Entri Terkini :

Mesin Jahit Hati - 1

PERNAH juga terfikir hidup tanpa cinta, hidup macam ni merupakan hidup yang tidak berwawasan. Tetapi bagaimana untuk mencari cinta yang baik, murni dan cinta yang tulus suci? Mak Pah pernah cakap yang cinta itu sebenarnya kosong, tak ada apa-apa pun isi dekat dalam tu. Mak Pah ni seorang janda anak tiga, anaknya yang sulung sebaya aku berusia 17 tahun. Tapi kan aku tak hairan pun dekat anak dia tu yang suka ganggu aku. Itu lain punya cerita kerana memadangkan aku sekarang ni lebih suka belajar memahami erti cinta. Pelik sungguh bercerita tentang cinta seawal usia aku ni. Berkenaan tentang cinta, mungkin aku akan mendapat keputusannya. Mungkin bukan sekarang.
Seronoknya tentang cinta ni, aku mula mengkaji mengenai sejarah cinta itu sendiri. Bagaimana ia bermula. Iya, dari mana ia lahir? Persoalan pertama daripada aku. Otak aku berfungsi dengan baik menelaah tentang erti cinta. Pendek kata cinta yang Mak Pah pernah beritahu pada aku dahulu tu mungkin benar. Ketika itu aku bertandang ke rumahnya. Pergi ke rumah Mak Pah bukan kerana aku nak ambil peduli soal Bujet tu. Menyampah dekat dia. Aku pergi rumah Mak Pah sebab mak aku yang suruh hantar kuih. Nak tak nak aku pergi juga walaupun terpaksa.
Bujet tak senang tengok aku datang ke rumah dia sambil bawa kuih. Katanya kalau bawa emas boleh jadi kaya. Dia ingat aku ni pelombong biji emas ke? Isu sekarang ni aku nak hantar kuih dan nak tanya tentang kisah cinta Mak Pah. Bagaimana Mak Pah boleh jatuh cinta dengan arwah Pak Zam dulu dan boleh dapat anak perangai macam Bujet tuh? Grrrr.... kononnya aku nak buat penyelidikan sendiri. Alahai, analisis ni penting supaya aku bersiap sedia untuk suatu hari nanti.
Mak Pah wanita berusia hampi empat pukuh tahun tu adalah makcik aku. Dia adik kepada ibu aku, Fatimah. Nama Mak Pah ni Zarifah, jadi dipendekkan jadi Mak Pah. Memang dari kecil dah terbiasa panggil dengan panggilan macam tu.
Hari ini aku ada kerja nak kena buat. Mak Pah nak ajar aku menjahit. Ini satu keseronokan yang tak terhingga. Menjahit adalah satu seni tangan yang begitu lembut. Maksud aku, menjahit ni adalah satu kerjaya yang menguntungkan. Wah, aku fikir soal duit rupanya. Tapi aku tak mengharapkan keuntung mahupun apa sahaja bentuk yang dapat kayakan aku. Apa yang penting aku nak belajar sesuatu yang lain. Takkan hari-hari aku nak kena cuci pinggan mangkuk dekat warung ibu aku tu kan? Tak baik aku cakap macam tu tapi nak buat macam mana, semua ni Bujet punya pasal. Hari-hari kena ganggu maka aku pun terbiasa. Cuma hari ini ibu aku benarkan aku cari ilmu menjahit pakaian dengan Mak Pah. Aku nak juga belajar menjahit. Tambah pula Mak Pah beli mesin baru, katanya lebih berkualiti.
Pada waktu pagi begini, suasana kampung tak dapat lari daripada kicauan burung yang bernyanyi. Itulah muzik alam yang dipersembahkan oleh makhluk yang lain. Udara yang segar membuatkan sistem penafasan aku begitu baik. Rumah Mak Pah tak berapa jauh dari rumah aku, lebih kurang 1 kilometer sahaja. Tak jauh kan? Bukan berjalan kaki tetapi kayuh basikal. Aku mana ada motosikal nak ditunggang. Aku hanya ada sebuah basikal itu pun dihadiahkan oleh ayah aku. Basikal warna biru tua sudah setahun digunakan oleh aku untuk ke sekolah. Sekarang aku dah tamat SPM dan hanya tunggu keputusan akan diumumkan pada tahun hadapan.
Sebelum keluar tadi aku pastikan keadaan diri aku sedia kemas. Wangian dipakai supaya aku kelihatan segar dan pakaian pula, aku pilih kameja-t lengan panjang warna merah jambu dan seluar jeans labuh tak ketat. Tudung bawal yang dipakai aku juga berwarna merah jambu muda. Sudah semestinya aku sukakan warna berkenaan.
“Minah pinky akan mulakan sesi pembelajaran menjahit.” Argh! Bujet wujud di hadapan mata. Entah dari mana dia datang tiba-tiba menghalang laluan. Aku syak dia ni nak ke rumah kawan dia tu, Mamut! Si Mamut dengan Bujet ni lebih kurang sahaja perangai mereka ni, suka lontar batu sembunyi tangan. Aku mengumam geram memandang wajah Bujet yang bertahi lalat dekat pipi. Tahi lalat tu besar gila, pandai sungguh lalat pilih tempat.
“Bujet! tepi la, aku nak ke rumah Mak Pah ni.” Aku merenung tajam ke arah wajah Bujet yang senyum sumbing. Kenapalah aku boleh ada sepupu perangai macam tu. Dari dahulu sampai sekarang begitulah perangai Bujet suka menyakat aku.
“Rileks la tayar... aku cuma nak minta tolong je ni.”
“Nama aku bukan tayar! Pagi-pagi dah kacau aku. Apa kes?”
“Ala tayar... nak pinjam duit.”
“Wei, kau ingat aku ni cop duit ke? Pergilah minta dengan Mak Pah. Apa hal minta dekat aku pulak? Tepi sikit, aku nak gerak ni.” Hati aku panas bila dia panggila ku nama macam tu. Mak aku bagi nama aku elok-elok, dia senang-senang tukar.
“Bagaimana kalau aku pancitkan tayar basikal kau sekarang dan kau akan keluarkan duit untuk tukar tiub yang baru. Itu juga satu pembaziran kan?” Bujet macam ada niat jahat. Aku dapat rasakan daripada riak wajah bak samseng.
“Kau ugut aku?”
“Ini bukan mengugut, tayar.”
“Kau nak pinjam duit dekat aku tapi kau gelar aku macam tu. Nama aku bukan tayar!” Aku tinggikan nada suara kerana terlalu geram. Bujet pegang handle pasikal aku tu. Dia tak nak aku meneruskan laluan seblum aku berikan duit padanya.
“Sini sikit.” Aku panggil Bujet supaya berdiri dekat dengan aku. Ha... ini yang best tentang Bujet, apa yang aku suruh dia mesti ikut. Dia datang juga.
“Apa dia?” Bujet tanya.
“Lebih baik kau bersihkan najis yang ada dekat pipi kau tu.”
“Hoi! Ni azimat okey!” bentak Bujet terus merah pipinya. Aku terus tersenyum melihat wajah Bujet yangd ah berubah.
“Jangan panggil aku macam tu.”
“Pinjam.”
“Janji dulu yang kau takkan gelar aku macam tu.” Aku berikan dia pilihan. Kalau dia janji tak nak panggil aku macam tu, aku akan bagi pinjam tapi...
“Okey.” Balas Bujet sambil angkat tangan seperti orang yang hendak berikrar.
“Hutang yang dulu bila nak bayar?”
“Tunggu tin minuman siap dijual.”
“Berapa berat?”
“Sekarang ni baru 2 kg.” Beritahu Bujet.
“Kau kena berusaha lebih rajin lagi. Bagus dan murni kerja kau ni. Di samping cari duit tambahan, secara tak langsung kampung ni pun akan jadi bersih dengan adanya orang macam kau... kutip banyak-bayak barang kitar semula tu ye, bila dah cukup, bayar hutang lama tu dulu kemudian baru pinjam lagi. Assalamualaikum...” Ucap aku selamba dan terus kayuhkan basikal sebaik sahaja Bujet tergamam dengan ucapan aku sebentar tadi. Aku tahu dia bangga bila dipuji.
“Aya! Aku janji aku akan bayar balik. Bagi la sini duit yang aku nak pinjam tu!” Pekik Bujet.
“Nanti aku minta dengan Mak Pah!” Aku melaungkan ayat itu sambil meneruskan kayuhan.


SETIBANYA aku di rumah Mak Mah, aku pun parkir basikal kesayangan tepi rumah tu. Rumah warna coklat tapi yang hebatnya berkenaan rumah Mak Pah ni ada dua pintu masuk utama. Fuh, berapa ramai tetamu yang dapat membolos pintu masuk itu. Rumah  orang lain biasa tak istimewa sebagaimana rumah Mak Pah aku tu. Dan, apa yang membezakan rumah dia tu, atap rumah warna merah jambu. Oleh kerana itu aku suka reka bentu rumah kampung seperti rumah Mak Pah. Kalaulah rumah aku juga atap warna merah jambu… isy!
Aku jenguk-jenguk sekitar halaman rumahnya. Aku perhatikan ada sebuah kereta mewah. Hak milik siapakah itu? Aku tertanya-tanya. Barangkali ada orang datang tempah baju agaknya. Itulah perkara yang aku fikirkan.
Adik-adik Bujet memang tak ada di rumah. Sudah tentu berada di sekolah menimba ilmu. Jadi aku fikir hanya Mak Pah sahaja yang ada di rumah itu tetapi nampaknya ada orang lain sudha bertandang terlebih dahulu. Perasaan malu mula bersarang. Aku nak naik ke tak ni? Ah… kalau aku malu tak dapatlah aku belajar menjahit pakaian. Dari bawah aku terdengar suara lelaki ketawa. Apa yang lucu sangat agaknya sampai ketawa terbahak-bahak begitu? Aku pun satu hal, tak baik sungguh curi-curi dengar perbualan mereka.
“Kamu ni Pah… sampai sekarang tak berubah.” Itulah sepotong ayat yang aku dengar.
“Mak cik ni tetap caring.” Suara lerlaki tu pula kedengaran.
Aku dekat luar bertambah segan. Ada orang lelaki di dalam rumah tu. Suara wanita berusia juga ada bersama. Aku cuba intai tapi tak nampak kerana mereka duduk agak tersembunyi.
“Apa yang kau duk skodeng tu Aya?” Tersentak aku bila aku terdengar pula suara Mak Pah mencucuk gegendang telinga aku.
Hebat! Macam mana Mak Pah boleh tahu aku ada dekat luar rumahnya? Aku yang terkejut itu mendiamkan diri. Mana satu aku nak pilih, jawab atau terus senyap? Senyap tanda malu kut. Tangan kananku tanpa disuruh terus menggaru kepala.
“Siapa tu Mak Pah?”
“Anak saudara Mak Pah…” Jawab Mak Pah kepada lelaki yang aku tak kenal. Dengan perlahan-lahan aku melangkah bersedia untuk berhadapan dengan mereka.
“Aya?” Terpacul nama aku apabila aku benar-benar tercegat di hadapan pintu.
“Ya. Assalamualaikum.” Aku menghulurkan salam seraya melangkah masuk tanpa disuruh.
Lelaki yang menyembut nama aku tadi bagaikan terkena sihir. Tercengang sambil memandang aku. Padangan yang dilemparkan terhadap aku tu membuatkan aku membatu serta merta. Hati aku bergetar kuat. Lelaki kacak tu menguntum senyuman. Siapa dia ni? Seumur hidupku tak pernah pun aku tengok dia.
“Jadi inilah Aya anak saudara kau tu Pah? Cantik orangnya.” Seorang wanita yang berterampilan elegan itu memuji aku. Cantik ke aku ni? Biar betul aku ni cantik? Atau dia sengaja nak ambil hati aku aje kut?
“Apa yang kamu tercegat dekat situ Aya… mari duduk sini.” Mak Pah mempelawa aku duduk tatkala aku tertunduk malu. Aku pun melangkah mendekati wanita itu dan bersalaman dengannya. Tanpa disangka-sangka lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku. Apa hal dia ni nak bersalam? Hati aku terus mempersoalkan tindakan lelaki yang tak aku kenali itu.
“Rasanya tak perlu kut.” Jawabku selamba.
“Oh.” Jawabnya.
Dari tindakan lelaki tu aku dapat agak dia ni orang bandar yang tak pernah tahu adab dan cara. Lagi satu dia mungkin tak tahu batas. Bukan aku nak kondem cara itu tetapi kalau boleh janganlah diajar begitu lama kelamaan menjadi tabiat. Tabiat yang mengundang dosa.
Aku terus melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Mah Pah. Aku pandang wajah lelaki tu. Muka dia merah padam. Aku yakin dia mesti marahkan aku. Marah kut sebab tak nak bersalam dengan dia. Apa kes aku kena buat macam tu. Dari riak wajahnya terpancar rasa tidak puas hati.
“Esok kami akan datang merisik awak.”
“Erk?!” Aku terkedu mendengar ucapan yang terpacul dari mulut wanita itu. Belum sempat aku menarik nafas, aku tersentak. Tak agak-agak langsung. Rasa nak ketawa aje, kenal pun tidak terus nak merisik aku. Tapi… kalau betul bagaimana? Jantung aku berdetak laju secara tiba-tiba. Rasa nak pengsan pun ada.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.