Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas kamu.
Semenjak akhir-akhir ini, saya kehilangan mood, jadi saya meminta keizinan untuk berehat walaupun telah lama blog ini tiada update terkini melainkan terjentik di hati sekarang mahu update. Semua ini kerana kerinduan terhadap kalian yang tidak jamu-jamu memberikan semangat pada saya meskipun sebelum ini semangat itu telah hilang.
Walau bagaimanapun saya cuba pulihkan kembali semangat menulis yang ditinggalkan setahun lalu. Setahun berehat pun belum cukup lagi. Apakan daya saya hanyalah seorang penulsi yang kadang-kadang sahaja datang idea. Ada kata sesetengah penulis, idea mesti dicari, kalau ditunggu mungkin susah. Benar kata-katanya itu dan saya akui bahawa idea mesti digali, jika tidak tidak akan ditemui.
Begitulah hari ini saya terdampar di maya untuk mengintai kekuatan. Kekuatan dari dalam diri untuk mengerti akan erti kehidupan yang perlu saya kongsikan bersama. Jalan Mencari Tuhan.
Saya berharap pengunjung blog saya tidak berputus harap kerana saya sedang berusaha ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Segala kritikan yang saya terima akan saya perbaiki. Sekian sahaja nota saya untuk kali ini... Salam.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
NurulHuda Alias · 581 weeks ago
sama lah kita...kekeringan idea...bila ada idea bertubi-tubi xsempat nak taip pulak :)
Dia · 581 weeks ago
Alamia · 581 weeks ago
Forsaken Arctron · 513 weeks ago
My recent post (Cute Arts) Seni Jalanan 3D Yang Comel