Entri Terkini :

Special Entry BLOGGER MALAYA - Newbie ~

Assalamualaikum...

Ada sahabat kita bertanya bagaimana untuk mula berblogging. Saya karang artikel ini untuk berkongsi pengetahuan kita bersama. Seperti yang kita sedia maklum blog adalah medium penyampaian sesuatu maklumat ianya tidak khusus pada peribadi mahupun umum. Ia mengikut kesesuaian yang anda inginkan dan mengikut kepentingan.

Saya berkata berdasarkan SAYA BUKAN PAKAR adalah untuk memberitahu anda apa itu BLOG. Ada sesetengah orang menjadikan blog sebagai tempat mereka meluahkan rasa. Tidak kurang pula menjadikan blog sebagai laman mempromosikan sesuatu. Promosi produk/diri dan sebagainya. Pendek kata maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan yang boleh diterima oleh orang lain khususnya pelayar internet.

Saya berkongsi artikel ini adalah untuk memberitahu anda bagaimana untuk memulakan langkah pertama dalam membina blog.

Anda perlu tahu apa yang anda ingin sampaikan kepada umum. Blog banyak genre jadi pilihlah genre yang ingin anda gunakan. Jika blog anda adalah pelbagai maka arrangekan. Banyak blog wujud di dunia maya ini. Politik, hiburan, teknologi, personal dan sebagainya. Oleh itu anda perlu membuat pemilihan yang tepat.

Seterusnya bagaimana hendak buat blog? Banyak medium yang digunakan. Blog free yang biasa digunakan adalah http://www.blogger.com/ dan http://www.wordpress.com/ dan anda boleh memulakan langkah ini untuk mendaftar url blog anda secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj.

Tentang pengubahsuaian blog pula, terdapat banyak blog yang boleh membantu anda. Sebagai contoh, layari http://www.maribinablog.blogspot.com/ atau http://www.godekblog.blogspot.com/ malah terdapat banyak lagi. Anda boleh google melalui carian http://www.google.com/ enjin pencarian yang terpantas setakat ini.

Diharapkan penerangan serba ringkas ini dapat membantu anda untuk memulakan blog baru anda khususnya pada mereka yang baru mendapat pendedahan untuk berblogging.

-Jika terdapat kekurangan maka blogger-blogger lain sila bantu :-)

Sekian

BLOGGER MALAYA

PERTANDINGAN [KLIK]

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.