Entri Terkini :

Adik... bukan kerana nama

Salam. Setelah aku berblogwalking ecewah, aku memang jenis silent reader kerana orang ke blog aku pun rata-rata yang silent reader. Aku travel dari one blog ke one blog melihat entri-entri yang menarik untuk dibaca. Perkara pertama yang aku buat untuk blogwalking ni aku just tengok link yang di 'ping' kan dekat group di facebook. Nama group tu Blogger Malaya. Jadi aku terlihatlah satu link blog yang ditulis oleh seorang blogger bernama Hafizaiman95. Serius aku pun tak kenal dia sebagaimana entri yang ditulis olehnya tu. Aku nak menjawab tajuk entrinya 


Aku agak kurang setujulah dengan kenyataannya itu mengatakan bahawa seseorang blogger yang tak dikenali mempunyai followers yang ramai. Secara logiknya kalau blogger tu membuat entri yang kurang menarik, ada ke orang nak follow? maybe kena paksa kut untuk follow? Dalam dunia blogger ni dik ada banyak cabang. Salah satunya trademark seseorang blogger tu sendiri. Bila dah ada trademark tersendiri maka ia merupakan kelainan yang ditonjolkan. Konsepnya senang je, penceritaan. Apa yang hendak disampaikan. Menulis sesuatu yang bersangkutan dan ia ditulis dengan penuh komited. Tulis dan sampaikan apa yang hendak diberitahu. Janganlah tulis entri yang merapu dan meraban, siapa yang suka baca? ade ke? hehehe

Dan untuk dikenali pula, rasanya seseorang blogger yang dikenali bukan kerana nama blognya mudah untuk dingati, atau juga bukan kerana BG layout, template dan sebagainya tetapi kerana tulisannya itu sendiri yang memberi kesan terhadap reader maka reader akan ingat. "O... best blog ni penuh dan sarat dengan informasi." Biar sampai ke tahap tu reader mengangumi penulisan anda. Tak kisahlah dia ramai follower beribu-ribu ke, sikit ke, semua itu di atas usaha dia menyampaikan sesuatu. Seorang blogger yang baik dan komited ia tidak mementingkan populariti semata-mata tetapi ia berngantung pada niatnya berblogging. Dia berblogging untuk apa? Adakah untuk menyampaikan matlumat ataupun sekadar untuk mencari gelemer? Jika ia dikenali maka ia satu bonus untuk blognya semakin maju.

Tidak dapat dinafikan bahawa identiti tersendiri yang dimiliki oleh para blogging merupakan satu platform untuk dia meraih bacaan yang tinggi dan juga cara dan alternatif yang diguna pakai seperti mengadakan contest dan sebagainya bagi menarik perhatian reader mahupun blogger2 yang lain. Di samping itu juga, reader yang berminat pada seseorang blogger itu (maksud aku penulisan dia) tetapi ada pelbagai aspek cara meminati ni. Ada yang minat tuan punya blog, ada yang minat cara penulisan, bergantung pada induvidu itu. Tak hairanlah sama ada komunikasi di antara reader dan bloggers itu semakin akrab kerana terdapat sikap ramah yang ditunjukkan oleh blogger terkenal. Yang tak terkenal ni pula kita anggap sebagai low profile. Tak semestinya  blogger yang low profile tu blognya tak dikenali. Mereka ada peminat mereka sendiri. Jadi kesabaran dalam berblogging merupakan kayu pengukur kepada penyampaian dan penulisan kita.

Aku Popular!!! pasti aku akan dikenali... yes!!!


Ops! sebelum terlupa aku nak pesan, menulis atau berkarya ni biar ikhlas. Ikhlas dari dalam hati tak perlu cakap dekat orang lain. Kita ada identiti kita sendiri dan yakinlah setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing dan tidak perlu menumpang populariti orang lain untuk kita lebih dikenali. Hormatilah keinginan hati sendiri sebelum belajar menghormati orang lain kerana jika kita tidak mampu menghormati diri sendiri, bagaimana untuk kita menghormati orang lain? wah gitu... panjang lebar aku komen, harap adik Hafizaiman terima dengan hati yang terbuka apa yang aku katakan ini. Dan aku tulis ni juga untuk korang semua... aku anggap dia sebagai adik sebab aku nampak 95 tu... hehehe maaflah jika tetiba sebenarnya dia seorang lelaki yang berusia jauh dari aku... hiks :P

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.