Entri Terkini :

Tips : Mengekalkan Semangat Menulis

BUKAN satu hal yang mengejutkan apabila tiba-tiba sahaja semangat menulis menurun. Semangat seperti juga tenaga dalam tubuh kita, lama-kelamaan akan berkurangan setelah melakukan pelbagai pekerjaan seharin. Apabila tenaga berkurangan, kita perlu berehat dan mengumpulkan tenaga semula untuk hari-hari seterusnya. Begitulah yang kita lakukan.

Tidak mustahil jika semangat menulis lama-lama kelamaan akan merudum. Oleh itu bagaimanakah caranya untuk mengekalkan semangat atau ‘tenaga’ menulis sentiasa ada supaya kerja-kerja menulis novel tidak terbantut?

Kerja menulis seperti memerah idea, lama kelamaan idea akan kehabisan dan perlu diisi semula supaya idea menulis tidak kering. Tetapi bagaimanakah caranya supaya semangat atau tenaga menulis itu tidak kekeringan?

Untuk menyiapkan sesebuah novel memerlukan masa yang lama. Mungkin sebulan, dua bulan atau lebih. Jika seminggu tinggalkan kerja penulisan, sudah pasti semangat akan menurun dan akhirnya novel terbengkalai.

Ada beberapa cara untuk mengekalkan semangat menulis.

  • Sediakan ‘dateline’ menyiapkan novel. Jika mahukan siap novel dalam masa sebulan, perlu siapkan jadual sehari berapa bab mesti disiapkan, selagi tidak siap jangan berhenti.
  • Hubungi rakan-rakan penulis untuk berbincang atau bertemu dan diskui tentang penulisan masing-masing, kata orang ‘cas bateri’ supaya tidak lemah. Bateri kereta juga perlu dihidupkan setiap hari supaya ‘power’ bateri tidak lemah. Begitu juga dengan menulis novel.
  • Hadiri bengkel penulisan, seminar, diskusi buku, majlis berkaitan sastera dan sebagainya. Cari idea baru apabila bertemu dengan rakan-rakan penulis. Biarpun anda sudah lama menulis, ada banyak novel, sesekali perlu ‘cas’ semangat supaya tidak kekeringan idea menulis.
  • Jangan putuskan diri anda dengan dunia penulisan. Bagi anda menulis sudah menjadi darah daging. Biarpun anda gemar bermain futsal, kerja menulis jangan ditinggalkan.
Perlu diingat, semangat menulis seperti air di dalam baldi yang digunakan untuk menyiram air. Lama kelamaan air dalam baldi akan berkurangan dan perlu diisi semula. Seperti juga sebilah parang walaupun diasah kemudian digunakan, apabila sudah digunakan ia akan tumpul semula dan perlu diasah lagi.

Sumber

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.