Entri Terkini :

Penerbitan Jadi Bahan Umpatan

Tidaklah aku terkejut mana ketika membaca status di fb. Tapi aku pun rasa pelik membaca lontaran pendapat yang mereka luahkan. Ia bukan lagi seperti sebuah pendapat yang bernas tentang bagaimana penerbitan sebuah novel yang dikatakan mempunyai banyak carutan di dalamnya serta slanga yang pelbagai itu perlu diperbaiki tetapi sebaliknya ia berbaur sinis.

Mungkin anak muda remaja kini sengaja disajikan dengan bahan bacaan seperti itu atau ia sekadar memenuhi permintaan pembaca. Bagi aku, ia tidak perlu diumpat kerana dikira anda sama juga. Ia termaktub dalam carta kehidupan. Kalau dah kita sendiri buat, kenapa perlu komen lebih-lebih? haaa.... itu yang tak kena tu. Cakap aje direct... boikot habis-habisan kalau tak suka dengan penerbitan yang dikatakan itu.

Mula-mula kita dapat agaklah juga tentang siapa, bagaimana dan di mana, tapi kalau dah terang-terang letak nama induvidu tersebut, ia jelas untuk menjatuhkan seseorang. Persetankan hasutan yang nak jatuhkan orang. Hakikatnya, itu meludah ke langit yang akan jatuh pada muka sendiri. Bukan ke ia pilihan? Dunia ni ada pilihan. Anda dengan cara anda, mereka dengan cara mereka. Itulah namanya perjuangan. Kalau asyik tuding-tuding jari dan tak nak usaha lakukan perubahan tidak usah cakap banyak kerana ia tidak akan ke mana-mana.

Kita boleh jadi payung dan kita juga boleh jadi hujan. Kita boleh jadi burung dan kita boleh jadi senapang. Siapa kata pergerakan manusia terbatas dalam dunia bacaan? Siapa kata otak tak mampu fikir mana yang baik dan mana yang buruk? Jangan kata tak boleh, kalau ada sekatan yang baik maka halang dengan cara yang baik, tak perlu suarakan pada angin yang hanya lalu di tepi telinga. Nah! anda juga sama dengan mereka sekarang kerana anda tidak dapat lihat dunia hari ni. Anda sendiri yang sebenarnya telah pejamkan mata. Anak-anak anda, siapa mereka pada anda? Di depan anda dia bagaimana? Di belakang anda dia bagaimana?

Adakah anda akan pantau anak-anak anda selama 24 jam dalam setiap hari? Atau anda akan pasang CCTV di dalam bilik anak-anak anda? Jadi banyak perkara lain lagi yang lebih mempengaruhi anak-anak anda misalnya anda sendiri. Anda adalah idol bagi mereka. Jangan salahkan perkara yang ada di sekeliling anda sedangkan diri sendiri di rumah tidak seperti apa yang mereka mahu. Zaman sentiasa beredar, jadi pendekatan yang boleh diambil adalah renung diri kita sendiri sebelum menuding jari pada orang lain. Adakah kita sudah cukup bagus? Cukup baik? Cukup segala-galanya seperti apa yang ditulis di dalam buku  sendiri? Jadi, jika kita tidak kenal apa itu kesempurnaan maka jangan harap kita semua akan sempurna kerana tiada apa yang sempurna di mata manusia. Sekian ^^^PEacE No WaR^^^

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.