Innamal 'amaalu binniyyat
“Setiap pekerjaan itu bergantung pada niat.”
(Hadis riwayat Al Bukhary dan Muslim)
Huraian :
Sesungguhnya nilai setiap pekerjaan di sisi Allah s.w.t bergantung pada niat pelakunya
Islam amat menitik beratkan dan menjadi kayu pengukur dalam setiap amal ibadat yang dikerjakan pada niatnya. Apapun amal yang dilakukan oleh anak Adam sebenarnya bergantung pada niat dan keikhlasannya. Maka sepatutnya kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik, dengan penuh redha dan lahir dari hati yang bersih, bukan berpura-pura untuk riya` dan menunjukkan kepada orang lain.
Hadis ini ada sejarah dan latar belakangnya tersendiri ketika ia disampaikan oleh Rasullulah s.a.w, apabila berlaku peristiwa hijrah dari kota Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Ketika itu para sahabat sedang berhijrah demi Allah dan Rasulnya. Tetapi berlaku satu cerita di mana salah seorang sahabat dalam perjalanan penghijrahan itu diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w. bahawa dia mempunyai niat bukan kerana Allah s.w.t. tapi semata-mata kerana kekasihnya. Beliau berhijrah ke Madinah kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya itu. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bermula daripada niatnya.”
Kita mesti ingat bahawa sesuatu amalan itu mengikut hukumya adalah dari segi halal, haram dan makruh yang ditetapkan oleh hukum syarak. Oleh itu sesuatu kerja yang dilarang dalam Islam tidak melakukannya dengan alasan niat yang baik sahaja dan tidak seharusnya kita buat suatu amalan halal dengan niat yang buruk seperti;
- Seseorang yang solat panjang untuk riya'
- Memberi sedekah untuk riya'
- Berceramah untuk riya'
- Menulis buku untuk riya'
- Dan apa jua amalan yang dibuat tanpa ikhlas maka ia tidak mendapat keredhaan Allah s.w.t. bahkan bakal membawa kemurkaan dan seksaan Allah s.w.t.
Semoga Allah s.w.t. memberi taufiq melakukan setiap amalan dengan niat yang tulus dan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Amin...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)