Entri Terkini :

Cerpen : Aku Bola Kau Kaki

Aku tenung kau, kau tenung aku. Aku garu telinga kau pun garu telinga. Aku korek lubang hidung nak jugak kau korek lubang hidung! Eee!
“Kau ni kenapa?” tanyaku dengan nada marah.
“Aku macam biasa seperti apa yang kau lihat,” balasnya.
Berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu,
Hanya kenal kau ratu laksana,
Di singgah sana....
            “Eee! Boleh tak kau tukar lagu lain? Bosan aku dengar lagu tu dari mp3 telefon bimbit kau tu. Memekak je!” marahku lagi yang bosan gila dengar lagu dari exist tu. Macam tak ada lagu lain. Tiap kali aku duduk termenung di tepi padang kala petang begini mesti dia nak menyibuk.
“Dah memang aku suka dengar lagu ni nak buat macam mana? Kalau tiba-tiba aku dengar hindustan mahu tak bergelek aku depan kau,” jawabnya.
“Kau jangan buat pasallah mangkuk, aku dah tahap feeling make over ni kau datang ganggu. Macam tak ada kerja lain!” berkali-kali aku marah macam datang bulan.
Aku marah Hanief bukan sebab apa. Hanya kerana dia tak pernah bagi ruang untuk aku menyendiri di tepi padang ni tengok orang main bola sepak.
Akulah satu-satunya perempuan di kolej ni yang suka benar dengan bola sepak tatkala kawan-kawan yang lain suka main bola jaring. Not my taste main bola jaring. Apa kelas! Tak rock langsung. Kalau rock meleleh macam lagu yang terpasang di telefon bimbit Hanief tu tak mainlah!
“Aku punya sukalah... yang kau kisah ni kenapa?”
Of course aku kisah sebab kau ganggu privacy orang... leave me alone okey!” tegasku.
Alone alone alone! Bila saat kau sedih, aku jugak yang kau cari! Lepas tu nak marah-marah aku pulak duk sini,”
“Punyalah banyak tempat kat padang ni, tepi aku jugak yang kau pilih! Pergilah duduk kat tempat lain. Aku tengah syok tengok orang main bola ni...”
“Kau tu bukan sebab apa tengok orang main bola! Sebab Shukor kan? Mengaku sajalah yang kau syok kat dia,” Hanief melebih pulak.
Aku menoleh kasar pada Hanief. Mahu saja aku tarik koler bajunya dan rabak-rabakkan. Ingat aku ni apa? Aku tak hinginlah dengan Shukor tu! Aku cuma suka tengok cara dia main bola saja. Menggelecek bola memang hebat! David Beckham pun boleh kalah! Bisikku dalam hati.
“Wei! Aku tak pernah syok kat sesiapa pun termasuk kau! Aku syok kat diri sendiri je betapa aku teringin nak main bola dengan mereka,” ucapku selamba melepaskan hasrat yang terpendam di jiwa.
Aku dengar suara tawa yang menggila.
“Wargh kah kah kah kah! Kau nak main bola? Ada hati nak main bola? Aku tahulah kau tu lasak beb, takkan perempuan ala-ala lelaki macam kau ni pun nak ikut aktiviti begitu? Pergilah main masak-masak ke? Layak apa?” kutuknya pada aku.
Tiba-tiba suhu takat didih aku menggelelak dari dalam. Sekejap lagi ada yang makan kaki. Tak dapat tendang bola, tendang muka Hanief pun jadilah!
“Apa yang lucu sangat sampai kau ketawa tergolek-golek ni? Suka hati akulah nak main masak-masak ke nak main congkak ke? Kau apa hal nak kecoh depan aku? Wei... lebih baik kau balik bilik kau tidur lagi bagus! Kau sendiri pun tak main bola! Lembik! Nama sahaja lelaki! Orang lelaki mesti kuat beb main bola. Ni tak aku tengok kau main bola macam kejar anak ayam je! Tak bersemangat langsung! Tu pasal Shukor tak ambil kau masuk pasukan dia!”
“Ada aku kisah? Lagipun aku memang tak minat main bola sepak!”
“Habis tu kau minat apa?”
“Guli! Hahahaha!”
Ceh! Siot je mamat ni! Makan terajang jugak dia ni! Aku sabar dan bertenang! Aku tahu mamat ni terencak akal! Jadi aku kena cool! Sebagai seorang perempuan yang berkebolehan seperti aku ni tidak perlu marah-marah dan tidak perlu juga bangga kerana aku ada skill main bola. Si Hanief ni tak tahu  yang aku suka main bola masa kat kampung sebelum masuk ke kolej ni lagi. Biarlah dia. Apa aku nak kisah!
***
“Nuri! Tunggu!” tiba-tiba aku disuruh tunggu lantas aku terus melangkah. Ada suara yang datang dari belakang. Suara memang aku kenal.
Aku terus menoleh. Wah! Shukor! Memang aku nak cari kau pun! Saja nak tanya pasal persiapan dia untuk perlawan bola sepak antara kolej minggu depan. Aku tahu team dia sibuk berlatih. Harap dapat kemenanganlah nanti.
Kolej aku jadi tuan rumah temasya suka terunggul itu. Jadi aku kena bagi sokongan untuk Shukor dan teamnya menjulang nama kolej ni. Tapi untuk Shukorlah lebih sikit sebab dia kan ketua pasukan. Ehem ehem! Tanpa ketua ibarat lembu tak ada kaki! Wah! Hebat sungguh perumpamaan aku.
Shukor terlebih dulu cari aku. Nampaknya takdir menyebelahi aku. Jangan-jangan dia nak ajak aku main bola tak? Ish! Gila! Mana dia nak ajak aku! Ni mesti sebab lain.
“Kau nak ke mana ni?” tanya Shukor yang berbadan sedap-sedap. Badan lelaki maskulin sepertinya memang menjadi idaman aku. Nampak sungguh gagah.
“Aku... aku...” ini yang tak boleh ni! Lidah aku tergagap-gagap pulak! Jantung aku memang berdetak kencang kala menatap wajahnya yang tampan ala-ala Asraf Muslim. Memang nama Asraf Muslim sahaja yang dapat aku gambarkan sebab yang lain aku tak taste. Pelakon drama televisyen pujaan hatiku. Dan yang berdiri di hadapan aku ni lagilah...
“Kenapa tergagap-gagap ni Nuri? Macam ada yang tak kenal je?”
“Eh! Tak ada apa-apa, oh ya ada apa kau panggil aku ni?” aku mengelak sebab malulah nak cakap.
Aku malu sebab aku terlebih suka pada Shukor. Masa depan Hanief aku nafi sungguh-sungguh yang aku tak suka Shukor. Maklumlah kalau dia benar-benar tahu yang aku suka Shukor ni mampus! Dia tu kecoh! Nanti satu kolej dia sebar cerita! Tak pasal orang akan mengata pasal aku. Sebab awal-awal masuk kolej aku mengaku pada kawan-kawan ‘I hate love-love ni tak ada masa nak layan’ masa semesta satu dulu. Sekarang kena batang hidung aku!
            Pada pagi ni aku harap ada sesuatu yang indah untuk aku. Mahu selalu ada dekat kamu Shukor! Mahu jadi yang teristimewa dalam hati kau! Amboi menggeletis pula dalam hati aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana hati dan perasaan aku terhadap Shukor.
Walaupun aku ni jenis lasak tapi aku tetap perempuan. Susah hendak meluahkan tentang isi hati aku ni kalau bukan lelaki yang mulakan dulu.
“Aku nak mintak tolong dengan kau ni,”
Aku macam tak dengar sahaja apa yang di cakap sebab aku leka pandang wajah dia. Alahai kacaknya..... hati aku berbunga-bunga jadinya.
“Hello!!! Apa yang kau tenungkan tu?”
Tangan dia melambai dekat wajah aku yang comel ni. Berkelip sang mata ni. Tiba-tiba aku dapat rasakan yang pipi aku mahu berona merah. Maklumlah kulit putih maka jelas dia akan nampak bahawa aku sedang malu tatkala hati aku bersiul indah sebentar tadi. Berangan sampai ke jinjang pelamin.
“Eh! Tak ada apa-apa, apa kau cakap tadi?”
“Kau ni apalah Nuri? Sejak-sejak ni aku dengar kau kuat sungguh mengelamun, kenapa?”
“Siapa cakap?”
“Hanief,” balas Shukor dengan jujur.
Eee! Hanief ni memang nak kena! Tahulah kau tu sekelas dengan aku! Takkan semua benda kau nak report kat Shukor! Malulah aku! Kau ni memang suka menyibuklah! Marahku dalam hati.
***
“Hanief!!!” aku meradang jumpa Hanief dalam perpustakaan.
“Shhhhh....” kakak yang jaga kaunter perpustakaan letak jari telunjuk pada bibirnya minta aku senyap. Aku peduli apa dalam perpustakaan ke apa ke! Aku tengah marah ni! Kang kakak perpustakaan tu juga yang kena dengan aku. Aku tak kisah disenarai hitamkan sebagai pelajar ‘Nuri Not Allowed’ di perpustakaan ni!
Aku tarik tangan Hanief keluar dari perpustakaan ni bukan sebab kakak kaunter tu suruh senyap tapi sebab aku kasihankan pelajar-pelajar lain sibuk siapkan tesis. Kira aku ni ada jugalah rasa perihatin. Kalau tidak kecohlah aku belasah Hanief ni cukup-cukup.
Hanief dengan muka tak bersalah nampak macam tak tahu menahu sahaja. Aku tak peduli! Aku tengah panas ni. Aku tarik dengan sepenuh hati mengheret langkahnya sampai ke muka pintu. Lantas aku tutup semula pintu itu.
“Apa ni Nuri main tarik-tarik tangan aku. Aku ni bukan muhrim kau tau,” balasnya sambil menyentap semula tangannya.
“Dengan badan kau yang sekeping macam papan ni sekali aku terajang boleh patah tulang kau tu tau tak?! Aku geram dengan kau ni!” aku dah mula nak bertukar jadi gergasi.
“Aku tak faham wei! Apa cerita ni beb? Cubalah jangan marah-marah macam ni, cerita kat aku apa sebenarnya yang berlaku?”
“Kau jangan buat tak tahulah Hanief! Aku betul-betul nak salahkan kau! Ni kau nampak ni aku dah genggam tangan ni bersedia nak tumbuk muka kau yang aku tengok sekejap kecil sekejap besar je depan aku,”
Hanief menggelabah tengok aku serius semacam sahaja. Aku marah bukan sebab dia cerita pasal hal aku mengelamun pada Shukor tapi sebab lain. Sebab yang sangat buat aku rasa tak keruan.
“Rileks Nuri jangan macam ni. Kau kan kawan aku... kalau kau tumbuk aku nanti kau masuk penjara,”
“Otak kau penjara! Aku tak hairan masuk penjara sekalipun asalkan hati aku puas! Puas sebab kau ni bengap sangat!”
“Ni dah melebih ni Nuri... pantang benar aku dengar perkataan bengap. Aku tahulah aku tak sepandai kau dalam kelas at least aku cuba gak nak jadi bagus macam kau. Tapi kalau begini sikap kau no wonderlah ramai lelaki tak berani tegur kau,”
            Aku menyilang tangan sebaik sahaja saya penumbuk tadi aku longgarkan. Betul juga cakap Hanief ni. Kalau aku ganas-ganas macam ni mana ada lelaki nak tegur aku. Tapi Shukor boleh je tegur aku? Yalah memang dia berani tegur aku sebab benda lain!
            Wajah aku berubah muram rasa sedih pulak. Aduhai malangnya nasib aku.
            “Ni tiba-tiba buat muka kasihan ni kenapa Nuri?” tanya Hanief yang tak seberapa nak kacak depan mata aku.
            “Kenapa kau tak cakap yang dia dah ada buah hati?”
            “Siapa?”
“Shukor tulah,”
“Apa? Shukor? Wei... kau suka kat dia ke? Kau memang betul-betul suka dia ke? Aku tak salah dengar ke ni? Habis selama ni masa aku cakap kau suka dia kau tak mengaku. Kalau tak boleh aku beritahu yang dia dah ada buah hati, namanya...”
“Zana!” aku menyampuk memotong kata-katanya.
“Ya Zana... kawan sebilik kau sendiri. Takkan Zana tak pernah beritahu kau siapa buah hati dia?” soal Hanief berbasa-basi dengan aku pula.
Aku benci gila dengan pertanyaan Hanief ni! Ada ke dia tanya soalan macam tu!
“Sekarang aku baru tahu yang dia syok kat Zana bila dia minta aku sampaikan keychain berbentuk hati tertulis nama mereka berdua... sedihlah macam ni rupanya aku dianggap poswomen je...” keluh aku.
“Ramai lagi lelaki lain yang minat kau tu. Cuma kau tu je kena berubah sikit. Kau bukannya tak cantik tapi gaya kau tu je yang membuatkan kau nampak macam ganas sangat. Cuma ubah imej tu jadi perempuan faminin yang penuh dengan kelembutan... budi bahasa yang indah... perempuan ni kalau kau nak tahu... dia adalah melambangan keindahan yang teramat dalam ertinya bagi seorang lelaki...” hujah Hanief yang masih berdiri depan aku.
“Kau ni kalau bercakap mengalahkan ahli falsafah. Bukan aku tak nak... dah diri aku macam ni apa boleh buat lagi. Susah kau tak...? Kalau orang nak sayang aku dia kenalah terima diri aku seadaanya...”
“Shukor pernah cakap kat aku yang dia sebenarnya tak suka perempuan ala-ala lelaki. Jadi kau kenalah terima hakikat ini. Walau kau suka dia sekalipun belum tentu dia dapat terima diri kau yang macam ni... cuma ada seorang sahaja yang suka...”
“Eh! Ada ke yang suka aku? Siapa? Cakaplah Hanief aku nak tahu,” bersungguh-sungguh aku bertanya. Membulat mata aku ingin tahu.
***
Walaupun rahsia itu aku belum tahu namun aku masih mengharapkan siapalah insan yang suka pada aku itu tampil memberitahu aku yang dia suka dengan diri aku yang macam ni. Mengharapkan Shukor memang tak ada apa dah! Tinggal harapan yang tidak kesampaian kerana dia dah ada Zana.
Aku tak nak sedih-sedih lagi angkara cinta yang tidak terucap. Lagi pula Shukor memang tak pernah tahu yang aku sukakan dia selama ni.
Hari ini tibalah hari yang dinanti. Pelawanan bola sepak pun bermula. Aku beri juga sokongan pada pasukan kolej ni khas untuk kolej! Bukan demi Shukor! Lantaklah dia. Memang muka tak malu aku ni dah dia ada buah hati pun aku sibuk intai dia lagi. Mana boleh lepas pandang dengan kekacakan dia. Hanief sebelah aku ni aku buat tak nampak je.
“Nak minum?” pelawa Hanief sambil menghulurkan sebotol air mineral pada aku. Aku hanya sekilas pandang je kemudian mata aku tertancap semua ke arah padang.
“Tak nak,” jawabku.
“Bertempik dan bersorak bagai nak rak tak haus ke?” soalnya lagi.
“Aku bersemangat ni... tu! Tuuuuu!!!! Shukor!!!! Rembattttt!!! Rembattttt cepat!!! Kasi gol!! Alahai bola macam tu pun tak boleh gol! Kau ni mempersia-siakan peluanglah!” marahku dengan rasa geram setelah tiada jaringan gol separuh masa pertama dalam perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan kalah mati. Kalau kolej ni tak menang memang tak ada harapan lah!
Separuh masa pertama berlalu terikat 0-0. Pasukan lawan yang menyarung jersi merah bernombor 15 tu memang main kasar. Selalu sahaja menerkam ke arah Shukor. Seperti tahu sahaja kelemahan Shukor. Kehebatan Shukor terbantut gara-gara selalu diasak dengan dua pemain sekaligus kadang-kadang tiga pemain. Jahat!
Kalau ada laser nak sahaja aku pantulkan kat mata penjaga gol pihak lawan biar pinar mata dia. Tapi tak bagus kerana kolej aku tak amalkan budaya main kotor dan tak pula buat-buat cerita kalau kalah. Seperti semesta lalu kalah pun tak rugi sebab permainan bersih. Rekod kolej aku memang sentiasa bersih.
“Kau ni memang minat gila kan dengan bola?” tanya Hanief tatkala orang ramai sibuk bersorak. Aku kurang dengar sangat sebab suasana agak gamat.
“Aku kat kampung memang makan bola tidur bola... adik beradik aku semua minat bola. Untuk pengetahuan kau, abang aku adalah pemain pasukan kebangsaan untuk Piala Suzuki Cup nanti tapi bahagian pemain simpanan jelah, hehe,”
“Okeylah tu kira bagus pencapaian abang kau tu dapat menganggotai pasukan kebangsaan. Kakak aku pulak berkali-kali juara litar lumba motosikal kebangsaan,”
“Kakak kau? Lumba motor? Wei kau tak pernah cakap pun... hebatnya kakak kau... perempuan tu...” balas aku agak terkejut mendengar bahawa kakak Hanief seorang pelumba motosikal wanita.
“Sebab tu aku tak kisah kau macam ni...”
Tiba-tiba orang mula bersorak tatkala semua pemain mula masuk padang untuk meneruskan permainan separuh masuh kedua pula.
Ucapan Hanief sebentar tadi seakan tidak melekat di telinga aku kerana tumpuan aku mula terarah pada padang.
“Abang Shukor.....!!! main betul-betul!” aih! Abang Shukor? Suara macam aku kenal?
Aku toleh ke belakang tiba-tiba aku nampak Zana yang duk menjerit untuk bagi semangat pada Shukor. Yuck! Abanglah konon! Ngada-ngada! Perampas! Ops! Kataku dalam hati.
Aku buat tak layan Zana kala ini. Aku harap dia pun tak perasan aku yang ada depan dia ni. Zana siap bawa payung lagi maklumlah takut kena panas. Aku selamba pakai cap! No hal punya.
“Wei!! Main kasar boleh ar!!” aku marah pada pasukan lawan. Aku pula yang terlebih excited. Akulah penyokong setia pasukan kolej aku sendiri. Yang paling best dan tak tahu malu aku duduk di bahagian kelompok penyokong lelaki. Siot tak? Lantaklah sebab tak ramai perempuan kat kolej ni suka tengok bola. Aku je. Tentang Zana pula yang sibuk-sibuk kat belakang aku buat tak tahu. Sebenarnya aku cemburu. Ah! Biarlah!
 Kali ini Shukor mula menggelecek bola caranya yang sangat mantap itu semoga dapat menjaringkan gol. Dua pemain menghimpit dirinya tetapi mujurlah Shukor dapat memboloskan diri dan terus menghampiri gawang gol pihak musuh lalu Shukor telah pun menggelecek sampai ke kiri sudut pada dan kemudia dia menghantar ke tengah semula dan orang ditengah itu berikan semula bola itu pada Shukor yang berada di dalam kotak penalti. Penjaga gol pihak lawan mahu menangkap bola itu seperti menangkap seekor anak ayam saya sebaik sahaja Shukor melepaskan tendangan yang tidak berapa bisa akibat sedikit tergelincir namun nasib menyebelahi Shukor dan pasukan setelah bola itu terlepas bola lalu bergoleh dari celah kangkangan penjaga gol teros bergolek dan akhirnya...
‘”Gol!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” aku menjerit gembira!
Tanpa aku sedari perkara yang amat memalukan aku sepanjang hayat aku! Arrrrrrrrrrr tidak.... aku terpeluk Hanief! Gila! Memang kerja gila! Aku ni perempuan! Kerana terlalu gembira hingga aku tidak peduli lagi. Aku nak peluk siapa lagi wei?
Hanief tergamam dengan tindakan aku yang seakan tidak bermoral itu. Aku lepaskan balik dengan deras. Aku takut kalau terdapat banyak mata memandang. Aduh tak pasal orang tuduh aku homoseksual pula dengan Hanief! Mereka mesti ingat aku lelaki.
“Apa ni Nuri?” ucap Hanief.
“Sorry Hanief aku tak sengaja,” balas aku denganr asa serba salah.
“Tak apa, aku tak kisah...” ucap Hanief.
Aku jadi malu. Pipi aku berona merah rasanya. Aku terus berlalu tinggalkan temasya itu. Ya ALLAH apa kena dengan aku ni?
***
Semenjak kes hari tu aku jadi malu dengan Hanief. Mujurlah ianya tak jadi buah mulut orang. Kira aku bernasib baik. Bikin malu betul. Dalam kelas aku buat dunno sahaja. Tapi lama-lama aku rasa sepi pula. Dah lama Hanief tak ganggu aku. Dia menyepi juga dengan aku. Tak bercakap malah banyak  mengelak.
Aku rasa bersalah pula. Sudah jatuh tahap mencabuli hak asasi lelaki pula sehingga terpeluk dirinya. Ternyata Hanief ni lain dari yang lain. Orang lelaki biasanya akan menjadi-jadi miangnya kalau mendapat sesuatu yang tak di sangka-sangka tetapi tidak bagi Hanief.
Aku nampak dia duduk di padang bola tempat selalu aku duduk di petang hari. Kala ini aku juga memang nak ke situ. Kebetulan pula dia juga ada. Aku berkira-kira nak ikut dia atau tak. Aku yang biasa berseluar dan berbaju tshirt serta bertopi kaku seketika.
Ah! Pergi jelah... lagipun dia sahaja kawan yang sudi kawan dengan aku tatkala pelajar perempuan yang lain macam tak layan aku sahaja.
“Assalamualaikum Hanief...”
“Waalaikumussalam...” balasnya sambil menoleh ke arah aku. “Indahnya ucapan salam itu. Baru sekarang ni aku dengar kau beri salam pada aku,” agak terasa juga dengan cara penyampaiannya. Kena dengan batang hidung aku.
Bagai timbul satu aura yang tidak aku sangka-sangka dalam jiwa aku. Tutur bicaranya tidak seperti biasa. Seperti sedang bersedih sahaja dari raut wajahnya.
“Hanief... aku nak minta maaf atas kes hari tu,” kataku. “Sungguh Hanief aku memang tak sengaja,” sambungku lagi sambil melabuhkan punggung di sebelahnya.
Its okey Nuri. Lagi pun aku dah lupakan perkara tu,” balas Hanief.
“Habis kau nampak muram je,” soalku. Tapi tiba-tiba pandangan aku dicuri oleh dua kelibat manusia di dalam perut sebuah kereta. Aku nampak Shukor bawa Zana keluar. Patutlah Zana berdandan cantik dalam bilik tadi rupanya dia nak keluar dengan Shukor!
Eh! Aku tidak perlu cemburu lagi. Biarlah mereka sekarang aku nak tahu apa masalah Hanief.
“Kakak aku...”
“Kenapa dengan kakak kau?”
“Dia kemalangan,”
“Apa? Bagaimana dengan keadaan dia sekarang?” tanyaku deras agak terkejut.
“Dia okey je. Masih boleh berjalan dan makan seperti biasa. Cuma...”
“Cuma apa?”
Hanief terdiam.
“Aku tanya ni cuma apa?” soalku lagi memaksa agar Hanief memberitahu aku apa yang sebenarnya.
“Cuma hati aku lebih parah dari kes kemalangan dia tu. Kemalangan dia di litar lumba ada cover insurans nyawa dan sebagainya. Perlumbaannya halal. Tapi perlumbaan aku belum  tahu untung nasibnya lagi. Pelumbaan aku entah halal ke tidak...”
“Apa maksud kau ni Hanief? Aku tak fahamlah. Kau lumba haram ke? Wei aku nak beritahu kau yang aku memang benci gila mat rempit so kau jangan buat pasal nak merempit! Mati katak je kau nanti!” larangku.
Hanief mengeluh. Entah apa yang dikeluhkannya aku sendiri tidak tahu. Mungkin dia bimbang dengan kemalangan yang menimpa kakaknya di litar lumba agaknya.
Aku tak ingin
kau bernangis bersedih
Sudahi air matamu darimu...
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghanpuskan dukamu sayang...
Karna bagiku, kau kehormatanku
Dengarkan, dengarkan aku...
Tiba-tiba sahaja dia pasangkan lagu tu. Aku pelik dia layan lagu band dari Indonesia pula. Mendayu-dayu pulak tu. Aku ni rock mana jiwang-jiwang karat macam ni.
“Kau dengar lagu ni... aku tujukan untuk kau,” katanya.
“Wei aku tak suka dengar lagu ni,”
“Aku suruh kau faham lirik lagu ni,”
“For what?”
“For my heart...” balasnya. “Untuk mewakili hati aku yang selama ini...” katanya lagi.
“Selama ni apa?” deras aku menyoal.
“Dengarlah...” katanya lagi.
Maka terpaksalah aku mendengarnya. Rangkap demi rangkap dari lagu tu yang dinyanyikan oleh kumpulan Wali, Baik-baik sayang. Apalah yang istimewa sangat dengan lagu tu yang Hanief tujukan buat aku.
Akhirnya... aku sedikit mengerti tapi aku masih keliru dengan apa yang mahu disampaikan melalui lagu itu.
Sebaik sahaja lagi itu habis diperdengarkan pada aku lantas dengan deras aku bertanya.
“Kenapa dengan lagu ni Hanief?”
“Nuri... biarlah aku terus terang. Aku tahu kau bersedih kerana Shukor menjadi milik Zana. Zana beritahu aku yang kau selalu menangis kerana tidak dapat memiliki Shukor tapi tidak bermakna tidak ada orang lain yang mencintai kau,”
“Apa ni Hanief? Jadi kau percaya apa yang Zana katakan? Haha kau ni mudah percaya dengan perempuanlah Hanief...”
“Sudahlah Nuri... kau jangan nak berpura-pura. Kau sebenarnya mengelak dengan Zana. Zana tu ada perasaan juga dan dia perempuan. Dia tahu apa yang kau rasa. Dia terbaca diari kau. Jangan kau salahkan Zana... sebaiknya salahlah diri sendiri yang kau tidak pernah luahkan perasaan kau pada sesiapa. Zana sendiri tidak tahu yang kau sukakan Shukor. Bukan niat dia untuk hancurkan harapan kau,” kata-kata Hanief membuatkan aku terkedu.
“Zana juga tahu yang Shukor tidak suka perempuan yang sekeras ini tapi tidak bagi aku Nuri. Aku pendamkan perasaan aku ni terhadap kau dan sekarang biarlah kau tahu bahawa aku sebenarnya mencintai kau,” Hanief berterus terang dengan aku.
Lidah aku kelu. Aku tidak dapat membalas ucapannya. Aku terkedu. Benar-benar keliru. Aku tak tahu nak cakap apa.
“Tapi aku tahu... aku ni tak sekacak Shukor dan aku kurus kering. Kau takkan mungkin dapat menerima aku seadaanya. Tapi aku akan rasa lega bila aku dah luahkan pada kau, Terpulanglah pada kau Nuri. Aku tidak kisah apa pun jawapan dari kau yang bakal aku terima. Aku redha sahaja,” ujarnya lagi.
Seumur hidup aku inilah kali pertama lelaki luahkan perasan terhadap aku. Hati aku jadi lain. Perasaan ini bersimpang siur sama ada ya atau pun tidak dengan apa yang aku dengar. Aku terpaksa melarikan wajah. Aku segera angkat punggung aku mahu meninggalkan tempat di mana aku berada sekarang. Rasa mahu menitiskan air mata di atas ketulusan Hanief.
Aku bangun dan mahu melangkah tiba-tiba tangan aku dipegang oleh Hanief tanpa segan silu. Naluri keperempuanan aku bergetar. Jantung aku berdebar-debar.
“Nuri, setulusnya aku mencintai kau Nuri...” ucapnya perlahan.
Tidak semena-mena air mata ini menitis tapi aku sembunyikan dari penglihatan Hanief. Mana hilangnya sikap keras aku? Mana pergi ego aku? Kenapa dengan Hanief aku boleh menangis? Tiba-tiba sahaja hati aku selembut sutera?
Bermacam-macam berlegar di ruang minda.
“Aku nak gemuk biar ada orang suka aku,”
“Nuri... aku ada suka kat seorang awek ni, tapi aku tak berani nak luahkan takut dia reject aku sebab aku tak handsome,”
“Kau rasa ada tak orang nak kat aku?”
“Kalaulah aku dapat dia tu... aku rasa indah sungguh dunia ni...”
“Aku tak pernah rapat dengan perempuan sebelum ni melainkan kau seorang. Kau ajarlah aku tentang apa yang wanita mahu?”
Begitulah kata-kata Hanief sewaktu aku dan dia begitu rapat dari semester satu lagi sehinggalah di semesta akhir ini. Semuanya bermain dalam fikiran aku. Rupanya akulah yang dia suka selama ni.
Aku juga mahu dia tahu bahawa sebenarnya aku juga senang dengan dia walaupun dia selalu usik aku. Seminggu dia tidak usik aku bagai setahun rasanya. Apakah aku perlu ucapkan bahawa aku tidak mahu kehilangan dia? Adakah aku perlu berani seperti dia kala ini?
Aku terus menoleh ke arahnya. Aku ... aku tak tahu nak cakap apa? Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan.
“Hanief...” panggilku perlahan.
“Ya Nuri... katakanlah apa yang kau nak katakan. Aku dengar...”
“Kalau benar kau suka aku... janganlah kau anggap aku seperti bola. Kalau aku bola sudah pasti kau kakinya. Menendang aku ke sana ke mari terus masuk gol... sakit kena tendang tau,”
“Eh! Bukan ke kau suka bola sepak?” tanyanya pada aku berwajah gembira. Dia seperti faham apa yang aku katakan namun dia sengaja buat-buat tak faham.
“Memang aku suka bola sepak tapi aku tak suka hati aku dijadikan bagai bola sepak...”
“Aku janji aku akan bahagiakan hidup kau Nuri andai kau terima aku dalam hati kau,”
“Sebenarnya kau dah lama dalam hati aku cuma perlu tukar status sahaja di pejabat tok kadi... hehe...” aku ketawa bila tengok wajah dia berkerut menahan debaran.
“Yahuuuu!!! Lepas study kita kahwin? Okey?” begitu gembira dia mendengarnya.
Aku nampakdia melompat macam monyet dah... gembira benar. Aku juga tidak mahu musnahkan harapannya. Kalau aku jadi isterinya nanti aku berjanji yang aku akan berubah. Berubah demi cinta ini...
Cepat benar hati aku menaruh harapan pada Hanief. Beginikah cinta? Sungguh tidak aku sangka-sangka ia hadir tanpa dipaksa rupanya.
***
Pantas masa berlalu. Tiga tahun itu satu tempoh yang agak lama. Tapi bila sampai ke tahap ini aku sendiri tidak sedar.
“Cantiknya isteri abang...” Aku dipuji.
Aku malu-malu.
“Berbaju kurung dan bertudung sungguh terselah ayumu sayang...”
“Alah abang ni,” aku manja-manja. Bukan senang nak berubah jadi feminin begini. Aku nekad mahu menjadi wanita yang disayangi oleh suami tercinta.
“Mama...” tiba-tiba Damia anak perempuanku berusia dua tahun itu memanggil aku. Berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Sungguh comot mulut setelah makan biskut. Kemudian aku mengelap bibirnya dengan kain tuala kecil.
Tidak lama selepas itu Damia meronta-ronta untuk dilepaskan. Matanya terlihat sesuatu maka dia segera bergerak deras menuju ke arah satu objek. Lantas ditendangnya. “Gol!!!” pekik Hanief pula. Aku hanya tersenyum sahaja.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.