Dalam hidup ni tak ada perkara yang best melainkan selalu kena puji. Perh, hidup asyik dipuji mmg tak rock! kalau tak dipuji kerja tak jalan kut. Tapi kan, ada kalanya pujian yang diberikan merupakan pemangkin ke arah yang lebih baik tapi ada kalanya pujian mampu membunuh intipati dalaman. Contohnya riak, banga diri atau takabur. Itu kan bisa jadi barah. Sekirang Sekiranya nak jugak memuji, nak ambil hatilah kan, puji sikit sudahlah, jangan menggunung tinggi pulak kang perasan lebey...
1 "Awak ni baik la"
2 "Baik di mana?"
1 "Baik tak hisap rokok..."
2 "Depan awak je tak isap." (T_T)
Puji punya puji silap hari bulan tak kenal diri.
1 "Awak betul-betul bagus la, semua A satu pun tak gagal."
2 "Terima kasih..." memang bangga dipuji tapi ( alahai, dalam exam aku meniru)
Ingatkan pandai kan, duk puji pada benda yang tak sepatutnya. Maklumlah kita ni mudah tertipu dengan rupa paras, tertipu dengan penampilan dan segala-galanya. Apa yang pasti, hati kita sukar nak tipu. Hati tak seteru dengan kepala. Otak kata jangan hati pula kata ya. Kan? Tak sehaluan tu, tapi nak ikut mana? Otak ke atau hati? Ikut hati yang dibasuh dengan iman laa... jangan ikut hati yang dah kotor nanti melarat, mula-mula puji tapi ada udang di sebali sebalik mee... tamau tamau tamau la macam tu. Nak puji biarlah betul-betul, ia dari hati bukan dibuat2 demi nak ambil hati orang lain. Kalau depa tau hang bohong dia tak ke hari hidup ni?
Erti kata sweet???? selalu kena puji cakap sweet... sweet tu apa?
ni ke yang dikatakan sweet? wahhhh
yang ni kut sweet....
Hairan betul dipuji macam tu biarpun kita tidak pernah pun bersua, hanya kenal di dunia maya sahaja. Itulah persepsi yang sering berlaku. Pujian-pujian diberikan semata-mata nak eratkan hubungan kerana belum lagi mengal mengenal wajah. Kan? Sebenarnya, segala puji-pujian hanya untuk Allah. Kita tak berhak nak beri lebih untuk sekalian yang ada kerana Allah yang menciptakannya, Dia yang berhak memberi dan menarik semuanya. Maka kita perlu bersyukur di atas nikmat kurniaan dari-Nya selagi kita masih diberikan kesempatan bernafas di bumi ini...