Salam. Seronok dapat luangkan masa lapangkan dada setelah dikatakan macam katak dalam gelas. Mana tidaknya, nama sahaja aku orang Terengganu, tempat-tempat yang menarik yang terdapat di tempat sendiri pun boleh tak tahu. Jangan marah naa... aku bukan kaki bersosial sangat. Jadi, oleh yang demikian aku seolah-olah tidak ambil tahu. hiks!
Walau bagaimanapun, setelah diberikan carutan berupa semangat, aku beranikan diri membina lembaran baru bersama rakan sedia ada dan rakan-rakan baru. Wah! rupanay negeriku cantik. Aku cuba buat seseorang itu selesa setelah bertandang ke sini. Orang Dari Penang. ODP yang begitu berani datang ke sini drive sendiri semata-mata nak kenal Terengganu. Bertuahnya aku rasa orang sudi datang kat tempat aku makan keropok lekor, ais kacang dan lepak muah muah muah di pantai Kampung Sura Hujung. Pengorbanan yang dilakukan beliau begitu berharga.
Hai ODP. Terima kasih kerana sudi datang dan bawa aku melawat di tempat sendiri. he he he, serius aku sendiri tak tahu jalan di tempat sendiri. Best gak dapat gi jalan-jalan di Muzium Losong yang terletak di Terengganu tu. Lepas tu pergi Masjid Kristal. Trip yang tak bagus kerana aku bukanlah pemandu pelancong yang bertauliah. huhu...
Di Teluk Bidara - Dungun
Masjid Kristal
Sekian sahajalah paparan untuk kali ini. Bila dah rajin berjalan-jalan nanti, bolehlah aku post lagi. Ini pun orang yang tolong bawa aku ke sana dan ke mari. nak harapkan diri sendiri sampai tua la duduk terperap sahaja macam kain buruk. Peace !~
p/s : Buat ODP, jangan lupa kembali lagi ke Terengganu, ya. TQ
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
p/s : Buat ODP, jangan lupa kembali lagi ke Terengganu, ya. TQ