Sedetik kisah alam rumah tangga....
"Abang!!! sampai bila nak tunggang basikal? saya malu tau tak? Dah lima puluh tahun kita kahwin, BMW pun abang tak mampu nak beli!! bisnes kata juta-juta, habuk pun tarak!!" Paujia Bella rancak membebel dekat suaminya yang sedang menjahit seluar sendiri. Kasihan si suami kena jahit sendiri seluar yang terkoyak gara-gara lompat parit nak ke seberang jalan untuk balik ke rumah petang tadi. Maklumlah banjir kilat dah berlaku.
Bebelan Bella didengari oleh tiga belas orang anak-anaknya yang masih kecil. Yang sulung sekali berumur tujuh belas tahun dan bakal dipukul oleh orang-orang kampung gara-gara suka mencuri tebu. Yang bongsu pula masih di dalam buaian bersama choki-choki di tangan.
"Mom!!!!" Jerit si abang yang sulong berkulit gelap hitam tak manis tu.
"Diam!!! I tengah angry ni tau tak!!!" Bella yang berambut palsu ala-ala kumpulan Alleycats tu bercekak pinggang mengecilkan anak mata memandang anak sulungnya yang sibuk memanggil.
"Mom!!! adik nangis ni." Beritahu anak sulung itu.
"Kenapa dia nangis?!!"
"Choki-choki dah habis, mom!"
"Kau ni along.... settlekan cepat. I busy sekarang." Jawab Bella.
"Yang awak ni berkasar dengan budak-budak kenapa?" Rozek menasihati Bella yang dah muka macam singa tu. Asyik nak marah aje kerjanya. Rozek yang sedang duduk bersila terseringai sendiri. "Aduh!!!" Jarinya tercucuk jarum.
"Abang!!! kenapa ni?" Cepat-cepat Bella dekati suaminya tu. Ditengok jari Rozek yang terluka tu. "Sikit je ni..." Ucap Bella.
"Sayang jugak awak dekat abang ye..." Tutur Rozek yang penuh uban satu kepala.
Bella terus tolak suaminya. Mengada-ngada sungguh. Bebel Bella lagi dalam hati. Dia terus berpaling dan berpeluk tubuh. Rozek bangun dari persilaan. Bahu Bella dipaut. Dia mahu cium isterinya.
"Abang!!! depan anak-anak ni bang...." Bella menghalang.
"Abang bukan nak cium mulut awak tu."
"Habis tu?" Bella hairan.
"Abang cuma nak hidu sama ada awak dah basuh atau tak rambut palsu awak ni. Semalam bersemut tau tak. Eee...!" Kata-kata Rozek menggores limpa dan usus perut Bella.
"Abang!!! Oo... kalau saya ni awak nak ungkit-ungkit, bersemut la apa la. Seluar dalam awak pun saya yang basuh!!! ini pasal rambut palsu saya pun awak nak komplen ke?!! berapa lama saya nak kena tunggu untuk tukar wig ni tapi awak tak kasi duit pun. Awak pun tahu kan saya ni ada penyakit misteri. Penyakit yang saya sendiri tak tahu. Awak tak nampak ke anak-anak kita semua berkepala botak macam saya. Kalau awak tak nak beli rambut palsu dekat saya pun tolong belikan rambut palsu untuk anak-anak kita tu. Dah macam budak underground skinhead dah saya perhatikan mereka tau!!!" Bella laju membebel sakan.
"Abang tak cukup duit sayang." Rozek mencebik.
"Itu je alasan abang. Kalau tak ada duit kenapa awak kahwin dengan saya? Cakap???!!! abang, dah lima puluh tahun kita bersama. Awak kata nak beli BMW!!! mana? mana BMW awak tu? Hari-hari ulang alik pergi kerja naik basikal tua! tinggal dekat rumah yang macam haram nak roboh ni. Geram tau tak!! kata bisnes juta-juta padahal habuk pun tarak." Bella seringkali nak menyalahkan Rozek. Kerana Rozek dirinya jadi macam ni. Dia geram. Sekali lagi dia ulang pasal perkahwinan lima puluh tahunnya bersama Rozek. Tak ada benda lain lagi Bella nak ingat.
"Sayang... habuk kan berlambak dekat celah dapur tu... awak pun tak pernah nak bersihkan ruang dapur tu kan? berabuk dan bersepah. Macam mana awak boleh kata habuk tarak? awak kan pemalas jugak." Rozek mempertahankan haknya sebagai suami. Dirinya tak mahu ditindas oleh isteri yang mata duitan. Kerana Bella la mereka sekeluarga jatuh miskin. Berjoli sana sini. Beli cincin harga juta-juta. Tu belum masuk pakaian dalam lagi tu. Semua nak branded. Tak sedar dengan penyakit misteri yang menyebabkan kepala dah botak tapi ego masih nak tinggi.
"Cakap dengan abang ni memang tak dapat selesaikan apa-apa pun."
"Kan lebih elok awak bercakap dengan tiang lampu. Memang sesuai sangat." Balas Rozek. Dua belas orang anak-anak mereka tepuk dahi kecuali yang di dalam buaian pergi tepuk dahi si along sebabnya tak beri choki-choki tambahan.
"Ceraikan saya! ceraikan saya!!!" Bella mintak ceria. Itu aje permintaannya apabila seringkali bertengkar. Isyyyy.... Rozek buat tak tahu sambil garu-garu punggung dan melangkah keluar mendapatkan basikal buruk. Lepak pekena teh tarik malam-malam macam ni pun best jugak... kata hati Rozek.........
p/s : cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata daripada imaginasi penulis sendiri iaitu saya. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ini hanyalah sekadar hiburan sahaja. Sekiranya ada yang terasa hati harap dimaafkan kerana ia mungkin sahaja kebetulan.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)