Apabila kita diberi sedikti kesenangan, adakah kita bersyukur? Apabila kita diuji dengan kesulitan adakah kita berusaha? Persoalan ini saban waktu seolah-olah kalih dan lali diterjah meskipun kita tahu akan jawapannya. Apabila kita terlupa tanggungjawab maka kita hanyut dalam arus kemodenan dan kepesatan kemajuan yang berlaku saban hari. Aku masih ingat lagi sewaktu aku bersama rakan-rakan seperjuangan di satu malam yang dikenali malam muhasabah diri. Ketika itu aku menggalas tugas sebagai orang yang bertanggjawab membawa mereka masuk ke dalam diri dan mengenali diri. Mengenali siapa Sang Pencipta. Demi Allah, ia sangat sukar untuk aku lakukan tambah pula aku sendiri tidak yakin. Aku tidak memiliki ilmu yang tinggi untuk menyedarkan mereka. Siapalah aku. Kenapa harus aku. Itulah yang selalu menyerang fikiran aku. Aku selalu dihambat rasa tidak yakin.
Tapi, hanya kerana satu sebab sahaja aku kuatkan semangat. Aku cekalkan hati dan aku berserah kepada Allah apa yang bakal berlaku seterusnya. Segala video yang bakal dimainkan sudah pun tersedia. Tinggal aku yang perlu masuk dan berdiri di hadapan ratusan orang. Mampu ke aku lakukan yang terbaik? Itulah yang menjadi persoalannya. Kerana Allah aku berani melangkah dan kerana ilham yang diberikan-Nya, maka aku tidak memerlukan sebarang skrip untuk dihafal. Entah kenapa, saat mata ini terpejam seraya menyebut kalimah La Ilaha Illallah, pelbagai bayangan menjelma di minda. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa bagi setiap sesuatu. Segala dosa-dosa ku yang lalu terbayang. Ya Allah... aku berdosa padamu Ya Allah.... dari situ, aku tidak langsung melihat mereka yang berada di hadapanku. Aku seolah-olah sedang terapung di awangan.
Bibirku meniti setiap perkataaan dan perkataan itu langsung aku tidak mengerti bahkan tanpa aku sedar, air mata ini mengalir saat tiba satu point ke satu poitn yang lain yakni tiba pada harapan orang tua. Itulah yang sangat membuat dada aku berombak. Harapan orang tua... ibu bapa kita. Apakah harapan mereka saat ibu sedang kandungkan kita, dan apa harapan ayah saat menggosok perut isterinya itu iaitu ibu kita? Aku sendiri tiada jawapannya kerana saat lampu terpasang, mereka semua sudah bermandikan air mata. Kita adalah anak belum lagi berada ditempat mereka berada, tapi saat kita berada ditempatnya nanti barulah kita akan merasainya...
Beginakah kita?
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)