Khas untuk anda....
Tim dan Roy sibuk mendengar secara live suara yang dihantar melalui alat microphone tersembunyi terus ke headphone. Van tidak tunggu di situ tapi kini van mereka bergerak ke sebuah tempat yang terpencil. Di sidut itu mereka berdiam diri sambil memberi tumpuan pada gerak-geri Shafika.
Di dalam sebuah bilik Shafika nampak tenang walaupun hakikatnya dia sedang berdebar-debar. Wajah Shafika nampak cantik walaupun ia disolek tebal. Gaya dan caranya sungguh berlainan. Apa aku nak buat ni? Shafika bertanya dalam hatinya sendiri. Seketika dia menegadah ke siling seraya menalan liur. Fika... ingat kau tu bini orang. Kata-kata dalam kepala mengingatkan Shafika yang sekarang sudah mula melangkah mendekati seorang lelaki bertatu naga merah.
Lelaki kacukan Korea itu sedang menghembuskan asap rokok berdekatan dengan tingkap menikmati malam yang kelihatan tenang. Shafika sengaja dibawa ke bilik di sebuah rumah tumpangan. Lelaki itu tidak berbaju setelah menanggalkan jaket. Di dalam bilik berdinding kayu itu tidak memiliki penghawa dingin. Hanya ada sepasang kipas siling sahaja itu pun belum cukup mendinginkan tubuh yang sedia hangat.
“Bro Kay dah ready ke?” Soal Shafika sambil tangannya seolah-olah cuba melucutkan pakaian sendiri di hadapan lelaki yang digelar sebagai Bro Kay itu.
Bro Kay hanya melambaikan tangan dan mengangkat jari tengah. Isyarat lucah. Terperanjat Shafika saat lelaki itu berbuat sedemikian. Bro Kay dari tadi membisu tanpa berucap sepatah apa pun semenjak beredar dari tempat yang gamat itu.
Bro Kay terus bangun dan merapati Shafika lalu dia mendakap Shafika erat-erat. Shafika terkejut besar apabila dia terus dipeluk tanpa sepatah apa-apa pun ucapan. Nafas Bro Kay jelas terasa kerana wajah Bro Kay dekat dengan wajah Shafika. Shafika cuba menolak lembut tapi lelaki itu masih membatu kemudian senyum sumbing. Jantung Shafika tidak dapat bertenang. Ia berdegup kencang.
Tanpa diduga lelaki itu mula mencium bahagian tengkuk Shafika tanpa keizinan daripada Shafika. Harum, baunya sangat harum sehingga menusuk rongga lelaki itu.
“Bro Kay... pergilah mandi dulu.” Pinta Shafika melengah-lengahkan masa. Namun seperti tadi, Bro Kay hanya membisu lantas dia menyelak baju Shafika.
“Erh!” Shafika terkejut. Habislah aku. Shafika benar-benar menggelabah. Mata Shafika merunung tatu Naga itu. Sebenarnya dari awal dia tidak tenang teringatkan tatu berkenaan. Dia masih cam wajah lelaki itu biarpun style rambut sudah berubah. Mata Bro Kay yang agak sepet dan berkulit cerah itu masih terbayang-bayang di minda Shafika.
Secara kasar tubuh Shafika ditolak terus rebah ke atas tilam. Shafika sedikit menjerit kerana terkejut. Dia masih tersenyum mengawal emosi. “Boleh mandi dulu? Segarkan badan.” Suruh Shafika dalam kemaraan lelaki itu.
Bro Kay langsung tak layan pertanyaan itu, dan ternyata degupan jantung Shafika mula kenyang saat lelaki itu perlahan-lahan menindih tubuh Shafika. Dengan terpaksa Shafika menolak sedikit kasar. “Please...” Shafika berkerut dahi.
Setelah ditolak pun Bro Kay tetap tidak mahu mengalah malah dia terus menerkam rakus dan bibirnya mendekati leher Shafika. Diciumnya leher itu. Gara-gara itu Shafika meneleng kepala dan dia menoleh laju kiri dan kanan. Bro Kay masih tidak bersuara dan dengus nafas jelas kedengaran semakin rancak.
Satu alat telah ditarik setelah wayar mula terdedah. Bro Kay senyum simbing dan langsung tidak menunjukkan ekspresi wajah yang berkerut. Kemudian mic kecil yang terpasang itu diretusnya.
“Kau fikir aku bodoh ke? Kalau aku nak sedap dah lama aku leh dapat tak payah tunggu sampai sini.” Jawabnya tenang. Alat itu dicampakkan terus terhempas ke atas rak. Shafika terpinga-pinga.
Shafika hairan mendengar jawapan Bro Kay. Habis tu kenapa bawa aku ke sini? Tanya Shafika dalam hatinya. Sukar utnuk dia bertanya terus terang kerana misinya tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Tanpa disangka-sangka pintu dipecahkan dari luar. Cepat-cepat Bro Kay menolak tubuh Shafike jatuh tergolek ke seberang katil bagi menyembunyikan Shafika. Dua orang lelaki bersenjatakan parang dan kayu besbol mula menyerang. Safika terkejut. Dia merasakan keadaan ini bahaya. Shafika terus masuk ke bawah katil tetapi tiba-tiba katil itu terangkat. Shafika mula cemas manakala Bro Kay bermati-matian mempertahankan diri dan juga Shafika.
“Lari!” Pekik Bro Kay meminta Shafika melarikan diri sebaik sahaja terdapat peluang. Lelaki bersenjatakan parang cuba mengejar Shafika lantas Bro Kay dengan gaya macho terus melompat sambil kaki mendarat di bahagian belakang maka jatuh tergolek lelaki itu. Seorang lagi melayangkan kayu besbol tetapi terkena cermin tingkap. Pecah berderai tingkap itu.
Tanpa berlengah lagi Bro Kay terus mengambil pistol di atas rak lalu ditembak lelaki bersenjatakan parang tepat di atas kepala dan dibiarkan lelaki bersenjatakan kayu besbol berasa gerun lantas melarikan diri. Memang Bro Kay sengaja membiarkan salah seorang daripada mereka terlepas. Bro Kay tidak gentar langsung berhadapan dengan cubaan menetak itu.
Ketika ini pula Shafika meneruskan lariannya dan kini dia tiba berdekatan sebuah lorong. Dia bersembunyi di belakang tong sampah. Yek! Shafika terpaksa dan dia melibas-libaskan tangannya pada hidung. Sungguh tak disangka dia terpaksa bersembunyi di tempat itu.
Ketika ini pula Shafika meneruskan lariannya dan kini dia tiba berdekatan sebuah lorong. Dia bersembunyi di belakang tong sampah. Yek! Shafika terpaksa dan dia melibas-libaskan tangannya pada hidung. Sungguh tak disangka dia terpaksa bersembunyi di tempat itu.
Shafika menunggu peluang untuk ke arah van. Dia tercari-cari arah dan dalam keadaan panik seperti ini otaknya tidak dapat berfikir secara rasional. Dia lakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Akhirnya dia bangun dan terus berlari sepantas mungkin dan tiba di sebuah lorong kedua dekat simpang tiga maka dia terlihat van itu maka dia menghampirinya dan alangkah terkejut melihat Tim dan Roy tidak lagi bergerak. Leher mekera berdua dikelar dan terdapat kesan tembakan di kepala. Pemandu pula hilang entah ke mana. Pemandu van berkenaan tidak kelihatan. Peluh mencurah-curah seperti titisan hujan yang turun.
Dengan laju dia menoleh ke seluruh kawasan yang berkabus itu dan memang menghalang ia penglihatan biarpun lampu jalan bercahaya. Dia memerhatikan lagi mayat Tim dan Roy yang mati dalam keadaan tragis. Dicari apa yang patut di dalam poket mereka. Shafika terjumpa sesuatu dan dia masukkan ke dalam poketnya. Sebaik sahaja dia berpaling untuk beradar, Bro Kay sudah berdiri di belakangnya.
“Kau!” Terkejut Shafika.
“Ikut aku! Sini tak selamat.” Ujar Bro Kay.
Shafika masih tercungap-cungap sambil tangannya ditarik oleh Bro Kay. Lelaki kacukan itu segera mengheret Shafika. Rokok masih sedia dihisap Bro Kay dan asapnya melayang terkena muka Shafika.
“Aku dah lelah ni, jangan hisap rokok boleh tak?” Pinta Shafika yang rimas dengan asap rokok tu.
Bro Kay hanya menoleh sekilas lantas langkah itu diteruskan lagi. Setibanya di sebuah kereta spot, Shafika disuruh masuk.
“Cepat!”
“Kalau aku kata tak nak?”
“Kau akan mati!”
“Biar aku mati!” Shafika melawan.
“Aku kata masuk!” Bro Kay terus menolak tubuh Shafika masuk ke dalam kereta secara paksa. Bro Kay tak peduli akan perasaan Shafika sekarang ni. Shafika pula terasa tidak puas hati.
“Jangan paksa aku! Siapa bunuh mereka tu?” Tanya Shafika lantang.
“Jangan banyak tanya!” Bro Kay terus tutup pintu lalu melangkah sebelah tempat duduk pemandu. Shafika keluar semula dan Bro Kay mengerling tajam dan direnung tajam ke dalam mata Shafika.
“Apa?” Tanya Shafika.
Beberapa minit kemudian Shafika sudah berada di dalam kereta semula dan dia tidak boleh bercakap langsung dan dia berasa sangat terseksa. Kaki dan tangannya diikat. Shafika ditempatkan di tempat duduk belakang.
“Lain kali degil lagi. Padan muka.” Kata Bro Kay.
Shafika terus memaki hamun lelaki itu tetapi makian itu hanya terkurung kerana mulutnya sudah diplaster. Nasib badan menerima akibat kerana terlalu degil. Shafika sedang keliru dan dia langsung tak faham apa yang sudah berlaku. Otaknya bingung dan masih trauma membayangkan keadaan mayat-mayat itu.
Kereta dipandu laju membelah dada malam. Shafika tidak tahu ke mana dirinya dibawa pergi. Dia menyerahkan segala-galanya kepada takdir. Otaknya terus teringatkan Haris. Saat begini dia terkenang segala-galanya. Haris...
p/s : tinggalkan sedikit komen walaupun sepatah, itulah harapan besar aku dalam menulis cerita ni kerana ia amat bermakna.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
p/s : tinggalkan sedikit komen walaupun sepatah, itulah harapan besar aku dalam menulis cerita ni kerana ia amat bermakna.