Entri Terkini :

Siapa Kawan Kita?

... Bercerita tentang kawan, hari-hari hidup kita akan berhadapan dengan mereka dan kita merupakan sebahagian daripada hidup mereka jadi ia adalah satu jalinan yang tidak terlihat. Ya, sudah tentu rasa bosan tanpa kawan yang memahami. Nak dapat kawan macam ni sangat susah :-)

Tapi siapa kawan kita? Kawan kita adalah merujuk kepada siapa kita. Kalau baik diri kita maka baiklah juga kawan-kawan kita. Kalau teruknya kita maka kita akan berkawan dengan mereka yang teruk dan buruk perangai. Sekiranya akhlak kita dijaga dengan baik, Insya-Allah kita akan dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik akhlaknya.


Pendek kata berkawanlah dengan mereka yang berilmu atau kita terus berusaha menimba ilmu supaya kita mampu mempelajari sesuatu tentang ilmu. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana orang yang tidak berilmu akan merasakan dirinya terlalu bijak, sombong dan bongkak manakala orang yang berilmu akan sentiasa berasa kekurangan dan dari situ dia akan terus mencari ilmu, gali dan gali sedalam yang boleh. Kenapa pula saya berkata orang yang tidak berilmu sedemikian? Ini kerana kita berada di dunia akhir zaman. Mereka yang tidak tahu apa-apa akan berlagak bagaikan seorang cendikiawan mahupun ilmuan agama, alim dan sebagainya.

Apakah kita mahu menafikannya? Bagaimana? Sudah terbukti segala apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini adalah mereka (orang yang tidak berilmu) malah orang yang cetek ilmu seringkali berpura-pura ataupun hipokrit dalam hidup mereka sendiri. Sikap sombong dan bongkak akan mewarnai hidupnya. Ada kalanya orang yang terlebih ilmu juga ada yang bersifat sedemikian namun terpulang sejauh mana dia menggunakan ilmu yang dia ada ke jalan yang betul dan lurus.

Jadi, kawan kita akan mencerminkan siapa kita. Ada kalanya kita lebih bersikap menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri. Kenapa hal itu terjadi? Ini kerana kita merasakan diri kita terlalu perfect dan tidak mampu boleh ditegur akan kesalahan yang kita sendiri tak nampak. Maka kawan kita juga sedemikian. Bukan mudah untuk menjaga hati kerana ia satu cabaran dalam hubungan persahabatan.

Seperti kata pepatah, "Kalau kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita dapat mencium harum baunya dan begitulah juga sebaliknya."

Disediakan oleh (Miqael Arshad)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.