Entri Terkini :

Bikin Kecoh Ar!!

Cak!! aku muncul lagi dengan edisi otak senget. Senget senget jugak beb! senget aku nak bagi kesadaran untuk diri aku sendiri dan pada orang lain jugak~~ :P

Apa yang special sgt blog aku neh? perh aku nak jawab pertanyaan insan berhati nurani ni. Aku baru aje lepas makan neh so otak aku pun berfungi dengan baik sekali. keh keh keh! Blog aku mcm2 ada... hahaha.. x caya korang check sendiri. Hiks!

Aku tak nak ganggu masa korang tgh syok baca dan singgah blog aku neh but aku nak bagi korang fikir dalam santai-santai aje beberapa dialog yang tercipta.. hiks (-_-)

Layan~~~

(Dialog 1)

"Wahhh!! seronoknya aku dapat kentut dalam air... berbuih-buih,"
"Chait!! aku lak suka kencing dan berak dalam air di muara..."
"Apa?????!"



(Dialog 2)

"Kau pernah dengar pasal orang hipokrit tak?"
"Laa soalan add math ke ni?"
"Wei! aku tanya jawab ar! merapu lak!"
"Pernah, biasa,"
"Kalau kau cakap seseorang tu hipokrit, kau rasa dia marah tak?"
"Mesti ar dia marah,"
"Cuba kau cakap dia MUNAFIK,"
"Uiks... lagilah dia hangin..."
"Benda tu masih ada persamaan.. orang yang tak tahu Agama aje tak leh nak fikir,"


(Dialog 3)

Satu hari Pak Mat suruh beruk dia panjat pokok, tapi beruk dia enggan panjat...

"Kau kenapa tak nak panjat pokok? kalau kau tak panjat takkan aku yang tua kerepot ni nak panjat pulak? rezeki tak masuk la wei... orang upah panjat pokok kelapa ni...."

Kalaulah beruk tu boleh bercakap mahu sahaja dia katakan....

'Kamu belum beri aku makan, bagaimana ingin aku berbakti padamu? tenagaku hilang wahai tuanku....'

Moral : moral ini akan sampai pada mereka yang menghayatinya...


(Dialog 4)

Hanturaya : kenaplah sunyi sangat? boringla....
Pocong : bukan kau saja aku pun sunyi dowh..
Puntianak : Aku ingat nak berentilah mengusik orang...

Hanturaya : Kenapa pulak?
Puntianak : Tempat yang kita tinggal ni dah tak seram macam dulu, orang pun dah tak takut...
Pocong : betul jugak tu, biasa orang takut tempat gelap, dalam semak dalam longkang, sekarang ni kita hidup kat bandar orang dah tak heran...

Puntianak : kali ni aku lak yang takut kat depa...
Hanturaya : Aduyai... apa kes ni? Tak Syok ar...
Puntianak : Selama aku hidup aku tak pernah kelar leher bapak aku, aku mati sebab mati beranak... yang manusia skrg ni Ya ALLAH... lebih teruk dari hantu... tu yang aku gerun...

Pocong : ye la.. skrg ni pun depa yang buru hantu... bukan kita yang buru depa.. terbalik...
Hanturaya : (T_T) habislah aku x de geng la lepas ni walaupun kita dah gelemer kat panggung...
Pocong : macam mana orang nak takut? filem hantu pun depa buat cerita lawak! orang bantai gelak-gelak .. huh!

(Dialog 5)

Yang ni aku suke beb sebab aku tak dapat nak bayangkan 
camne agaknya yang tertelan air itu....

"Aku suka mandi kolam renang... best campur dengan omputeh mandi..."
"Uiks!! kau mandi kolam?"
"Ya, kenapa?"
"Bapak aku kata, dorang suka kencing dalam kolam tu berramai-ramai, kau mana sedar kalau kau tertelan air masa berenang camne?"
"Erk??! aku pun suka kencing dalam kolam tu gak..."
(T_T) 

________________

Wokeyyy~~ ada masa agi aku share agi dgn korang, jangan risau ada aku untukmu.. perhhhh layan ar lagu wali band... i like jiwang karat :P

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.