Entri Terkini :

Terdapat Banyak Pilihan

Sebelum ni jika aku nak jenguk-jenguk novel aku terpaksa pergi ke Popular Mesra Mall. Jauh la jugak dari Dungun ni kerana kadang-kadang aje aku punyai waktu terluang. Tidak dapat dinafikan dekat Popular Book Store terdapat pelbagai jenis genre dari pelbagai penerbit. Rambang mata tengok novel dan tak tahu nak pilih yang mana satu untuk santapan bacaan, hehehe banyak pilihannya.

Di Bandar Dungun pulak ada Pustaka Seri Intan. Tidak banyak pilihan dekat situ kerana novel tidak banyak terpamer. Maksud aku dari pelbagai penerbit. Yang ada penerbit yang dah terkenal aje. Kalau aku nak dapatkan novel dari KN (Kaki Novel) pun tak ada. Katanya waktu tu tak ada stok KN pun. Aku pun tanya lagi novel dari penerbit JS (Jemari Seni) pun tak ada katanya. Susah betul... Itu dulu la, semalam aku pergi sana, mereka dah ada stok daripada penerbit lain termasuk dari terbitan KS (Karya Seni) jadi dah banyak dah pilihan. Tak payahlah aku susah-susah nak pergi cari jauh-jauh kan?

Macam ni la lagi mudah. Bukan ke orang ingin kemudahan untuk mempercepatkan sesuatu proses? Begitu juga dengan aku. Apabila aku nak cari novel ke aku pergi dekat PSI di Dungun tu. Lagi satu, jika novel tu laris memang tak sempatlah nak sambar. Sekarang semakin ramai peminat novel. Ini satu perkembangan yang baik kerana minat membaca kian bercambah.

Sudut Pustaka Seri Intan di Bandar Dungun.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.