Entri Terkini :

Tak Tahu Jangan Cerita!

Ada member aku termimpikan cicak. Cicakman ke? Kalau yang lelaki harus mimpikan Cicakwoman. heh! perh! mimpi bukan sebarang mimpi kalau mimpikan Cicak Tokek kayalah korang kan? ish ish ish kadang-kadang terjeda juga memikirkan cicak yang dikatakan mampu mencecah harga Puluhan Ribu Ringgit ni. Ada juga dikatakan boleh mencapai angka satu juta. Gilbabs! memang kerlas ar cicak ni.

Apa sebenarnya cicak tokek ni? aku tak tahu nak cerita tapi ramai orang suka dengan khabar aje. Harga cicak ni orang kata ikut berat. Makin berat makin mahal. Tapi aku tak yakinlah ikut berat aje tapi kalau cicak tu dah kena serangan penyakit jantung secara mengejut ke sebab habibat dia dah bertukar dari hutan belantara kepada dalam sangkar dan juga daya kelincahan dia dah berkurangan maka tak mahal sudah atau tak ada harga langsung. Hanya tunggu masa nak expired aje kan? heh! kasihan beb...  kasihan kat korang yang sanggup bela :P

(Orang cari kau lalu kurung! pastu kau matikan diri pulak dalam sangkar)


Dulu masa kecik-kecik aku selalu lastik cicak sebab sunat bunuh cicak ni... tambah pulak kalau hari jumaat banyak dapat pahala. hehe... la ni orang sayang-sayang cicak sebab nakkan duit yang berjuta-juta tu. Ada yang tamak dan ada yang sanggup masuk hutan cari cicak ni sampai tersesat pulak... hebat cicak ni jadi buruan orang yang nak jadi kaya cepat. Ada pihak yang sanggup tawakan harga yang tinggi untuk seekor cicak ni. Tapi ada orang yang tak tahu bahawa mereka tu akan tengok status kesihatan cicak tu jugak.

Katakanlah cicak yang korang cari tu dah kelencat akal, merajuk tak nak makan ke... atau mengalami kemurungan terlampau sebab korang pisahkan dia dari famili dia. Seksa menanggung rindu ni wei. Tak pasal-pasal bintik-bintik merah dia tu jadi blur sudah, maka dia tiada power lagi untuk dijadikan bahan kajian yang dikatakan kesihatannya itu bergantung pada kulitnya juga.

Aku tak tahu ar betul ke idak cicak ni boleh merawat penyakit AIDS/HIV kerana ia masih dalam penyelidikan pihak tertentu. Bila AIDS/HIV dah ada ubat perh orang dah tak takut buat kerja-keja terkutuk lagi sebab katanya ubat dah ada so tak heran. Maka makin ramai la yang jadi hamba nafsu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.