Entri Terkini :

MA Tak Nanges Pon (ZzzZzz)

Hamba, MA, Miqael Arshad takkan menangis dengan begitu mudah biarpun ada yang mahukannya. Ingat MA ni pelakon filem air mata ke? MA biasa aje biarpun ribut taufan datang melanda. MA takkan guna nama orang lain untuk mendapatkan publisiti murahan. MA takkan sebut-sebut nama orang yang kononnya banyak membantu dan MA tak suka buruk-burukkan orang lain dengan mengetengahkan sesuatu isu kecuali jika terbukti bahawa sikap orang tu memang busuk. MA bukan jenis yang macam tu. Dan MA juga bukan seseorang yang suka jaga tepi kain orang lain.

MA masih terkedu juga bila ada hal atau perkara yang terkait harus disebut nama seseorang yang dibangga-banggakan. Walhal itu tidak sepatutnya. MA agak confuse dekat sini, kenapa jika ada sesuatu hal baru hendak hubungi MA? Kenapa sebelum ini insan yang pernah rapat dengan MA mendiamkan diri? Selepas itu mengutuk dan mengata MA dibelakang dengan perkara yang bukan-bukan. MA dah dapat hidu banyak perkara tetapi MA tak suka mengaibkan orang lain namun orang tetap juga nak aibkan MA... Ada apa pada MA? Hebat sangat ke MA? Hakikatnya MA takde apa-apa pun beb. MA manusia sama gak macam tuan hamba semua.

Baiklah, hanya satu pesan MA buat insan yang menyepi dan kini banyak bertanya, MA takkan mengalah walau apapun rintangan. Demam MA, sakit MA, MA sendiri yang rasa... kepada rakan-rakan MA yang menyokong MA dari awal sampai sekarang MA ucapkan terima kasih tak terhingga. Kepada mereka yang baru nak kenal MA, Selamat berkenalan ye... Salam rindu yang jauh di mata dekat di hati buat kalian yang setia, tulus dan jujur, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Terimalah puisi ini,


 Laut Membiru Hujan Berlalu 

Kian ku sentuh kian terasa dingin membeku
kian ku balut kian terasa lukanya di situ
namun secarik manapun hatiku ini
kalian tetap ku utamakan selalu
biarpun ribut, biarpun gempa dan biarpun banjir
aku tetap menunggumu di pintu kejayaan
asalkan dikau setia di sepanjang perjalanan
agar terang jalanku
agar tenang jiwaku
agar dekat bertamu
suatu masa nanti kitakan ketawa
kita akan bahagia
dan kita akan ke syurga cinta
buat selama-lamanya...

Laut membiru itu dapat kulihat setelah tenang kasihku
hujan pun berlalu setelah bumi rasa juga telah dibasahi
maka tiada lagi kontang dan tiada lagi tandusnya
maka jujur ku katakan, aku hanya ada kalian
kalian sumber inspirasiku setia bersamaku
sayang sayang kamu hingga akhir nyawaku...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.