Entri Terkini :

My First Baby, buat aku gemuruh hati

Salam... lama aku tak update blog sebabnya aku bercuti ke Kuala Lumpur katanya. Aku ke situ semata-mata untuk menyelesaikan segala urusan aku. Bdw rasa seronok pulak sebab hati berbunga-bunga tak tahulah kenapa. Apa-apa pun semalam aku rasa penat gila pusing-pusing dalam Low Yat tu semata-mata nak cari satu kedai tu. Kedai yang aku belikan laptop untuk some one ni. Just tolong dia je la, memang letih sebab dia tu kuat sangat berjalan sampai aku pun ikut berjalan. Tak ada ke kasut ajaib yang leh tampung badan aku dan bawa aku bergerak tanpa mengeluarkan tenaga? Kalau ada tolong kenalkan padaku. Huh!

Alasan yang lebih kukuh, aku ke KL untuk lepak. Boleh? Dan dan je kan? Iyalah alang-alang lepak tu pergilah jumpa kawan-kawan lama dekat sana. Tak salah jumpa mereka dan bertanya khabar. Actually aku menulis pun secara rahsia dan aku tak reti nak war-war dekat mereka. Bila ditanya apa perkembangan aku sekarang ni, aku just beritahu, biasa je, berniaga. Yalah perniagaan aku kecil aje, erm baru mula. Smile.....

Selepas terhasilnya novel pertama aku, sungguh aku gembira, berjudul Buka Mata Hati bawah penerbitan Jemari Seni membuatkan aku begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan penulisan aku yang tertangguh. Serius aku tak sempat semuanya kerana perniagaan. Sibuk... so nak tak nak aku menulis bila tiada kekangan waktu.

Terima kasih sangat-sangat kepada kawan-kawan yang sudi jumpa dengan aku, walaupun selama ini korang tak pernah tengok rupa aku tapi bila aku call aje korang sudi hulurkan bantuan. Ecewah... macam ni aku suka,  mula-mula berkawan tanpa wajah. Yang pasti aku bukan spesis hantu jelmaan. Ha ha ha...

Semoga perjuangan aku dalam penulisan menemui ruang dan identiti aku sendiri. Kepada rakan-rakan blog dan reader blog aku, aku ucapkan terima kasih sudi jengah ke sini. Support aku everytime, wah, gitu!

So, aku dah penat, sekarang ada dekat Chaah, Segamat, Johor pulak bertolak dari Bandar Baru Bangi Selangor pergi ambil buku dengan Jemari Seni.. So Now, lepak dekat sini (Chaah). Untuk hiburkan hatiku yang gemuruh. Gemuruh kerana aku belum mendapat respon pembaca novel sulung aku tu. Takut sangat kerana anak sulung aku itu barangkali banyak kekurangan. Hopefully ada yang sudi berikan teguran membina agar aku tidak mengulangi kesilapan yang serupa...

My First Baby, comel tak? hihihi.... dapatkan di pasaran nanti ya. Atau korang boleh order online dengan pihak Jemari Seni.

http://jemariseni.com/js-novel/334-novel-umum-jun-2012-buka-mata-hati--miqael-arshad.html

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.