Entri Terkini :

Berbezakah Kita?


Hamba ambil waktu seketika cuma kerana hamba rasa sedih dan terkilan di atas sikap kita satu bangsa. Mengapa ya? Bila kita sedang tenang ada sahaja yang menganggu? Adakah kita yang bersalah? Begitulah hari demi hari tatkala jiwa sedang sakit dipanah hasad yang menggunung. Kenapa perlu ada hal sedemikian dalam diri kita sendiri? Katakan saat diminta pendapat, contohnya apabila kita sedang menghadapi masalah, siapa yang membantu? Siapa pula yang merundumkan semangat kita? Berbezakah kita dengan yang lain?

Ku lahirkan satu ungkapan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hati rupanya sama, bentuknya juga begitu tetapi isinya sahaja berbeza-beza. Berbezakah kita? Namun dalam hidup ini hanya satu harapan, inginkan kebahagiaan. Berapa ramai yang mampu melihat kita berbahagia sedangkan terdapat ramai yang tersangat mahu melihat kita terus menderita dan berada di bawah selama-lamanya. Berbezakah kita wahai tuan hamba? Lembut angin menyapa tubuh, kala malam redup purnama, saat cinta hilang berlabuh maka tinggallah kita dengan nama. Baik dan buruk nama kita itu akan meninggalkan kesan. Selamanya orang akan mengata kerana fitrah kita manusia memang tak pernah senang dna tak pernah cukup.

Dari bukit menjadi rata, buat rumah bumbung tiada, tak senang duduk kalau tak mengata, bagaikan pelita yang tak menyala. Berbezakah kita tatkala api yang menerangi malam menular marak membakar rasa?

Tiada yang lain dapat kubiaskan fikiran melainkan inginkan perbezaan. Tidak mahu serupa dan sama seperti dahulu. Hamba ingin melihat kedamaian dan kesejahteraan kekal ditaman hati. Ingin ku sentuh dan belai jiwa insan nurani kerana dia adalah yang terpilih. Ingin ku bawanya bersama melayari bahtera kasih sesama insan kerana dia dan kita akan sentiasa senyum melainkan ada yang impikan sengketa. Adakah kita berbeza wahai tuan hamba?

Kita yang berakal, gunakanlah akal kita itu sebaik-baiknya ke jalan yang benar berpaksikan ilmu, iman dan taqwa agar kita terus di dalam pelukan cinta-Nya. Sekian :))

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.