Ini yang buat aku nak tergelak bila terbaca dekat wall facebook seseorang. Huh! ada kalanya bila kita fikirkan secara logik dan rasional, memang ia sangat tak masuk akal. Tapi kenapa ada sahaja pemikiran yang mengatakan rancangan kartun ini merupakan agenda yahudi dan sesatkan anak-anak kecil? Aku pun rasa pelik dengan cara mereka yang memberikan kenyataan seperti itu. Mungkin ada agenda tersembunyi agaknya. Siapa tahu?
Kenyataan di atas tersebar di internet terutamanya sekali dalam facebook. Kah kah kah kah~ pelik siot! Tak ada kerja lain ke? ha ha ha ha... tapi aku tak tahulah siapa yang tulis tu. Bagi aku rancangan Upin & Ipin sangat berkesan dalam memberi nasihat untuk budak-budak kecil. Pada aku, rancangan Upin & Ipin tu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ia sangat menakjubkan. Satu fenomena yang baik. Tapi entah kenapa ada pihak yang dengki agaknya dengan pencapaian tu maka timbul pelbagai cerita yang sengaja diolah untuk mengharu birukan siri kartun ini. Ada aku kesah? Aku suka kartun ni kerana terdapat pengajaran dalam setiap siri di samping itu menggamit memori silam kita. Ecewahhh.....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)