Ler... Ler... hmmm ni yang aku rasa bosan ni. Apa salah aku ek? Just tanye je la sebab ada org cakap aku ni tak jaga hati reader. Tang mana ye? Tu laaa bila aku ditanya apa silap aku, tak ada yg nak beritahu dan bila dah lama-lama bengkak dalam hati baru nak gitau. Di sebalik blog aku ni, ia bukanlah sekadar cerita sahaja. Aku kena sound pulak, blog cerita jangan campur benda-benda politik. Erk??? aku berpolitik ke? Blog ini bukan blog politik tapi ni blog peribadi untuk aku share pandangan dan pendapat aku selain daripada cerita-cerita yang aku tulis.
Kadang-kadang aku rasa hairan di saat seseorang tu dah mula meningkat naik maka angkat tunjuk dirinya lebih bagus daripada orang dekat bawah ni. Tambah lagi, apa yang kita buat semua salah, dia aje yang betul. Mana boleh jadi macam ni. Dan, aku juga diingatkan kena jaga hati reader. Ada di kalangan reader ni berbeza parti. Eh? dia cakap soal parti pulak. Adoi, bila masa aku libatkan soal parti. Aku ada sebut ke parti mana-mana? Hurm... metaliti org yang dah berjaya akan cakap macam tu la. Kalau tak suka dekat aku tak payah banyak songeh dan banyak cerita itu dan ini. Aku dah cukup jaga hati orang, orang ada ke nak jaga hati aku? tu yang patut difikirkan. Selebihnya aku serahkan pada takdir-Nya.
Aku berpegang pada niat aku. Kalau niat aku tak betul maka tak betul la semua ni. Kalau ya pun nak hipokrik janganlah sampai tepung bersepah.... tarik rambut seurat aje pun. Aku bukan seorang yang hipokrik dan aku juga bukan seorang yang suka mengampu untuk dapatkan sesuatu. Katanya lagi reader akan benci aku bila cakap bab parti. Eh???? ada ke ada ke? Kalau nak tahu, kebencian wujud di saat kebenaran datang. Tu je, orang benci benda yang betul, orang suka benda tak betul. Jadi fikir-fikirkanlah. Kalau orang nak benci aku sekalipun itu hak dorangla sayang.... lagipun aku tak sebut pasal mana-mana parti pun. "Kena jaga hati follower." Pesannya. Okey, itu aku faham. Terima kasih :)
Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Takkan tak ingat mula-mula nak naik dalam bidang penulisan, siap jual nama lagi kan? Ingat sikit dan jangan nak berlagak. Kalau berlagak tak ke mana pun. Cuba fikir sikit, orang tak malu dekat kita kalau kita berlagak. Orang malu dengan kita bila kita bersikap rendah diri dan tahu menghormati orang lain. Nak cerita itu dan ini langsung tak fikir soal maruah kan? Aku pun tak hairan la pada waktu mula-mula dulu kamcing gila tapi sekarang dah renggang. Aku dah faham sangat dah jenis manusia macam ni. Bila dah tak puas hati semua benda nak beritahu orang tentang keburukan kita. Masa tengah baik, pijak semut pun tak mati... alahai sadisnya.... sekian sahajalah edisi luahan hati yang berkecamuk. Tq reading..... aku sayang pembaca-pembaca blog aku....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)