Entri Terkini :

Setia Untuknya - 10

Selari dengan hati adalah kumbang yang mencari bunga, dalam rindu si bunga tu mencari kumbang yang setia tapi kalau dah hati terluka bunga pasti layu. Jawab bunga yang sayu, “Sekiranya aku layu sebelum waktu maka maafkan daku.” Si kumbang terus bertanya pada si bunga, “Kalau hati yang terluka masih boleh diubati dengan ketulusan maka kenapa mesti gugur ke bumi?” Maka si bunga terdiam menatap wajah sang kumbang yang seolah-olah kesepian namun di hati sang bunga masih keresahan.

Chad mengeluh di hadapan komputer peribadi. Di situ terlihat aksara yang ditulis oleh Ayu. Chad cuba mengerti akan maksud yang Ayu sampaikan dalam laman blog. Dia ni kenapa? Ada masalah ke? Chad bertanya sendiri di hati.

Setidaknya carilah pengganti, tetapi selagi termampu setia untuknya maka jangan lengahkan ketulusan kerana jiwa yang keruh tidak akan melihat keserasian – AA Cinta nama Chad untuk membalas komen tersebut.

Jari jemari Chad laju memberi komen pada kiriman tersebut. Selama ini Chad tidak pernah memberikan sebarang maklum balas. Malam ini dia tergerak hati memberi maklum balas ke atas kiriman itu.
Dia bangun dan mendapatkan kunci kereta. Seharusnya Chad sendiri perlu mencari nafas. Chad mahu ke satu tempat untuk dia meraih ketenangan. Suis komputer peribadinya dimatikan dan segera dia menghayun langkah keluar dari bilik.
Sewaktu dia tiba ke pintu lif, kelihatan pintu lif itu pun terbuka. Kebetulan pula dalam kaki melangkah masuk ke dalam lif, ada seorang gadis cantik berdiri di dalam lif berkenaan.
“Eh Nora…”
“Abang? Tinggal dekat sini ke?” Nora baru tahu Chad tinggal di appartment yang sama.
Setelah seminggu lebih tinggal di Apartment Seri, baru sekarang Chad bertembung dengan Nora. Chad sendiri pun tak tahu yang Nora pun tinggal dekat sini. Sebelum ni Chad tahu Nora akan tinggal bersama dengan Abang Key di tempat lain. Memang tak sangka betul.
“Ya, kebetulan pulak kan?” Chad senyum segaris sambil menekan butang turun.
“Ha`ah… abang nak ke mana ni?”
“Ambil angin dekat luar.” Balas Chad sekilas menoleh ke arah Nora yang berdiri di sisi.
“Kenapa abang berhenti kerja?” Chad diajukan pertanyaan yang dia tak nak jawab. Lagipun masalah tu di antara dia dengan Elya. Chad malas nak babitkan Nora dalam soal ni.
“Erm… abang nak cari kerja lain.” Jawab Chad kurang lancar.
“Abang Aqil dah dapat kerja baru ke?”
Chad tersenyum kemudian menggeleng perlahan. Buat masa sekarang belum ada job baru. Jadi dia lebih memilih untuk berehat di rumah buat sementara waktu bagi meringankan beban otak. Lif yang sedang bergerak turun itu pun berhenti. Nora membalas senyuman dan dia melangkah sedikit ke hadapan tapi tanpa disangka pintu lif tidak terbuka. Mereka fikir sudah sampai ke aras yang sepatutnya.
“Kita dah terperangkap ni.” Beritahu Chad sambil berusaha menekan butang turun namun tidak berhasil.
“Macam mana ni?” Nora dah mula cepas. Nora menggaru kepala. Riak wajah Nora betul-betul cemas dan peluh mengalir. Takut benar terperangkap dalam lif dan tidak diperbaiki secepat mungkin.
Chad menghulurkan sapu tangan kepada Nora. “Lap peluh tu.”
“Terima kasih.” Nora mengambil sapu tangan yang diberikan. Peluh dilap selajunya. Keadaan dalam lif berbahang akibat kurang pengaliran udara. Jantung Nora berdebar-debar kerana belum pernah berhadapan dengan keadaan sebegini. Chad juga begitu tetapi Chad kelihatan lebih tenang.
Tanpa disangka lagi keadaan kembali baik setelah lif itu berfungsi semula. Mereka berdua menarik nafas lega, tapi malangnya setelah tiba ke destinasi lampu di dalam lif terpadam. Blackout tiba-tiba. Nora ketakutan dan Chad merasakan dirinya dipeluk. Sepatutnya lampu kecemasan diperbaiki tapi malangnya lampu kecemasan juga tidak berfungsi dengan baik. Lampu hanya terpadam seketika dan Nora masih memejamkan mata. Mereka kaku dalam beberapa detik kemudian pintu lif terbuka.
Terbuntang mata Chad setelah menyedari ada orang lain yang menunggu lif yang sama untuk naik ke tingkat atas pula. Alamak!!! Mati aku! Chad gelisah. Nora masih mendakap tubuh Chad seolah-olah tidak mahu melepaskan Chad meskipun lampu dan lif sudah berfungsi semula.
Chad cuba menolak perlahan tubuh Nora namun Nora masih mendakap tubuhnya. Chad masih tercengang melihat orang di hadapan.
“Nora…” Panggil Chad.
“Eh? Maafkan saya abang.” Nora terpisat-pisat sendiri dan menoleh ke arah pintu lif. Nora juga menelan air liur sebagaimana Chad. “Kami tak buat a…apa-apa.” Tergagap-gagap Nora.
“Be…betul-betul, lif rosak tadi.” Chad meluru keluar dan masih diperhatikan orang di luar itu. Nora juga turut melangkah membuntuti langkah Chad.

***

Air mata seorang perempuan menitis laju. Seharusnya dia tidak perlu menangis gara-gara orang lain. Air mata itu dilap dengan tisu yang dihulurkan Abey. Dari tadi Ayu menangis dari Appartment Seri sampai ke rumah. Teresak-esak jadinya. Abey ada di sisi bagi meredakan keadaan. Abey selaku kawan baik kepada Ayu mesti cuba menenangkan hati dan perasaan Ayu biarpun hati dan perasaan Abey sendiri turut tersentap.
“Ada hikmah kau bawa aku sekali untuk berjumpa dengan Nora.” Lirih sebak nada Ayu.
Abey yang duduk di sofa sebelah kiri Ayu terus bangun dan berpindah tempat duduk ke sebelah kiri pula. Rambut ikal mayang Ayu diusap selepas Ayu menanggalkan tudung. Abey meletakkan dahinya pada dahi Ayu. Abey juga menumpang sedih.
“Sabar Ayu… kau kena kuat.” Tutur Abey. “Aku faham perasaan kau.” Tambah Abey lagi. Abey menyeka air mata Ayu namun air mata itu tetap bersisa.
Ayu meluahkan keluhan rasa kepada Abey.
“Aku tak sangka Bey, rupa-rupanya dia dengan Nora ada hubungan.” Teriak Ayu tak dapat menerima kenyataan itu.
“Kalau benar macam tu Ayu, kau harus belajar menerima Amran dalam hidup kau. Mungkin dia jodoh kau dan bukannya Chad. Chad tak nak ganggu hidup kau, dan di mata dia mungkin hanya nampak Nora sahaja. Kau kena fikir jugak Ayu… kau tu tunang Amran. Apa-apa pun yang berlaku kau kena terima.” Betah Abey memujuk Ayu supaya tabah menghadapi liku-liku hidup ini.
Ayu masih menangis. Dia seolah-olah tidak mampu untuk belajar menerima Amran dalam hidupnya. Ia begitu sukar sekali. Apa yang berlaku malam ini begitu menyakitkan hatinya. Nora berdakapan dengan Chad. Itulah yang dia lihat dengan mata kepalanya sendiri. Abey juga menjadi saksi.
Betul kata Abey, kenapa aku perlu menangis? Hati Ayu berkata-kata cuba menerima nasihat yang diberikan oleh Abey. Ada benarnya dia belajar menerima cinta orang lain tetapi kenapa perlu Amran? Secara jujur Ayu sukar menerima cinta daripada lelaki itu kerana lelaki itu banyak mengajarnya erti keperitan sahaja. Tiada bahagia sepanjang dia kenal dengan lelaki bernama Amran sepupunya sendiri.
Ayu terus bangun dengan wajah sugul. Abey memerhati Ayu yang berdiri dengan laju itu. Ayu terus mengukir senyum plastik ke arah Abey. Dia mengetap bibir dengan lembut dan terus meluru naik ke tingkat atas. Abey pula terpisat-pisat dengan kelakuan pelik Ayu.
“Ayu, kau nak buat apa tu? Kau jangan bunuh diri pulak!” Abey turut bangun dengan perasaan gelisah dan mengikuti langkah Ayu. Bimbang kalau-kalau Ayu buat benda pelik. Kalau ya pun tertekan jangan sampai nak bunuh diri, Abey berkerut dahi. Berdosa dan memang Neraka Jahanam tempatnya bagi orang-orang yang mengakhiri nyawanya dengan cara tragis seperti itu. Sang Pencipta tidak akan mengampunkan dosa seseorang Muslim itu sekiranya melampaui takdir.
Setibanya di hadapan pintu bilik Ayu, Abey terus membuka pintu tetapi terkunci. Abey dah cemas. Dia tak sedap hati. Ayu di dalam mungkin sednag teriak dan berperang dengan perasaan. Keadaan ini membuatkan Abey semakin tak senang duduk.
“Ayu, buka pintu ni.” Panggil Abey seraya mengetuk pintu bilik Ayu berulang kali.
Ayu diam dari dalam. Abey ketuk lagi.
“Ayu! Kau dengar tak? Buka pintu ni!” Panggil Abey dengan kuat supaya Ayu membuka pintu itu. Abey memaksa Ayu membuka pintu namun tiada respon yang diberikan. “Aku tahu kau cintakan Chad tapi jangan buat benda bodoh Ayu!” Ucap Abey lagi.
Ayu diam dan terus diam di dalam biliknya. Nisa rakan serumah Ayu tiba di situ setelah pulang dari membeli belah dengan bakal tunang. Nisa yang bertahi lalat di hidung itu terus meluru ke ara Abey yang sibuk mengetuk pintu bilik Ayu.
“What happen?” Tanya Nisa.
I don’t know. Ayu tiba-tiba mengunci pintu dari dalam.” Beritahu Abey dengan wajah beriak cemas. Nisa meletakkan beg plastik yang terisi dengan barang beli-belah itu di tepi pintu bilik Ayu.
Euu… putus cinta ke? Maybe yeah?” Nisa menjuling mata.
“Serius ni.”
“Okey.” Nisa mendekatkan diri dengan pintu bilik Ayu latas diketuk pintu itu. “Ayu, are your there?” Tanya Nisa.
Of course la dia dekat dalam, Nisa.” Abey dah beritahu Ayu ada dekat dalam.
“You nak clash dengan dia ke?” Tanya Nisa.
Tergamam Abey mendengar pertanyaan yang terpancul dari mulut Nisa. Rahang baha Abey jatuh tatkala soalan cepu emas menyegat ke cuping telinga.
“Apa maksud kau Nisa?”
“Ops!” Nisa pekup mulutnya dengan tangan kanan. Tersasul pulak.
“Nisa?” Abey terus mengangkat penumbuk ke arah muak Nisa. “Apa yang kau fikirkan antara aku dan Ayu hah?” Abey dah mula bengang.
“Kau bukan couple dengan dia ke?” Sarkastik Nisa.
“Annoying!” Abey terus tarik telinga Nisa. Memang Abey dah agak si Nisa ni dah fikir yang bukan-bukan. Macam ni punya orang pun ada.
“Stop it!!!” Bentak Nisa.
“Kalau kau fikir macam tu lagi aku tumbuk muka kau! Faham!”
“Kau dah datang rumah aku and then nak sound aku macam tu. Who your are hah? Tengok diri kau tu dulu. Sebelum orang lain mengata lebih-lebih lagi, elok baik kau berambus. Telinga aku dah panas ni sebabnya dah ada orang cakap dalam rumah aku ni ada simpan pasangan tak normal! Actually aku nak Ayu keluar dari rumah ni!” Nisa menyuarakan apa yang tersimpan.
“Mulut kau tu jaga sikit!” Abey terus tarik rambut Nisa dengan kasar lalu Nisa terus menolak tubuh Abey. Nisa melawan.
“Kau nak buat kecoh dekat sini ye? Aku tau kau songsang! Dah berapa kali aku ternampak kau bermesra dengan Ayu dekat dalam rumah ni. Please la. Aku tak nak tengok muka korang lagi la!” Sinis Nisa yang sudah tersalah anggap.
Tanpa disangka pintu bilik Ayu terbuka luas. Tercegat Ayu dengan wajah yang berona merah. Ayu Nisa dan Abey memandang Ayu yang mengecilkan biji mata merenung tajam ke arah Nisa.
‘Pang!’ Ayu terus menampar muka Nisa.
“Kalau kau berani hina best friend aku lagi, aku ganyang kau lumat-lumat tau!” Bentak Ayu merengus geram. Nisa memegang pipi yang telah ditampar oleh Ayu bagaikan sebuah halilintar yang menyambar sebatang pokok.
“Argh!” Nisa terus jalan menghentak kaki meluru masuk ke dalam bilik. “Aku nak kau keluar rumah aku malam ni jugak!!!” Bentak Nisa.
‘Gedegang!’ bunyi pintu bilik Nisa terhempas kuat. Nisa tunjuk perasaan.
Abey yang kelihatan keras hati tiba-tiba menitis juga air jernih itu membasahi pipi. Tak sangka sampai begitu sekali fitnah yang tersebar. Ayu terus mendakap tubuh Abey. Ayu sangat sayang Abey sebagai kawan baiknya. Hati dan perasaan Ayu sungguh tertekan setelah orang lain berani menghina Abey sesuka hati dan tempiasnya terkena pada dirinya juga. Sanggup Nisa menuduh dirinya sebagai pasangan songsang.
“Bey, kau jangan menangis Bey…” Bisik Ayu sambil di tangannya masih memegang Spongebob.
“Apa yang kau buat di dalam bilik tadi Ayu?” Tanya Abey sambil melepaskan dakapan itu dan memegang kedua-dua belah bahu Ayu.
Ayu tunduk sambil melangkah masuk ke dalam bilik semula. Abey mengekori langkah itu. Ayu terus menghempas punggungnya ke atas katil. Abey juga turut duduk di sebelah Ayu.
“Biarlah apa orang nak cakap pun Abey. Kau dengan aku best friends forover.” Ucap Ayu bernada lirih.
Abey terdiam dan dia sudah tidak tahu nak berkata lagi kerana sudah cukup dengan ucapan Ayu membuatkan dirinya benar-benar terharu.
“Tolong aku kemaskan barang-barang boleh?” Ayu memohon khidmat Abey membantunya.
Abey memaut bahu Ayu. Air mata Abey pula yang tidak henti-henti mengalir. Sebak di dalam dadanya setelah semua yang berlaku sungguh di luar jangkaan. Sungguh tak terduga bahawa selama ini orang melihat dan melebarkan stigma dengan tafsiran pada luaran sahaja. Abey mengangguk perlahan.
“Dekat mana kau nak tinggal pulak selepas ni?”
“Jue pujuk aku tinggal dengan dia.”
Great! Aku setuju. Walaupun Jue macam tu tapi aku yakin Jue bukan macam Nisa.”
I know. Tapi aku nak kita bertiga tinggal dalam satu rumah. Kau setuju?”
Agree!” Abey bersemangat semula. “Tapi…”
“Tapi?” Ayu ingin tahu.
Abey mengeluh panjang dan mula mengangkat punggung menuju ke jendela. Di situ Abey menyelak langsir dan memandang bintang di langit. Tingkap terus dibuka lalu semilir angin malam menerobos masuk ke dalam bilik itu mendamaikan sedikit hati setelah tadi begitu kusut.
“Jue mungkin tak suka aku.”
“Jue cuma kurang suka kau berkasar dengan dia aje.” Balas Ayu. “Kau boleh mengubahnya kan?” Ayu bangun dan berdiri di sisi Abey.
“Hurm…” Satu kelahan panjang dilepaskan. Abey memegang grill dan merapatkan dagunya di situ. Ayu juga turut melakukan perkara yang sama seperti Abey seolah-olah mereka berdua berada di dalam tirai besi menjalani hukuman.
“Kau ada idea?”
“Ada.” Ujar Abey.
“Apa dia?”
“Tapi kau kena pertimbangkan idea aku ni.”
“Ye, tapi cakaplah dulu apa idea bernas kau tu?” Ayu nak tahu dan dia terus manarik nafas dalam-dalam supaya lebih tenang mendengar idea yang ingin diutarakan oleh Abey seketika nanti. Ayu mengerling mata ke arah Abey. Abey juga mengerling mata sekilas ke arah Ayu. Abey turut menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.