Entri Terkini :

Dekat Doh Waser

Hoh! assalamualaikum boh! guane citer lenim? haha tebeng main ar cakak ganu pulok ambe. Nok wat gane ork... anok negeri ganung kiter. hiks...

Wah Ramadhan diketemukan kepada kita lagi. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menghirup nyamannya suasana yang bakal kita lalui nanti. Insya-Allah semoga Ramadhan tahun ni memberikan kelainan dalam hidup kita. Kita berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kita berpuasa segalanya untuk mengukuhkan diri sendiri. Kita lakukan yang terbaik, hapuskan apa yang tidak baik. Janganlah hanya pada bulan Ramadhan ini sahaja nanti tapi pada bulan-bulan yang lain juga. Biarlah ia berterusan. Amalan baik mesti diteruskan.

Semakin lama kita semakin tua, ada yang makin lama makin muda tak? hehe... pengalaman akan lebih mendewasakan kita selagi kita belajar untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Dah macam pakar motivasi pulak deh kasi tau itu ini... kita sama-sama tegur menegur kerana kitakan mudah lupa... huhuhu

Thanks la buat kekawan yang selalu berikan sokongan pada saya. Semoga Ramadhan ini akan membuatkan kita tersenyum lebar. Pada yang belum dapatkan ebook saya boleh dapatkan sekarang...wah! sempat lagi promote. Boleh email dekat saya di alamat miqaelarshad@gmail.com untuk order Secangkir Madu Merah pada harga RM10 sahaja. Jangan malu jangan segan, boleh beli dengan saya. Murah-murah je ni.....

Anda boleh baca sampai habis... kalau dekat blog sikit je kan? kalau beli leh baca dari A sampai Z... mari-mari... saya budak baru belajar menulis, kalau salah tolong tunjukkan........ Ebook Secangkir Madu Merah pada harga RM10 sahaja.


E-Book untuk dijual!
E-Novel : Secangkir Madu Merah
Dengan Harga : RM10
Cara pembayaran : Transfer ke akaun bank. Sila inbox saya untuk keterangan lanjut dan untuk mendapatkan nombor akaun bank.

......Sinopsis :
Zarina @ Ina... perempuan dan isteri yang mulia hatinya telah disalahanggap oleh suami sendiri. Malah dirinya dituduh dengan melulu tanpa ada bukti yang kukuh. Dirinya dihalau oleh suami tercinta.

Sebagai seorang isteri, kepulangan suami ketika pulang dari kerja adalah amat dinanti-nantikan. Zarina ingin makan bersama suami dan lenanya pula mahu suami ada di sisi. Zarina akan berasa selamat tatkala zuaminya bernama Rashid ada bersama. Seorang isteri bernama Zarina begitu dahagakan kasih sayang suami yang selalu sibuk bekerja. Adakalanya suaminya itu selalu 'outstation' malah beberapa minggu tidak pulang.

Zarina terpaksa menanggung rindu itu. Rindu yang teramat dalam. Namun Zarina terseksa dalam diam. Zarina dihambat keraguan. Zarina dibuli rasa curiga kerana takutkan Rashid menyimpan perempuan lain. Tatkala disoal lain pula jawapan suaminya. Selang beberapa hari selepas itu barulah Zarina dihalau tanpa sebab yang kukuh untuk membuktikan Zarina benar-benar berdosa pada suaminya.

Paling mendukannya hati Zarina ketika itu adalah dia sedang sarat mengandung. Kandungannya menanti ketika sahaja. Namun tiada belas kasihan di hati Rashid melihat wajah isteri sendiri yang merayu-rayu itu. Bagaimanakah nasib seorang perempuan bergelar isteri seperti Zarina selepas ini? Adakah Rashid akan menyesali perbuatannya itu? Secangkir Madu Merah ada jawapannya.

DAPATKAN SEGERA!!!

Insya-Allah... jika ada peluang dan support daripada anda, ebook Suamiku Gangster akan menemui anda pula selepas ini serta Versi Cintamu :)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.