Kehadiran cahaya nan indah ini dalam hidupku cukup membahagiakan saya. Dia adalah anak saudaraku yang dilahirkan pada 28 Disember 2010 pukul 3.30 minit pagi di Hospital Dungun Terengganu. Saya bila lagi agaknya mahu ada anak sendiri? hehe.. adik sudah berumahtangga kini sudah bergelar ayah. Diriku pula bergelar pak cik pada bayi bernama Nur Aina Batrisya bermaksud cahaya mata cerdik pintar. Semoga keindahan nama ini mencerminkan diri si bayi ini kelak. Amin...
Pantas sungguh masa beredar pantas meninggalkan kita insan yang tidak pernah memahami erti akan masa. Wah! hakikatnya masa itu emas. Inilah saya yang sedang menanti jodoh agaknya. Belum bersedia barangkali. Hati mahu tapi malu... malu ingin mencari kerana cukup menyedari siapa diri ini (merendah dirilah pulak).
Semakin hari semakin meningkat usia kita. Sedar tidak sedar ketika dilahirkan hingga sudah besar panjang beginilah rupa kita. Setiap kelahiran itu membuatkan saya bermuhasabah diri buat seketika. Merenung jauh seperti memandang pulau di seberang lautan mengukur kemampuan adakah saya dapat berenang hingga ke sana? mampukah saya? persoalan yang sukar untuk saya sendiri menjawabnya.
Saya yakin anda juga mempunyai saat bahagia yang menjadi kenang-kenangan. Seringkali tersenyum sendiri apabila segalanya berlegar di minda. Sungguh berharga bukan? Kebahagiaan di dalam kehidupan sudah semestinya menjadi keinginan. Saya doakan hidup anda juga sentiasa diselimuti dengan cahaya bahagia itu. Bahgagia yang cukup indah dan sempurna. Terang... bersinar menerangi kegelapan. Meskipun ianya tidak hadir pada hari ini, mungkin esok atau lusa ALLAH akan menganugerahkannya. Jika tidak di dunia sudah pasti di akhirat. Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)