Assalamualaikum sekalian rakan yang berkunjung ke blog ini yang beragama Islam. Di sini aku nak ucapkan terima kasih untuk korang setinggi-tinggi penghargaan kerana masih setia melawat blog yang tidak berapa menarik ini. Dan terima kasih juga buat mereka yang mungkin tersesat masuk dan telah membaca entri di sini maka aku amat berbesar hati. (dah macam tulis surat pulak). Ada rakan2 di fb tanya, blog ni blog penulisan ke blog luahan perasaan? maksud dia tu blog peribadi ke? lebih kurang camtu la soalannya. Jawab aku blog ni serba serbi ada, ikut mood nak cerita apa asalkan terluah apa yang bersarang di relung hati aku ni.
Suka baca novel genre apa?
Macam tu la lebih kurang soalannya lagi. Aku suka baca karya yang tak membosankan tu aje. Apa-apa genre pun aku baca, tak kisahlah dari komedi romantik ke, seram ke, debar-debar ke, islamik novel ke, epik fantasi atau apa aje la janji ia menarik untuk dibaca.
Bagaimana dengan cerita 18SX?
No Komen. Tapi kalau korang nak tahu tentang dunia blogger islam, jom ikut aku kita ke sebuah tempat yang sangat menarik utnuk dilawati, kita berkenalan dengan mereka. Tak salah cari ilmu kan? Ilmu ada di mana-mana, di internet pun kita leh dapat ilmu dengan rajin membaca dan rajin bertanya. Jika terdapat perkara yang kurang jelas, lebih elok kita bertanya, dan sekiranya ada bercanggahan pendapat maka kita carilah jalan penyelesaian terbaik. [KLIK SINI]