Entri Terkini :

Alahai Ecah : Mesin Jahit Hati

 

"Seorang kawan ibarat macam jongkang-jongkit, bila dia tak ada, aku akan turun ke bawah." Aku berbicara pada Ecah yang sedia berteleku di pasir pantai yang memutih bersama hembusan bayu menggosok kulit. Ecah menarik nafas dalam-dalam kemudian memandang aku.

"Aya, apa yang kau merepek ni? Kau nak tuduh aku ke Aya?"

"Tuduh apa Cah?"

"Kalau aku duduk dekat atas jongkang-jongkit tu sekalipun, always aku ada dekat bawah." Jawab Ecah dan aku terus garu kepala.

"Kenapa?" Tanyaku.

Ecah terus menjeling.

"Walaupun aku ada kau sekalipun sebagai kawan baik aku tapi aku tetap berada dekat bawah dan tak naik-naik kerana kau tak akan mampu buat aku naik ke atas." Katanya dalam nada sedih.

Aku pandang Ecah lama-lama. Baru perasan tentang sesuatu, alahai... obesiti rupanya.

"Sorry Cah, aku tak sengaja."

"Iyolah tu..." 

Aku terus menahan gelak. Kalau aku ketawa nanti dituduh kawan yang tak reti ambil hati pula. Alahai kasihan kau Ecah... tu la dulu aku suruh kau diet kau tak nak, ikut sangat perasaan kecewa tu dan mula la nak melantak berpinggan-pinggan kononya nak lenyapkan tension. Aku menggeleng perlahan mengenang nasib Ecah dipermainkan lelaki.

Novel : Mesin Jahit Hati

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.