Fikirnya, mungkin bersama dengan lelaki itu dia akan lebih selamat namun ternyata ia tidak seindah suria. Hidupnya berada di dalam kegelapan apabila Haris menjadi buruan polis malah beberapa kumpulan penjahat yang lain yang mahukan Haris mati. Ada juga yang mahu Haris sertai kumpulan baru. Shafika sedaya upaya mempertahankan suaminya. Ternyata Haris tidak perlukan Shafika sebagai perisai tetapi sebaliknya sebagai peluru untuk membunuh musuh.
Shafika gadis ayu berubah watak gara-gara mengikut rentak Haris. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia perlu hidup sebagai pelarian. Hari demi hari cintanya pada Haris semakin kuat namun ada perkara yang menghalang. Ada jiwa yang memberontak, bahkan tersembunyi satu rahsia di sebalik setiap kejadian yang begitu kejam yang masih dalam kesamaran!
Adakah bahagia milik mereka? Adakah cinta yang terkubur sepi akan bangkit semula mencari harapan baharu? Ikuti kisah ini...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)