Entri Terkini :

Dia Di Antara Yang Ku Kagumi

Tak pernah terfikir dalam ruang waktu di hari lalu bahawa rupa-rupanya itu terjadi di hari ini. Akalnya, pemikirannya menceritakan masyarakat kita khususnya di dalam setiap filem arahannya. Dia yang hamba maksudkan sudah semestinya seniman agung Allayarham Tan Sri P.Ramlee.


Jika direnung dengan mata hati, setiap babak cerita itu ada diketengahkan sikap dan sifat kita orang Melayu. Tontonlah apa sahaja cerita arahannya semuanya tersirat mesej. Ia sarat dengan isi yang perlu kita renungkan. Sebagai contoh Tiga Abdul, sikap tamak, dengki, memang kena dengan diri kita. Semakin lama semakin kuat. Bagaimana pula dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok? Si penyamun yang baik hati dengan mudahnya memberikan kod rahsia cara membuka pintu gua itu?


Hayati sahaja... apa yang anda faham? Dalam cerita ni memang gerun lak kulihat... mati-mati orang kita mudah diperbodohkan? Cuba fikirkan dasar cerita ni dengan apa yang orang kita lakukan sekarang ni? Semakin meruncingkan...

"Hai..."

"Hai..."

"Nanti-nanti!"

Tak pasal mintak password bukak pintu gua.... senang-senang bagi lepas tu pi cari balik bila orang tu dah kaya. Sama macam orang kita sanggup pergi pinjam dengan along. Along cari balik... Dan yang paling jelas dalam cerita ni... penyamun ada macam-macam watak..... hehe... kenapa ada doktor, ada hakim... ada jepun ada macam-macam karektor penyamun dalam ni?  lepas tu watak sarjan lagi gempak, leh kaya pakai dadu... same dengan main nombor ekor nak kaya... pi tengok dekat kedai nombor ekor... orang kita sekarang ramai pi masuk dekat premis TOTO, Magnum, Kuda dan seangkatan dengannya... nak kaya sekejap kan? Lepas tu belajar menipu...

Watak tak boleh blah.. orang kaya mintak penyamun pi rompak rumah sendiri... jadi fikir-fikirkanlah... bagaimana dengan diri kita hari ini? banyak filem-filem arahnya begitu relevan dan masuk akal biarpun dikatakan tak masuk akal. Inilah filem mencerminkan diri kita... kalau tak nak maka marilah kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kita semua... amin.... Nak hamba terangkan semua hamba pun terfikir juga... kalian dikurniakan akal sama seperti hamba jadi marilah-marilah... kita renungkan dan muhasabah diri kita.......

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.