Bab ini tidak sepenuhnya. Sebarang kekurangan harap ditegur. Semoga diriku dapat memperlajari sesuatu yang berharga dari korang. Selamat membaca....
Sebuah dokumen dihempas atas meja Chad. Terkejut sungguh saat sedang kusyuk buat kerja. Dada Chad berombak kuat setelah kelibat perempuan yang berdiri di hadapannya sedang berkerut dahi. Ketara sekali wajah itu seperti singa yang kelaparan. Chad bangun dari duduknya setelah paginya terganggu dengan kehadiran Elya ke pejabat barunya.
“Apa ni?” Tanya Chad.
“I nak buat perjanjian dengan you.” Jawab Elya lalu melangkah mendekati Chad yang membatu di situ. Elya tidak senang hati kerana Chad telah menolak tawaran.
“Cik Elya, tolong keluar dari pejabat saya sebelum saya panggil pengawal halau awak keluar dari sini.” Ujar Chad bertegas.
“Jika itu yang you nak, silakan.” Elya mencabar.
Elya tahu Chad tidak akan berbuat sedemikian kerana dia tahu Chad tidak seteruk dari apa yang dikatakan. Tidak seperti apa yang dibicarakan bahkan tidak seperti hatinya. Chad mengeluh lalu menolak sedikit tubuh Elya perlahan agak menjauhi dirinya.
Elya berundur selangkah dan mengikut langkah Chad yang menghampiri tingkap pejabat. Di situ Chad termenung jauh. Elya mendengar Chad melepaskan keluhan lalu menoleh semula. Wajah Chad berkerut dan langsung tiada kegembiraan di wajah bahkan Chad merasakan Elya hanya menyusahkan hidupnya sahaja.
“Awak yang patut selesaikan masalah awak sendiri. Saya tak nak bersekongkol dengan perempuan yang langsung tak menjaga kehormatan dirinya sendiri.” Tempelak Chad supaya Elya mengerti.
Jantung Elya berdetak kencang dan ketenangannya memang tidak pernah wujud setelah segala-galanya diragut oleh insan bergelar lelaki. Elya mahukan Chad membantu. Chad wajib bantu.
“Please Aqil. I merayu.” Elya benar-benar menagih simpati.
“Kenapa saya perlu memperjudikan kehidupan saya ni pada awak Elya? Terus terang saya katakan, sebelum ini ada sedikti sinar untuk saya menerima awak dalam hidup saya tetapi setelah apa yang awak ceritakan tiga hari lepas tu memang sukar diterima langsung. Saya tak boleh Elya. Saya tak dapat bantu awak.” Chad terpaksa berdegil kerana dia tidak mahu menggadaikan masa hadapannya sendiri. Dia tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan yang dia tak lakukan.
Elya merapatkan diri pada Chad. Dipegang tangan Chad erat-erat namun Chad menyentapnya semula. Chad tidak suka dipegang oleg perempuan yang bukan muhrimnya. Lagi pula Chad tidak suka pada seorang perempuan yang egois. Perempuan yang terlalu bongkak sehingga sekarang sedang mengemis simpati. Sedang mengharapkan bantuan dan sedang menanti keputusan muktamadnya.
Yang tadinya perempuan ini datang dengan cara yang langsung tidak beradab dan kini mudah berubah perasaan. Yang tadinya begitu tegar menganggu konstrasi Chad berkerja. Yang tadinya sungguh keterlaluan kini sedang menangis pula. Air mata Elya beguguran mengharapkan sekelumit simpati. Chad tak mungkin akan termakan kata-kata itu, bahkan Chad sedaya upaya menjauhkan diri dari terus terperangkap.
Walaupun Chad diumpan dengan kemewahan, walaupun dijanjikan wang ringgit yang banyak, walaupun dijamin akan terlaksannya segala janji-janji, namun tiada kesahihan bahawa semua itu akan tertunai.
“Kerana perempuan tu?! Hah?! Kerana perempuan tu you tak sanggup bekerjasama dengan I?”
“Itu masalah awak dengan lelaki tu. Bukan masalah saya Elya.” Balas Chad laju.
Sekali lagi Elya menarik tangan Chad dan sekali lagi juga Chad menyentapkan semula. Chad tidak suka. Sudah kerap kali Chad memberitahu Elya dengan cara gerak tubuh itu namun Elya tetap memaksa. Merayu dan terus merayu. Air mata Elya berterusan mengalir meskipun dalam keadaan geram terbuku.
Dalam ruang pejabat itu ia terasa sesak. Sesak dengan kehadiran anak perempuan Dato` Hamidi ke situ. Untuk apa lagi mengemis simpati kala begini sedangkan waktu sebelumnya mempergunakan Chad. Memperlekehkan cinta Chad pada orang lain dan sanggup memperbodohkan Chad selama ni. Sampaikan Chad bekerja di tempat lainpun Elya masih memburunya. Tidak cukup dengan itu, Elya tetap berusaha mendapatkan perhatian Chad dengan apa cara sekalipun.
Elya terdiam dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi supaya Chad faham. Sememangnya Chad sedia faham. Chad tahu dan Chad malas nak layan dan Chad sudah lama beralah. Biarlah takdir itu berlalu. Chad tahu cintanya mati di situ. Cinta untuk Ayu bakal berkubur sedikit waktu lagi. Biarkan ia pergi dan Chad ingin memulakan hidup baru tanpa Ayuni Najwa si gadis novelis di dunia maya.
“Please Aqil. I betul-betul buntu ni.”
“Enough Elya. Awak pergila buat kerja awak. Jangan ganggu saya.” Suruh Chad supaya Elya segera melangkah dan jangan melama di situ. Chad rimas dan Chad rasa bosan.
Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran bunyi tepukan tangan seseorang yang sedang meluru masuk ke dalam ruang pejabat Chad.
“Drama sedang berlangsung di sini rupa-rupanya.” Tanpa di duga, Ayu muncul sambil tersenyum sinis. “Tak sangka lelaki ni sedang aturkan komplot untuk hancurkan hidup saya dan Amran. Dan perempuan ni pulak sibuk mengaku yang anak dalam perut tu anak Amran. Bijak sungguh rancangan kamu berdua ye?” Ayu mendengar semua itu dari luar. Tidak perlu disorok-sorokkan lagi kerana selama ni pun Ayu curiga dengan kehadiran perempuan bernama Elya itu.
“A… Ayu…” Nafas Chad tersekat-sekat. Chad masih tergamam dengan kemunculan Ayu secara tiba-tiba itu. Chad sendiri tidak tahu untuk apa Ayu datang ke sini.
“Tak perlu cakap apa-apa. Saya datang ni cuma nak jemput awak datang ke majlis perkahwinan saya. Kalau ikutkan hati saya memang tak nak jemput pun tetapi sekurang-kurangnya saya tak pernah lupakan awak wahai Encik Aqil Akasyah Bin Encik Nazaruddin.” Ucap Ayu penuh sinis lalu menghempaskan kad jemputan kahwin di atas meja Chad dan kemudian berpaling untuk berlalu dari situ.
“Hei perempuan!” Bentak Elya.
Langkah Ayu mati serta merta dan menoleh perlahan-lahan dengan kening terangkat. Kemudian Ayu berkerut dahi. “Yes Miss Mistress,” tempelak Ayu.
“What?! Berani you call me that word?”Elya mahu menerkam Ayu namun cepat-cepat dihalang oleh Chad. Sesungguhnya Chad tidak mahu percakaran berlaku di dalam pejabatnya. Silap hari bulan dia pual akan dibuang kerja ataupun orang dalam pejabat akan bergosip tentangnya. Dia mahu menjaga nama baik dan reputasi kerja.
“Erh, saya tak hairan dengan title tu kerana ia memang sesuai. Awak Encik Aqil Akasyah, tolong bertanggungjawab di atas kandungan dia tu dan jangan sesekali menuduh Amran yang membuntingkan perut dia tu. Amran dah ceritakan segala-galanya pada saya.” Ujar Ayu kemudian berpaling dan terus pergi tanpa dihalang lagi.
Kata-kata Ayu sebentar tadi membuatkan Chad terkedu. Betapa besar fitnah itu ke atas dirinya. Chad merenung ke dalam mata Elya yang bersinar itu. Elya terus tunduk hiba. Chad benar-benar keliru. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Yang pastinya dia tidak membuntingkan Elya. Dia tidak pernah meniduri Elya. Sungguh!
Telefon bimbit Chad berbunyi segera dia melangkah untuk mengambilnya di atas meja kerja. Namun beberapa langkah dia hendak tiba, telefon it uterus disambar oleh Elya.
“Don’t answer.” Larang Eyla.
“But why?” Tanya Chad.
“This call from my father.” Beritahu Elya setelah melihat pada skrin telefon bimbit Chad.
“So?”
“I tak nak papa tanya pasal I pada you. Papa I dah syak sesuatu yang tak kena. Please…” Elya merayu dan sekali ini Chad menurut bagi memberikan sedikit ruang untuk Elya bernafas.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)