Entri Terkini :

Salah Faham Terhadap Kekasih Dalam Cinta

Hari ni aku nak jadi Doktor Cinta Duka Lara sikit. Mempunyai pasangan kekasih adalah satu benda yang sangat membahagiakan. Ingin rasa seumur hidup ingin bersamanya. Cinta oh cinta begitu indah kala ia hadir dan menjadi perit dan terlalu pedih tatkala ia pergi bagaikan diragut.

How? is not easy bebeh dalam bercinta nih tapi bagaimana nak jaga hubungan cinta itu? Adakah dengan memandikannya cinta setiap hari dan diberi minum Anmum? Ataupun Milo untuk kecerdarsan otak si manja cinta? kwang-kwang-kwang buatlah apa pun untuk memujuk si cinta hati merajuk tu. Paling susah bila buat muka poyo alergi sepi bagai nak rak. Itu biasa... dalam hubungan cinta ni nak jaganya sangat susah kerana ia bagaikan sebuah tanaman yang harus disemai dan dibaja elok-elok. Jangan tunggu hujan turun membasahi tanaman kerana anda perlu menyiraminya sendiri. Cinta bukanlah tumbuhan organik tapi cinta adalah pelaksanaan organik itu sendiri. Tidak percaya?

OMG! why tak percaya ni? Sedey lor~ Yelah aku cakap macam ni sebabnya satu benda sahaja. Sebab kita saling salah faham. Kau dan aku berbeza kerana cinta kita tak sama level begitu juga dengan cinta kita pada yang Maha Esa. Ada yang berikan cintanya pada ALLAH 2% aje... kedekut sungguh orang tu sedangkan ALLAH balas cinta-Nya pada dia 100% malah lebih dari itu. Itulah kita salam faham pada kekasih nak berikan cinta sepenuh jiwa... jangan sampai macam tu, berilah juga tapi jangan over. Takkan tak pernah dengar kes bunuh diri kerana cinta. Ngeri dowh! kubur pun tak terima. Yang paling tragis Umat Islam sendiri. Aku tak nak sebut pasal bangsa kerana bangsa bukan penentu agama. itulah berikan cinta pada ALLAH hanya 2% sahaja.

Rasulullah cintakan ALLAH, cintakan Agamanya dan cintakan umatnya, hinggalah kewafatannya. Baginda Rasulullah SAW tetap menyebut umatti umatti! (Umatku Umatku) di saat nafas terakhirnya... bagaimana kita? Adakah di saat maut yang sengaja dicari angkara kecewa, sanggup gantung diri, kelar nadi di lengan, terjun bangunan, terjun kat landasan LRT di saat train melintas, terjun longkang terjun parit. Terjun kubur sekalipun ingat kubur tu nak terima ke? Allahu A'lam. "Oh kenapa kau tinggalkan aku sayang? aku akan mati sekarang" (Laknatullah, kafir)

p/s : aku juga mengingati diriku sendiri. Aku juga insan biasa yang punya kelemahan dan keburukan yang juga datangnya dari ALLAH SWT berikan padaku... segala baik dan buruk itu adalah rencana dari Yang Maha Esa. maka kita harus memilihnya dengan tepat.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.