“NOW, aku nak kau buat apa yang aku suruh. Janganlah kau buat takde adab pulak. Di hadapan kau nanti adalah family bos aku. Kau kan syok dekat bos aku tu kan? So jangan malu-malu. Buat selamba.”
“Selamba kata kau? Hello my friend, kenapa patut aku menjadi mangsa keadaan ini? Memang aku syok gila dekat bos kau tu tapi untuk berhadapan dengan anaknya tu bukan tujuan aku. Lainlah kalau dinner di antara aku dan dia aje tak ada hal. Ini dengan family mereka.” Linda berbasa-basi. Dia tak tahu sama ada Aleysa sudah mengetahui bahawa Danial Hakim itu adalah anak bosnya.
“Berjumpa dengan bakal madu kau jugak kan. Ah! Bosan sungguh aku sebab kau ni sekejap nak sekejap tak nak. Kau ni bersungguh-sungguh ke tidak ni nak tolong aku?”
“Memanglah aku nak tolong kau tapi menipu tu tak bestlah. Takkan aku nak pergi sorang?”
“Kau dah janji kan?”
“Bagaimana dengan janji kau terhadap bos kau tu? Kau nak khianati janji kau lagi ke? Jangan buat pasal Leysa, nanti kalau dia memarahi kau, mesti kau buat muka period dan ugut dia nak berhenti kerja. Macam ni tak bagus.”
“Aih? Sejak bila kau tahu bagus ke tidak ni? Kau patut tahu bahawa bos aku tu miang rebun buluh perindu! Kalau bos aku tu dah miang bagaimana pula dengan anaknya?” Aleysa meninggalkan pertanyaan kepada Linda. Masing-masing berkerut dahi.
Linda sudah tahu tentang hal tu, memang jenis perempuan yang suka dengan lelaki tua dan miang. Anggapan Linda, lelaki miang adalah lelaki yang seksi, ada kelas. Bukan senang nak dapatkan seorang lelaki yang berusia itu masih kelihatan macho dan perkasa. Maklumlah dapat anak tunggal, nak anak lagi tapi dah tak boleh. Biasalah... kalau dengan Linda memang tak akan diberi anak. Bosan ada anak, Linda nak kasih sayang suami tercinta iaitu Encik Zamarul. Selain dari kasih sayang, boleh juga dia main kayu tiga nanti cari pakwe muda. Teruk juga kalau fikiran melayang. Mustahilah Linda nak buat macam tu. Linda seorang yang setia. Kalau dia nak bagaimana? Mesti dia usaha sampai dapat.
“Kau jangan risau okey? Lebih baik kau ikut sekali. Anak dia aku yakin pasti bagus dari dia. Kalau ayahnya miang anaknya tentu gatal. Tak apa, boleh digaru-garu...”
“Aku ni lain Lin, kau tu memang suka kalau ada yang miang, kau boleh menggedik kan?”
“Hello... mulut tu... mulut tu jangan sampai aku sumbat dengan stoking. Ada pulak kata aku ni gedik. Tak terniat langsung nak gedik-gedik ni. Aku suka... jadi aku usahalah sampai dapat. Sudahlah Leysa, aku nak kau ikut sekali. Jom bersiap kita gerak sekarang.” Linda bercekak pinggang berdiri di hadapan Aleysa.
“Tak naklah Lin...”
Linda terus tarik tangan Aleysa yang bermalas-malasan di atas sofa. Linda tetap memaksa Aleysa agar pergi juga ke rumah Encik Zamarul. Tidak perlu beralasan lagi.
***
TAK mudah melupakan wajah yang dipuja maka sering sahaja rindu pada insan tercinta bertandang di hati. Rindu memukul relung hati sampai pedih kerana masih tak terluah dengan kata-kata. Biarlah hakikat itu menjadi idaman jiwa dan akan ditunggu seribu tahun lagi agar segalanya menjadi pasti. Mungkin esok? Lusa atau sekarang ini? Kelu lidah tanpa bicara, air liur pula bagaikan kering. Insan itu ada di hadapan mata. Tak disangka pula idaman jiwa akan berada di sini pada malam ini. Adakah dia ni insan yang ingin dikenalkan kepada Danial Hakim? Hasryzal bersembunyi disebalik dinding tatkala baru keluar dari tandas. Di intai dari jauh, Danial Hakim tersipu-sipu pula melihat kelibat Linda yang sungguh cantik pada malam ini namun bagi Hasryzal, Aleysa kekal berada di carta nombor satu hatinya.
“Apa yang awak buat dekat sini?” Hasryzal dikejutkan dengan pertanyaan dari satu suara yang menjengah tiba. Dengan pantas Hasryzal menoleh. Diya pembantu rumah terus menarik tangan Hasryzal. Hasryzal terpaksa mengikut.
“Apa ni main tarik-tarik tangan orang ni?” Tanya Hasryzal terpisat-pisat. Diya yang memakai apron itu terus menanggalkannya.
“Aku tahu Danial Hakim suka dekat perempuan tu kan?”
“Perempuan mana pulak ni?”
“Perempuan yang dijemput untuk makan malam di sini.”
“Aku tak tahu menahu langsung.” Hasryzal menafikannya.
Diya berkerut dahi setelah mendengar kata balas dari Hasryzal yang sengaja menyembunyikan kebenaran. Diya dapat menghidu semua itu. Sudah jelas di matanya dan juga fikirannya bahawa Encik Zamarul mahu menjodohkan Linda dengan Danial Hakim. Diya! Jangan salah anggap. Linda bukan pasangan cinta Danial Hakim yang mahu dijodohkan oleh Encik Zamarul tu. Habislah! Diya mungkin salah faham.
“Okey... kalau macam tu, kau mungkin sukakan perempuan yang bertudung tu kan?” Hasryzal terkejut. Bagaimana Diya mendapat tahu hal itu? Setahu dia, dia tak pernah menceritakan soal hatinya pada sesiapa kecuali pada Danial Hakim sahaja. Atau mungkin juga Diya serkap jarang sekadar untuk mengujinya.
“Erk!”
“Kau jangan terkejut. Aku tahu kau dah tahu identiti aku kan? Apa kata kita berkerja sama.” Ujar Diya. Kata-kata Diya itu membuatkan Hasryzal berkerut dahi. Apakah makna semua ini? Semakin lama semakin kusut jadinya. Entah bila semua ini akan berakhir?
“Aku tak faham.” Balas Hasryzal.
“Jangan buat-buat tak faham. Baiklah... untuk pengetahuan kau... Encik Zamarul mahu jodohkan Aleysa dengan Danial Hakim. Jangan tanya dekat mana aku tahu namanya dan bagaimana aku tahu semua ni. Apa yang penting sekarang ni, kau tak nak kehilangan Aleysa kan? Sampai sekarang isi hati kau tak terluah? Jangan risau, aku akan tolong kau tapi dengan satu syarat.”
“Syarat? Eh Diya, aku tak kenal siapa kau dan dari mana kau datang aku tak peduli. Apa yang aku tahu kau ni penipu. Kau berselindung disebalik identiti kau sendiri. Memang sekarang ni aku tak tahu apa tujuan sebenar kau tapi memandangkan setiap tutur kata kau tu, kemungkinan juga kau ada hati pada Danial Hakim, kan?” Hasryzal Cuma memancing bagi mendapatkan kepastian. Dia juga tak yakin adakah telahannya itu adalah benar. Jika Diya jujur maka segalanya bukan lagi rahsia.
“Kau pakai ni! Malam ni aku nak bongkarkan segalanya. Biar semua orang tahu!”
“Bongkar? Eh Diya! Apa ni?” Hasryzal rimas bila kolar bajunya ditarik oleh Diya dengan tiba-tiba sahaja. Hasryzal terkejut dengan tindakan drastik itu.
“Maafkan aku.” Perlahan-lahan Diya melepaskan kolar baju Hasryzal. Beremosi sungguh Diya pada malam ini. Fikir Diya lebih senang jika dia meletakkan racun di dalam makanan mereka semua, biar semuanya mati! Baru puas hatinya melihat penderitaan ini namun itu bukan lahir dari akal yang waras. Itu kerja gila.
Hasryzal dihentam keraguan. Sungguh meragui kenyataan ini. Siapa sebenarnya Diya? Hasryzal hanya tahu Diya seorang peguam, memang itu yang tertera di dalam kad perniagaan tapi kenapa sanggup berada di sini menjadi pembantu rumah? Hasryzal memang ingin tahu kebenaran ini. Telahan sahaja tidak mencukupi tanpa bukti.
***
AGAK lama menunggu. Dia mana Hasryzal? Dari tadi tak keluar dari tandas. Diya juga senyap sahaja selepas siap menghidangkan makanan. Keadaan ini benar-benar mencurigakan. Hati bekas suami. Hati kekasih jiwa berundur itu masih tegar menahan arus cinta. Namun dia lelaki yang pernah jatuh cinta sebelum ini. Rasa cinta itu sungguh mendalam namun hilang dan lenyap dalam sekelip mata namun entah kenapa timbul semula. Dia berada di sebuah persimpangan tidak tahu memilih jalan yang mana. Dulu dia terlalu kecewa dan apakah dia masih mahu membiarkan hidupnya terus dirundung kekecewaan?
“Kau kenapa ni Danial? Diam dari tadi? Kamu semua pun sama, kenapa diam sahaja?” Encik Zamarul menyoal. Linda buat-buat malu. Puan Salbiah ketika ini rasa lain macam pula melihat keadaan Linda. Hati kecil si isteri juga menaruh syak wasangka tetapi dibiarkan dulu.
“Ryzal... lama sangat.”
“Sembelitlah tu.” Encik Zamarul menduga.
“Ish abang ni, ada cakap macam tu.” Puan Salbiah menyiku perlahan lengan Encik Zamarul. Mereka semua sedang menunggu Hasryzal yang tidak muncul.
“Danial pergi tengok dia dulu ya?”
“Ouch!!” Linda menyeringai pula.
“Ada apa Lin?”
‘Lin?’ Kata hati Puan Salbiah yang terkejut apabila Encik Zamarul pandai memanggil nama manja Linda. Memang sudah bercambah curiga. Memang dari tadi lagi Puan Salbiah perhatikan cara Encik Zamarul memandang Linda memang agak lain macam.
Danial Hakim menggelabah. Dia tak sengaja. Tidak sengaja menyakiti Linda. Bukan niat Danial Hakim untuk memijak kaki Linda, tetapi terpijak di saat dia mahu mengangkat punggung untuk bangun melihat Hasryzal.
“Maafkan saya. Sakit ke?” Soal Danial Hakim.
“Kau pijak kaki dia ke Danial?” Soal Puan Salbiah yang berada di sebelah Encik Zamarul. Alyesa hanya mendiamkan diri sejak awal lagi. Dia memang bengang terhadap Linda yang memaksanya datang. Geram kerana Linda tidak menepati janji untuk memberikan alasan kepada Encik Zamarul. Aleysa masih diburu kekalutan dan kejutan. Nama Hasryzal kerap membedil cuping telinganya.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)