedah ini dan ia nyata banyak membantu aliran traffic. Selain daripada itu, entri yang dipaparkan berserta tajuk entri biarlah sesuatu yang berlainan dan mampu menarik perhatian orang untuk klik url link blog anda. Selain daripada itu tingkatkan aliran traffic anda dengan bertukar link dengan rakan-rakan blogger yang lain. Join contest dan aktif di tempat mereka. Secara tidak langsung anda juga memperolehi traffic daripada mereka. Janganlah terlalu pasif di dalam dunia blogger ini.

KAEDAH TERHEBAT TINGKATKAN TRAFFIC

 

Anda mesti pernah dengar berkenaan Geng Blogger? (Yang mana tahu la) Ia juga merupakan satu laman yang mempromosi blog anda. Tidak hanya itu, malah banyak website yang mampu membuatkan anda mendapatkan sejumlah traffic. Aliran traffic yang stabil membantu anda mendapatkan pendapatkan dengan pengiklanan yang dinyatakan di atas. Jika blog anda dikenali maka pengunjung akan sentiasa bertandang ke blog anda.Harus diingat pesanan sebelum ini berkenaan Ciri-ciri Blog Yang Baik.

Dekat sini aku nak beritahu dekat kawan-kawan yang nak dapatkan tarffic. Aku juga buat benda yang sama jadi untuk korang aku sediakan link yang boleh korang daftar dan hebahkan link blog anda. Insya-Allah aliran traffic akan masuk sekiranya anda gigih dan serius berblogging namun harus diingat juga akan kewajipan kita. Jangan kita lalai dan leka dalam dunia maya ini. Biarlah bersederhana dan tulus ikhlas dalam berblogging.

WEBSITE Untuk anda Promote Blog Dan Entri Blog Korang tu -=> Busuk.Org & Apesal.Com

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.