Ramai penulis-penulis p2u yang hadir pada tarikh tersebut. Dengar khabar gamat suasana. Memang benar pun kerana keadaan di sana di dengari terus melalui saluran radio online Karya.FM siap karoake lagi. Hehe...
Dengan usahasama yang bersungguh-sungguh dijalankan oleh SyaCha Abdullah dan Syamnuriezmil (penulis p2u) akhirnya berjaya menjalankan aktiviti yang amat bernilai ini. Syukur Alhamdulillah kerana majlis tersebut berakhir dengan jayanya.
Apa boleh buat saya tidak dapat menemui mereka kerana keadaan tidak mengizinkan. Insya-ALLAH seandainya diizinkan Tuhan kita mungkin akan bersua. Berkenal-kenalan antara satu sama lain sebagai rakan penulis. Di sini saya paparkan foto kenangan mereka di sana. Copy paste je dari FB Ilya Abdullah penulis novel Coke And Sundae terbitan Kaki Novel.
Yang penting...
posing mengancam dari pengasas penulisan2u serta peminat dan penulis-penulis p2u.
Kenangan terindah tercipta antara kalian.... Semoga berbahagia dan senyum selalu.
p/s : mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Cukup bagus aktiviti ini untuk kita saling kenal mengenali. Kak Ad pun pergi ya? Noraz Ikha, Nozi Danisya penulis novel Akulah Cinderella yang akan diterbitkan pada Januari 2010 ni. Dan siapa lagilah gerangan empunya diri yang tidak dapat saya cam. Hehe maklumlah mata ni rabun.. hehe...