Entri Terkini :

Selalu sangat kita terlupa

Aurat adalah sesuatu yang wajib dijaga bagi umat Islam. Ia tidak boleh didedahkan sesuka hati malah kita mestilah menjaga dan menunaikan tuntutan agama yang kita anuti. Apabila berbicara mengenai aurat, ia sering dikaitan dengan wanita sahaja. Suara aurat, malah bentuk tubuh juga aurat. Apa yang ada pada wanita yang beragama Islam itu adalah aurat. Ya dan sememangnya ia wajib dijaga dengan baik dan setiap wanita Islam diwajibkan memakai pakaian yang tidak mendedahkan auratnya. Bagaimana dengan kaum lelaki? Tiada auratkah? Sudah tentu lelaki juga ada auratnya. Bahagian pusat sehingga ke paras lutut. Itu aurat lelaki yang tidak boleh didedahkan. Sememangnya aurat perempuan meliputi seluruh tubuh berbanding lelaki namun atas alasan itu terlihat kebanyakkan lelaki Islam gemar memakai seluar pendek. Jika seluar tiga suku yang dipakai koyak rabak, jadi apakah maknanya? Mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai tetap haram.
Lelaki juga patut ditekankan mengenai aurat memandangkan ia adalah tuntutan. Jangan memandang remeh tentang hal ini kerana ia juga mendatang dosa jika aurat itu didedahkan. "Ala, sibuk kenapa?" Ada sahaja yang tidak kena apabila ditegur mengenai pemakaian seluar sedemikian yang terlalu pendek sehingga menampakkan bahagian paha. Itu adalah aurat. Apa salahnya memakai seluar panjang? Seluar tiga suku juga boleh dipakai dan janganlah seluar itu koyak di bahagian lutut.

Tambah lagi, bagaimana dengan lelaki yang memakai seluar pendek atau boxer sahaja? Lelaki Islam itu pula menayangkan gambar di facebook, my space, tagged atau pada laman sosial yang lain? Gambar yang menampakkan pusat serta bahagian lain, tidakkah itu seksi namanya? Berapa ramai mata yang memandang gambar itu dan hitunglah berapa banyak dosa yang bertambah. Lelaki Islam patut mengambil berat soal aurat itu. Jika seorang lelaki Islam itu sibuk bercakap mendengai aurat perempuan tetapi dia (lelaki) sendiri tidak menjaga aurat dirinya maka ia sama sahaja seperti melepaskan batok di tangga.

Sekiranya gambar itu masih ditayangkan dan anda sudah tiada lagi di dunia ini maka anda masih mendapat royaltinya. Royalti dosa itu sentiasa bertambah. Berhati-hatilah dengan gambar yang ditayangkan itu jika anda tidak mahu dosa anda bertambah. Untuk apa anda menunjukkan tahap keseksian anda sedangkan di akhirat kelak anda akan terseksa? Sosial, sosial juga jangan sampai perkara yang dianggap remeh itu menjadi sesuatu yang membebankan pada suatu hari nanti.... aku juga berpesan pada diri aku sendiri supaya Allah sentiasa memberikan hidayah-Nya pada aku dan juga pada anda semua. Sama-samalah kita menjaganya... Assalamualaikum

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.