Entri Terkini :

Sindrom Lelaki Andropaus (Menopause bagi lelaki)

Masalah andropaus ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia agak berbeza daripada masalah menopaus yang dihadapi wanita.


Bagi lelaki, hormone testosterone masih wujud dalam badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur 40-an. 

Masalah TDS ini berkaitan pelbagai masalah lain seperti obesiti, kencing manis dan peningkatan paras kolesterol dalam badan. Ia boleh menimbulkan masalah seperti osteoporosis, mati pucuk, sakit jantung dan kemurungan.

Ada pelbagai simptom masalah TDS. Ini termasuk keletihan berpanjangan, rasa tidak sihat dan tidak bermaya, sakit otot dan sendi, kerap berpeluh dan mengalami hot flushes. Seseorang itu juga mengalami masalah tidur seperti tidak lena, bangun awal, terasa letih walaupun mendapat tidur secukupnya. 


Seseorang juga boleh mengalami perasaan cepat marah, sensitif, rasa kemurungan, tidak lagi berminat dengan sebarang aktiviti. Dari aspek seksual pula, seseorang itu akan mengalami masalah mati pucuk, tidak ada nafsu (libido) untuk melakukan hubungan seksual dan kurang/tidak ada ereksi zakar pada waktu pagi. Ada juga pesakit mengalami masalah janggut atau misai kurang lebat serta tidak lagi perlu bercukur sekerap dulu. 

Jika anda mengalami simptom ini, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar. Ini adalah kerana beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan masalah yang dihadapi. Ini termasuk ujian simptom dengan mengunakan borang soal jawab seperti AMS Questionnaire dan ujian paras hormone testosterone. 


Sekiranya paras hormone testosterone rendah, anda dinasihatkan mengambil hormon testosterone gantian (testosterone replacement therapy). Ada pelbagai bentuk di pasaran seperti gel, patch tablet dan suntikan.

Sumber :

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.