Entri Terkini :

Fantasi : Masih Ada Taro Wong - 1

Dia berdiri tepi tingkap. Tenung jauh-jauh maka terpandanglah sebatang pokok mangga. Buahnya macam tak ada. Pokok jantan kut? Nuzul mengeluh. Dia macam perasan tak perasan sahaja ada sebiji buah mangga masak dekat situ. Sebiji aje pun tak banyak. Selepas tu dia tengok maknya pula yang sedang sibuk duduk kukur kelapa. Kreh kreh kreh bunyi tempurung kelapa tu. Mak ni busy sungguh dengan kerjanya. Dari tadi orang tanya tak jawab jugak. Nuzul bercermin mata dan berbadan sedap-sedap kalau dipanggang. Berat terlampau. Jangan marah, memang kuat makan. Dia muncungkan mulut.
“Mak…” Perlahan sahaja dia panggil.
Maknya masih lagut di situ di ruang dapur tu pun angkat kepala. Pandang Nuzul yang nampak gelisah. Memang tak nak jawab pun soalan tadi. Hari-hari tanya soalan yang sama. Nuzul memang macam tu. Selagi tak dijawab pertanyaannya maka selagi tu dia menanya. Dari pagi sampai ke petang ditanggung sorang-sorang.
Salmah, ibu tunggal membesarkan Nuzul dan Nizal. Nuzul anak sulung yang sangat kuat makan. Berat badan yang terlalu tu membuatkan pergerakan Nuzul agak terbatas. Tak larat rasanya menahan beban kenakalan Nuzul ni. Dah besar panjang pun masih nak manja-manja. Anak maklah katakan walaupun dah berumur sembilan  belas tahun. Kalau dikutkan hati memang sedih. Adik bongsunya dah lama meninggalkan mereka. Adik kesayangan mati lemas angkara terjatuh dalam sungai. Tak ada sesiapa pun yang sempat menyelamatkan adiknya tu. Cerita tu dah lama. Dah dua tahun pun berlalu.
“Mak dengar tak ni…”
“Dengar apa?”
“Tengok tu.” Nuzul melangkah dan duduk atas kerusi dekat dengan ibunya. Dalam banyak-banyak soalan, satu pun ibunya tak jawab. Mana aci macam ni. Nuzul nak tahu mana adiknya pergi. Dah tiga hari tak balik rumah. Dah kena jual ke?
“Mak tak kuasalah nak jawab.”
“Mak bukan power rangers pun nak ada kuasa segala. Along nak mak beritahu je, mana angah pergi. Dah tiga hari ni tak balik rumah. Mustahil mak tak tahu.” Nuzul berkerut dahi dan dia mengharapkan ibunya kasi tau mana itu adik pergi! Nuzul tak puas hati ni.
“Mak…” Sekali lagi dia merengek macam budak kecil yang dahagakan kasih sayang. Salmah buat tatau je. Sabar aje lah.
“Kenapa yang kamu ni risau sangat fasal adik kamu tu? Selalunya kamu tak ambil peduli pun fasal angah kan?” Dah lain macam aje bunyi suara Salmah ni. Macam ada benda yang tak kena dengan tindakan Nuzul sebelum ni. Ada kes kut. Alahai adik-beradik ni kalau tak ada salah faham memang tak sah.
Muncung yang dah sedia panjang tu pun jadi statik tak ada tindak balas apa-apa lagi. Pejal rasa macam dah beku duduk dalam peti ais. Nuzul bingung tak tahu manalah si Nizal tu pergi? Merajuk bawa diri pulak. Dah lari ke luar negeri ke? Ah! Tak betul si angah ni takkan sensitif sangat kut? Dia tengok ibunya  yang tercinta ni macam tak bimbang langsung. Nuzul pun ada juga terfikir, mesti ada pakatan murni! Sah kut sebab wajah ibunya nampak tenang saja. Sebaliknya Nuzul pula yang cemas.
“Buat repot polis ye mak?”
“Buat la…” kata ibunya selamba.
“Mak ni…”
“Kamu dah solat Asar ke?” Salmah tak nak Nuzul abaikan kewajipan. Memang Nuzul tak pernah tinggal. Tapi sebagai seorang ibu dia wajib mengingatkan anak-anak tentang solat walaupun si anak tu dah besar. Memang besar pun. Lebih besar dari biasa. Tu la kuat makan sangat.
“Assalamualaikum…”
Nuzul berpaling. Baru nak jawab ‘dah’ pada pertanyaan ibunya tadi tapi dah ada orang bertandang ke rumah. Suara memang dikenali. Nuzul kembung pipi sambil memandang ibunya bersama kening yang terangkat sebelah.
Salmah terhenti kukur kelapa. Dia bangun. Nuzul masih duduk lagi. Malas nak bangun menghadap. Tak best mencemar duli. Amboi… Salmah melangkah. Nuzul nak  tak nak aje bangun membuntuti ibunya ke anjung. Itu mungkin terpaksa kut.
“Kalau bakal ayah along tanya mana along cakap along demam ye.” Ada aje yang tak kena dengan Nuzul ni. Nak bagi alasan biarlah logik. Tengah hari tadi elok aje duduk bawa pokok mangga. Berteduh katanya sambil tutup mata. Hakikatnya dia membuta dekat bangku tu.
Setiap kali kalau ada orang datang rumah Nuzul tak nak jumpa. Malu sungguh. Sifat malu Nuzul ni memang melampau-lampau. Bukan malu apa, dia malu dengan keadaan dirinya sendiri. Dia terlalu kurang keyakinan diri namun kalau dah membalas kata memang pedas mengalahkan cili! Erk?

***

“Nama aku Ahmad Nuzul Khawarizmi Bin Ahmad Musa. Orang panggil aku Nuzul je. Dan aku dibesarkan di kampung ni. Inilah kampung tercinta aku yang aku sayang sangat-sangat. Umur aku sembilan belas tahun dan cita-cita aku nak jadi seorang cikgu, cikgu tadika kerana aku suka layan budak-budak. Tapi aku lebih suka buat mereka ketakutan. Memang best tengok mereka takut. Muka yang cuak tu mampu buat aku tersenyum. Tapi kenapa aku tak berjaya sambung belajar?” Nuzul merungut sendiri sambil pandang ke permukaan sungai yang mengalir jernih. Dia fikir ikan-ikan dalam air tu nak layan sangat dekat dia? Hari-hari duk dengar ucapan yang sama. Ikan pun tahu bosan.
Dia bercakap sorang-sorang duduk atas jambatan. Dia masih memikirkan apa sebenarnya yang ibunya rahsiakan dari semalam dan hari ini. Bosan bila ditanya asyik berahsia. Ini berkenaan angah. Kau mesti marahkan aku kan angah? Nuzul tak tahu pun bahawa kata-katanya masa di hari kejadian menyinggung perasaan adiknya tu.
Hari senja macam ni dia bawa diri ke tepi sungai. Sepatutnya dia tolong ibunya di  rumah sahaja. Caranya tu dah mengalahkan anak dara. Walhal dia anak teruna janggal buat kerja-kerja tu semua. Kerja kemas rumah atau cuci pinggan dekat dapur sinonim dengan perempuan kan? Kenapa dengan lelaki sepertinya? Tak boleh melakukan kerja-kerja sedemikian ke? Mana aci! Perempuan atau lelaki kena jaga kebersihan.
“Assalamualaikum Abang Nuzul yang comel… boleh saya duduk?” Muncul si cilik bersama plastik yang terisi botol kicap. Ain budak perempuan yang comel berlesung pipit berkulit cerah dan berambut tocang tu senyum-senyum.
“Waalaikumussalam adik yang comel jugak. Datang bersama botol kicap… mak kirim ke?”
“Ya bang. Erm abang… Kak Aisyah kirim salam.” Ain sampaikan salam kakaknya kepada Nuzul. Mahu tak kembang hidung si Nuzul ni bila Aisyah yang kiut kirim salam. Kalau Ain ni dah comel kiut miut, si kakaknya tu lagilah.
“Dia ada call ke?”
“Call apanya. Kak Aisyah balik kampung. Cuti semester la abang. Tu ha kakak ada dekat sana tu.” Mendengar kata-kata Ain, Nuzul terus menoleh. Tercegat Aisyah yang ayu bertudung tu dekat hujung jambatan. Makin comel walaupun dah empat bulan tak jumpa. Aisyah ni tak ingat nak balik kampung ke masa belajar dekat kolej? Masa ni baru dapat tengok muka yang comel tu. Nuzul senyum sambil lampai-lambai tangan.
Aisyah menongkat basikal. Dia melangkah mendekati Nuzul yang sedang bangun dari tempat duduk. Agak perlahan sahaja pergerakan Nuzul masa bangun. Rasa payah juga. Tahi lalat bawah bibir kanan Aisyah terlihat kerana ia adalah kemanisan yang dirindu oleh Nuzul. Memanglah orang yang ada tanda tu nampak sungguh manis bila dipandang.
Setibanya Aisyah di situ, Nuzul tersimpul-simpul malu. Melihat wajah Aisyah sungguh tenang dirasakan. Memang rindu pun kan?
“Hai awak…”
“Hai… buat apa dekat sini?”
“Saja termenung.” Balas Nuzul.
Ain tarik baju Nuzul. Dia mendongak pandang wajah Nuzul tu sambil bermuncung mulut. Nak beritahu sesuatu agaknya.
“Abang, abang.” Panggilnya sambil tarik-tarik.
“Ye,” Nuzul masih pandang Aiysah.
“Abang.” Ain tak puas hati Nuzul tak tengok dirinya. Bertanya pun sambil pandang Aisyah aje. Ain nak tolong beritahu je ni tapi kena beri perhatian.
Aisyah tak lekang dengan senyuman. Sekejap memandang Ain adik bongsu kesayangan. Maklumlah mereka berdua sahaja perempuan. Empat adik-beradiknya yang lain semua lelaki. Enam orang kesemuanya. Ain berusia lapan tahun tu mengeluh. Nuzul macam tak layan je bila dapat berjumpa dengan Aisyah. Terasa terabai pulak.
Gadis secantik Aisyah tak jemu dipandang. Matanya yang jernih tu menjadi igaun. Pipinya yang gebu seolah-olah ingin sahaja diusap manja. Boleh tahan angan-angan Nuzul ni dalam menilai kelembutan Aisyah. Si gadis yang sungguh comel dimatanya. Cantik… lemah lembut dan juga sopan dalam tutur kata. Ciri-ciri gadis idaman Nuzul ada pada Aisyah.
“Nizal ke mana?” Aisyah nak tahu tentang Nizal.
Tawar hati jadinya Nuzul bila nama Nizal terpacul. Asyik-asyik adik aku jugak yang kau tanya. Kecewa aje Nuzul dengan pertanyaan tu. Nak buat macam mana dah Aisyah mungkin berkenan kut dekat Nizal.
Nizal, seorang adik yang mudah terasa. Nuzul selalu bertelagah pendapat dengan Nizal. Boleh jadi mereka bertengkar dan Nizal lari dari rumah. Ibunya selamba je tu tak buat laporan polis. Nuzul pening. Kalau aku beritahu Nizal tak ada bertambah risau dia ni nanti. Nuzul menduga Aisyah memang lebih utamakan Nizal. Hurm… hanya itu kata hati Nuzul sekarang ni.
“Erm…”
“Abang.” Ain tak dilayan. Dari tadi asyik panggil abang, abang dan abang pun tetap macam tu. “Abang! Seluar abang koyak!” Beritahu Ain kuat.
Koyak??! Nuzul gelabah. Koyak ke? Macam mana boleh tak perasan ni? Cemas nampaknya. Dekat mana koyak tu? Tercari-cari pula. Teraba-raba dekat belakang. Alamak!
Aisyah pekup mulut. Baru perasan. Malu jadinya. Nuzul merah pipi. Ain ketawa melihat gelagat Nuzul yang menggelabah macam orang kena cucuk jarum. Sakit malu.
“Biar betul?!”
“Betul, koyak.” Aisyah mengiakan. Dia dah nampak lepas tu terus tutup mata. Ya Allah! Malunya aku. Nuzul tak tahu dah nak buat apa. Cepat-cepat melangkah sambil jalan berundur. Balik ajelah jawabnya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.