Entri Terkini :

Novelis : Baharuddin Bekri - Pertanyaan Dalam Hidup


Penulis yang tidak asing lagi dibawah penerbitan PTS, Encik Baharuddin Bekri berkongsi sesuatu pada kita semua menerusi video. Penulisan beliau amat menganggumkan dan banyak diselitkan elemen kehidupan di mana ia diolah mengikut rentak masa kini dan masa akan datang. Ternyata karya fiksyen mampu memberikan bayangan kepada kita tentang apa yang bakal berlaku dan belum berlaku dan di sini kita dapat bersedia dan berfikir berkenaan isu atau cerita yang diketengahkan dalam kebanyakkan novel beliau.

Novel yang aku baca sebelum ni adalah Di Mana Terangnya Bulan. Karya tersebut tidak membosankan apabila dibaca kerana ia menyentuh aspek kehidupan seorang pelajar di sebuah Universiti. Banyak perkara yang dapat kita fikirkan melalui cerita itu. Seorang pelajar dari semenanjung Malaysia menimba ilmu di Borneo pula. Nilai keagamaan diserapkan dan ia merupakan elemen terpenting bagi sesebuah karya itu kerana ia benar-benar memartabatkan nilai murni dalam agama kita. Kalau korang nak tahu korang kena baca sendiri kerana ia sangat menarik.


Di bawah ini aku sertakan videonya tentang Pertanyaan Dalam Hidup yang diperkatakan oleh Baharuddin Bekri. Semoga ia bermanafaat buat kita semua khususnya kepada penulis sekalian termasuk diriku sendiri.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.