Entri Terkini :

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 12)

Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 12)


Dia sendiri tidak tahu sekarang dia berada di mana. Kelopak matanya sukar untuk dibuka. Ia terlalu berat dan dia juga merasakan sesuatu yang sangat menyakitkan pada badannya. Semuanya berasa kebas. Lemah sungguh tubuh itu sehinggakan hendak menggerakkan jari pun terasa payah.
Kelopak matanya digerak-gerakkan kerana masih mencuba untuk membukanya. Dengan perlahan-lahan dia terpaksa juga demi mengetahui lokasinya dan apa yang pasti, kesakitan masih jelas membaham tubuh yang lemah.
Ada sesuatu pada mulutnya. Alat bantuan penafasan masih terpasang. Ditarik perlahan-lahan nafasnya dan dada memang sesak. Dihembus perlahan-lahan dan barulah dirasakan nyaman.
“You dah sedar rupanya.” Terlihat kelibat Maya berada di sisi katil Hazwan yang bernasib malang. Dotoleh lagi ke sebelah kanan, Badrul turut menemani dan di sisi Badrul ada mama. Mama menggeleng.
“Kenapa boleh jadi macam ni, Awan?” Datin Marlia ingin tahu sebaik sahaja Hazwan buka mata. Sepatutnya perlu biarkan anaknya itu berehat. Namun, tak pernah bersabar malah ingin cepat tahu.
Hazwan masih bingung dan dia masih terpinga-pinga sendiri menggerakkan bola matanya ke kanan dan ke kiri meninjau situasi. Hazwan nampak seorang doktor menghampiri.
“Maaf Datin, saya perlu buat pemeriksaan.” Doktor meminta pelawat beri kerjasama.
Mereka terpaksa keluar seketika untuk memberi laluan pada doktor menjalankan tugas. Maya menarik tangan Badrul. Badrul tidak membantah tetapi terpaksa menurut.
“You mesti tahu apa sebenarnya yang berlaku?” Maya meramalkan bahawa Badrul mengetahui segala punca.
“Kau pun tahu tu kemalangan jalan raya. Apa kau ingat dia lemas di kolam renang?” Badrul angkat kening sebelah supaya Maya faham. Tapi bukan itu yang dimaksudkan Maya.
Maya merenung geram kerana Badrul memberikan jawapan yang agak kurang ajar. Memanglah Hazwan terlantar di hospital ini disebabkan kemalangan jalan raya, tapi apa puncanya kemalangan itu boleh berlaku?
“I serius ni.” Maya menjeling.
“Mana aku tahu, Maya. Nanti kau tanya la dia atau kau tanya sahaja polis.” Jawab Badrul.
Kata-kata Badrul sangat menyakitkan hati. Jawapan yang diberikan seperti menyembunyikan sesuatu. I rasa dia nak mengelak, bisik hati Maya yang tidak percaya.
“You kan tinggal serumah dengan dia. You lebih tahu.” Maya  tetap mendesak Badrul.
Sedang mereka berbual berdua. Datin Marlia dengan bersedih hati dan terlakar garis-garis risau pada dahi datang mendekati mereka.
Mereka menoleh serentak memandang wajah seorang ibu bersusah hati setelah mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tadi.
“Bard… cerita kat aunty.” Datin Marlia mencelah.
“Aunty… Bard memang tak tahu apa-apa.” Badrul menafikannya. Dia tidak mahu panjang cerita. Lagipun dia dengan Hazwan itu sebenarnya rapat cuma insiden lalu membuatkan mereka agak renggang sedikit tetapi itu tidak bermakna mereka bermusuh.
“Tapi Bard dah janji dengan aunty akan beritahu segala tindak-tanduk Awan kat aunty. Apa Bard dah lupa janji Bard pada aunty?”  Datin Marlia memujuk Badrul. Badrul adalah anak saudara yang paling rapat dengan Hazwan. Segala hal memang Badrul patut bertangungjawab. Datin Marlia memang memberikan kepercayaan sepenuhnya pada Badrul untuk memerhatikan Hazwan yang nampak dingin dengannya sekarang.
I dapat rasakan bahawa Bard memang menyembunyikan sesuatu. Tak mungkin Awan kemalangan jalan rasa begitu sahaja atau mungkin Bard sengaja rancang untuk bunuh Awan. Eh? Apa yang I merepek ni? Apa motif Bard hendak buat begitu? Hurm… atau mungkin memang jelas ia adalah kemalangan yag tidak terduga. Tetapi Awan hendak pergi mana malam tadi? Detik hati Maya dan dia baru perasaan  ada sesuatu pada tangan Badrul.
“Sekejap aunty.” Maya menghalang Datin Marlia dari mendesak Badrul. “Apa di tangan kau tu?” Sambung Maya mahu tahu.
“Errr… aku tak tahu. Benda ni memang ada di tangan awan tadi.” Badrul hulurkan kepada Maya.
Maya segera membukanya.
“Perfume?!” Terkejut Maya melihat dalam kotak itu ada sebotol minyak wangi berjenama Issey Miyake. Mustahil Hazwan memaki minyak wangi ini. Ini mungkin untuk diberikan kepada seseorang.
“Dan dalam kereta Awan ada teddy bear besar.”
What?” Maya terkejut begitu juga dengan Datin Marlia yang tidak menyangka bahawa Hazwan mahu menemui seseorang.
Di antara mereka memang Badrul mengetahuinya. Badrul tiada pilihan sama ada memberitahu cerita sebenar atau berdalih. Badrul sendiri tidak faham dengan sikapo Hazwan sekarang.
Maybe dia nak jumpa kau kut Maya nak surprise.”
Really?” Soal Maya lantas Badrul mengangguk. Ekspresi wajah Maya yang tadi tegang mula kendur. Maya terus memandang Datin Marlia pula. “Aunty… rupa-rupanya Awan mahu jumpa dengan Maya, tapi kenapa boleh jadi macam ni?” Maya terus memeluk lengan Datin Marlia dan meletakkan kepalanya pada bahu bakal ibu mertua.

***

Harus kepada siapa dia patut percaya? Menunggu sehingga dia sambuh baru boleh menemui Hazrina? Dia perlukan bantuan dan dia berharap Badrul akan berkerjasama dengannya. Sudah dua hari dia terlantar sakit dan Hazrina tidak pernah datang menjenguk. Adakah Hazrina tahu bahawa dia sekarang berada di hospital? Kalau sudah tahu kenapa tidak datang? Bingung Hazwan memikirkannya.
“Kau dah beritahu Rin yang aku kemalangan?” Tanya Hazwan.
Badrul sudah malas ambil kisah pasal Hazrina itu tetapi dalam keadaan begini pun Hazwan masih teringatkan Hazrina. Kerana kasihankan Hazwan, Badrul memang ada hantar khidmat pesana ringkas kepada Hazrina tetapi tidak ada maklum balas. Kalau Hazwan sendiri hubungi pun memang Hazrina tidak menjawab panggilan tersebut.
“Dah Awan. Aku dah call dan SMS tapi tak ada respon.”
“Hurm…” Hazwan mengeluh hampa dan dia cuba bersandar. Badrul segera mendapatkan Hazwan dan membantu. Selepas dapat bersandar pada kepala katil itu Badrulah rasa lega sedikit. Kalau tidak nafas macam sempuk sahaja.
“Cedera macam ni pun kau masih teringatkan perempuan tu. Kenapa Awan?”
“Kau takkan faham, Bard.”
“Berterus terang sahaja dengan aku.” Badrul meminta Hazwan bercakap benar dan tidak perlu berpura-pura lagi untuk menyembunyikannya.
Hazwan harus jujur dan tidak perlu berselindung lagi. Dia juga sebenarnya tidak mahu berpura-pura kerana perasaan yang wujud ini bukan sengaja diciptakan tetapi ia tercipta dengan sendirinya.
Untuk jatuh hati bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat. Ia adalah satu anugerah yang dialirkan ke dalam nadi jiwa. Sudah tentu perasaan itu sangat bermakna padanya. Jika ia terhalang, hati pasti memberontak.
“Aku memang mencintainya.” Jawab Hazwan jujur dan tidak lagi berselindung dan ini adalah pengakuan ikhlasnya. “Aku tak boleh hidup tanpa dia. Bagi aku dialah segala-galanya.” Tutur Hazwan lagi.
Bagi Badrul pula, itu kenyataan yang pahit untuk ditelan. Anak jutawan telah jatuh cinta pada gadis kolej. Pengakuan dibutirkan pada cuping telinga. Gadis yang tiada nilai pada mata Badrul kini dikejar oleh Hazwan. Dia beranggapan begitu kerana gadis kolej itu pernah menolak kemahuannya untuk bersama.
“Aku bukan apa, Awan. Maya dah salah anggap terhadap kau. Malam tu dia fikir kau memang nak pergi jumpa dia dan berikan dia hadiah tu.” Badrul memeberitahu hal yang berlaku. Maya fikri Hazwan nak menemuinya. Begitulah yang Maya perasan.
“Eh? Kat mana hadiah tu semua?” Hazwan tiba-tiba teringatkan hadiah itu.
“Dia dah ambil walaupun teddy bear tu dah berlumuran kau punya darah.” Jawab Badrul.
“Kenapa kau tak halang?”
Hazwan menyalahkan Badrul yang seolah-olah tidak bertindak.
“Sebab aku tak tahu hadiah itu untuk siapa sebenarnya?” Badrul bangun dari duduk. Perut masih kenyang selepas bersarapan nasi lemak tadi dan sekarang rasa macam mengantuk sahaja.
“Aku tak kisah pasal hadiah tu. Tapi masalahnya itu bukan untuk dia.” Hazwan bangun dan cuba turun dari katil. Dia rasa seolah-olah sihat dan boleh berjalan. Dia bukannya cedera parah Cuma mengalami kekejangan otot dan juga masalah ligament yang dialaminya sebelum ini. Lepas satu, satu musibah yang melanda.
“Kau nak ke mana pulak tu? Kau belum boleh keluar lagi.” Badrul mengejar.
“Aku nak jumpa Maya dan ambil semua barang tu.”
“Kau boleh beli yang lain.”
Cadang Badrul menghalang Hazwan bertindak terburu-buru.
“Bukan soal kena beli lagi atau tak.” Hazwan membantah dan dia tetap dengan keputusannya. Tiada orang lain yang boleh halang.
 “Habis tu untuk apa?” Badrul ingin tahu. Bahu Hazwan dipegang.
Hazwan tidak menjawab pertanyaan itu tetapi sebaliknya segera melangkah mahu bertemu Maya. Perkara ini mesti diselesaikan juga dan tidak boleh bertangguh. Dia tidak mampu berbohong lagi.
Dia menolak tangan Badrul yang memegang bahunya. Dia tidak mahu setiap langkahnya dihalang. Biarlah apa pun yang berlaku, dia mahu jumpa Maya dan ambil kesemuanya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.