Entri Terkini :

Cerpen : Hadiah Untuk Mama

Mungkin takdir untuk cinta yang bahagia akan lenyap apabila rindu yang terbungkam tidak dinilai dengan baik. Mungkin suatu hari nanti dunia tidak akan kenal erti kasih sayang yang diterajui oleh insan bergelar ibu kerana dunia hari ini semakin dikritik hebat dengan kekejaman. Walhal dunia tahu akan tugas dan peranan ibu dalam mendidik dan mengasuh. Jurnal kehidupan yang diwarisi hari demi hari amat menititkberatkan nilai murni dan kesejagatan. Bahkan warna-warna kehidupan ini diceriakan oleh senyuman seorang ibu kepada anak-anaknya.
Bagi anak yang inginkan kebebasan pada had yang terlalu ghairah akan mendatang bencana. Satu detik lagi akan ke hadapan dan satu detik lagi akan ketinggalan. Gara-gara mengejar cita-cita tanpa mengenal erti tolak ansur terhadap ibu bapa akan menjerumuskan para remaja ke kancah gejala sosial. Tidak hanya memandang tetapi akan melakukan sesuatu diluar dugaan. Bukan hanya berfikir seminit dua tetapi akan diterapkan ke dalam minda bahawasanya dunia adalah syurga semata-mata. Salah anggap menjadi punca perpecahan.
“Sakit la Lia.” Diha menyeringai setelah dicubit oleh Lia. Gurau sikit pun tak boleh tangan tu laju je nak cubit. Baru je cakap yang Lia suka dekat Faiz mulalah menggelabah. Kalau tak betul tak perlu la nak marah, kan?
“Dah tu kau bergosip panas je, mau aku tak setip.” Balas Lia sambil menutup buku latihan. Dah siap! Sekarang time rehat. Cikgu di hadapan hanya melihat gelagat budak berdua itu.
“Yang dekat belakang tu apasal kecoh sangat?” Cikgu menegur mereka berdua. Masih ada sepuluh minit lagi sebelum waktu rehat tetapi nampaknya kebanyakan murid di dalam kelas seolah-olah tidak sabar lagi. Barangkali perut masing-masing ada yang sudah meragam.
“Kau punya pasal la ni, tengok cikgu dah marah.” Diha memuncungkan bibirnya yang comel.
“Mana ada marah, cikgu tanya je kan?” Lia berkerut dahi.
“Diam!” Cikgu Salima bertempik sambil menjegilkan mata seperti hendak terkeluar dari soket matanya.
“Ops!” Mereka tutup mulut serentak.

***

Cikgu Salima membisu tidak bercakap. Dari tadi memandu dengan mulut terkunci. Sesekali dipandang anaknya yang tunduk bersalah. Rasa geram digumam sahaja. Diha pulak memang takut dengan ibunya tapi semua tu Lia punya pasal main cubit segala.
“Mama tak suka la Diha berperangai macam tu dekat dalam kelas.” Baru terkeluar bicara dari mulut Cikgu Salima. Diha diam.
“Ma… Diha mintak maaf.” Desis Diha bermain jari jemari kemudian tangan itu memegang seat belt.
Kereta Honda Accord berhenti apabila lampu merah menyala. Di situ Cikgu Salima sekali lagi memandang Diha anak tunggalnya.
“Mardiha… kalau dalam kelas kena dengar cakap mama sebagai cikgu, bukan sebagai ibu. Dekat rumah Diha boleh bergurau dengan mama tapi dekat sekolah Diha tak boleh buat macam tu. Mama tak nak kerana Diha anak mama, maka mama kena bagi muka.” Cikgu Salima memberikan alasan.
Mama ni asyik berleter je, dekat sekolah suka membebel, dekat rumah lagilah, memang mulut mama ni asyik pot pet pot pet je. Tak letih ke? Diha mengumam dalam hati. Tak best langsung dirasaknnya bergurukan mama sendiri. Hari-hari yang dilalui bagaikan sering diperhatikan sahaja. Tak boleh nak bersuka ria, bergelak ketawa, semuanya seolah-olah disekat. Tensionya…
Ucapan mama tidak dibalasnya malah dia terus memilih untuk membisu sahaja. Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi kerana mamanya sepatutnya lebih tahu tentang hal peribadi. Tak perlu la nak control sangat. Diha kurang senang.

***

Pelajar tingkatan lima yang bakal mendudukan peperiksaan SPM pada tahun ini akan dihadapkan kesulitan sekiranya sesi pembelajaran yang mereka lalui keciciran. Pasti semua itu tidak mahu dilalui juga oleh guru yang mengajar. Sikap tegas mamanya memang membuatkan Diha rasa rimas. Dia tahu dia akan menhadapi peperiksaan dan dia memang belajar. Selama ini dia tidak pernah tercicir dalam menyiapkan latihan. Malah dia fokus pada pelajaran. Apa lagi yang mamanya tak puas hati?
Sejak pulang dari sekolah sampai sekarang mamanya asyik perhatikan dia sahaja. Tertekan hidup begini. Apa ayng lagi menyakitkan adalah dia tidak ada ayah. Ayahnya tergamak! Sanggup tinggalkan mama sendiri.
Sekarang ni pulak mama sedang bertengkar dengan papa yang datang ke rumah. Apa lagi yang papa nak? Diha tutup telinga dengan kapas. Nak siapkan kerja sekolah pun payah! Bentak hatinya. Dari tingkat atas Diha melangkah turun. Di ruang tamu diperhatikan mama dan papa bertengkar.
“Mama! Cukup la tu!” Diha meradang lalu meluru keluar dari rumah.
“Diha! Nak ke mana tu?”
“Mama sambung la bertengkar. Masalah akan selesai sendiri.” Jawab Diha lalu menghidupkan enjin skuternya. Dia keluar tanpa keizinan. Dia nekad untuk bawa diri ke tempat yang lebih tenteram. Pada waktu malam sekitar jam lapan Diha merebah hati.

***

Krisis moral, tiada siapa yang mahu diperlakukan begitu. Diha tersempit di celah dilema ibu dan guru. Papa dan peguam. Mama jadi cikgu aku, dan papa sebagai peguam pun tak mampu selesaikan masalah sendiri. Sekarang aku jadi mangsa keadaan. Diha mengumam geram di atas skuternya sambil menunggang. Dia ke sebuah tempat yang amam. Sampai ke sebuah bangunan dia turun. Bangunan yang sangat sepi lalu terduduk dia di situ sambil menanggalkan topi keledar.
Sebatang rokok dikeluarkan dari poket. Cuba dihidupkan rokok berkenann yang baru dibeli di 7 Eleven tadi. Tiba-tiba rokok itu dirampas seseorang.
“Macam ni ke cara kau nak lepaskan masalah?”
Faiz muncul. Rakan sekelasnya yang nampak segak dan tampan berpakaian simple dengan kameja-t lengan pendek biru dan seluar jeans warna hitam mematah-matahkan rokok itu. Diha mengecilkan biji matanya merenung tajam ke arah Faiz yang berdiri di hadapannya.
“Apa kau peduli? Ni hal aku. Pergi la main jauh-jauh.”
Faiz berkerut dahi.
“Aku akan peduli. Aku akan ambil kisah sebab kau kawan aku. Takkan sebab mama dan papa kau berpisah, kau jadi macam ni? Dah lama aku perhatikan kau. Kau nampak okey disekolah sebab kau terpaksa hormat mama kau sebagai cikgu bukan sebagai ibu. Kalaud ekat rumah kau selalu melenting. Aku dah tahu.” Faiz mulucur bicara membuatkan Diha tersentak bangun lalu menuding jari betul-betul dekat lubang hidung Faiz. Mahu dicucuk terus masuk ke dalam baru tahu rasa!
“Jangan masuk campur la. Aku tak suka la kau menyibuk.” Diha tunduk lalu mencapai semula topi keledarnya. Dia mahu beredar dari situ. Malas nak menghadap muka Faiz tu lama-lama.
Faiz membiarkan sahaja Diha beredar dan memerhatikan Diha naik atas skuter. Dia tahu Diha tidak akan ke mana-mana.
“Wei! Mana kunci motor aku?”
Faiz terus mempamerkan kunci motor itu.
“Bengong! Bak sini!” Maki Diha tidak berpuas hati.
“Dekat sekolah kau bukan main lemah lembut, tapi rupa-rupanya kasar macam singa.” Tutur Faiz yang masih enggan menyerahkan kunci motor Diha.

***

Diajak minum bersama dekat warung yang ada menjual burger. Pekena burger ayam sebijik dan air soya. Memang tiptop. Erkk… Alhamdulillah…Faiz yang sendawa tak ingat. Diha pula mengerling.
“Tak agak kau ni.” Diha masih mengunyah burger.
“Burger ni sedap siot. Memang kegemaran aku.” Faiz dah gosok-gosok perut.
“Selalu ke kau datang sini?” Tanya Diha dan elok pula dia bercakap dengan Faiz. Sebentar tadi dia emosi dan tidak rasional dalam berfikir. Mujur ada Faiz datang sebegai penyejuk hati.
“Selalu jugak, bila mak aku tak masak.”
“Kenapa mak kau tak masak?” Tanya Diha laju.
“Kau dah lupa ke? Kan mak aku dah lama tak ada. Kau bertuah masih ada mak. Hari-hari kau boleh tengok mak kau. Dekat sekolah kau boleh tengok… dekat rumah kau pun boleh tengok… aku ni nak tengok apa? Aku hanya mampu tengok gambar arwah mak aku je.”
Tanpa sedar air mata Diha bergenang dan dia cuba mengawal perasaanya sendiri. Dia menoleh ke tempat lain dan menahan air mata daripada terus jatuh. Sebak mendengarnya.
Diha menoleh semula lalu dia mempamerkan wajah sedih.
Sorry Faiz. Aku terlupa.” Diha meminta maaf dan Faiz mengetap bibir lalu mengangguk.  “Aku nak minta maaf jugak pasal kes tadi tu. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa.” Diha melanjutkan kata-katanya dan burger yang dikunyah tadi sudah ditelan dan masih lagi berbaki burger di tangan. Burger itu diletakkan di atas meja. Hilang selera makannya.
“Semua orang ada masalah Diha. Sejauh mana kita belajar tentang kehidupan itulah sebenarnya kayu pengukur  tahap kematangan kita.” Burger itu disorang semula supaya dekat dengan Diha. “Habiskanlah…” Suruh Faiz.
Diha menggeleng. Dia tak larat lagi untuk menghabiskan saki baki burger itu. Bukan hendak menolak rezeki tetapi perutnya tidak mahu dipaksa untuk menerima semuanya.
Kata-kata Faiz itu membuatkan Diha terfikir sejenak. Entah kenapa dirasakan Faiz terlalu matang untuk dijadikan sahabatnya. Tapi mujurlah masih ada orang yang masih sayangkan dirinya.
Perbualan mereka terhenti seketika setelah Diha menerima panggilan masuk. Panggilan itu sengaja dibiarkan dalam silent mood kerana tidak mahu menjawabnya.
“Jawablah, aku yakin mesti mak kau yang telefon.” Faiz dapat menduganya.
“Tak la.”
“Jangan nak bohong.”
“Betul… ni bukan mama aku yang call.” Diha menafikannya.
“Aku tengok muka kau pun aku tahu tu mama kau yang call. Serius aku cakap, mama kau memang betul-betul risaukan kau tu.”
“Kau tak kenal mama aku.”
“Dia cikgu aku, of course aku kenal.”
“Dekat sekolah lain. Dekat rumah lain.” Beritahu Diha.
“Jadi betulkan tu memang mama kau yang call.”
Diha terus terdiam. Panggilan itu dibiarkan terus sunyi tanpa jawapan. Faiz menggeleng perlahan. Kau beruntung Diha hidup dalam kemewahan tapi aku hidup dalam kesulitan. Aku kena jaga adik-adik aku yang lain, desis hati Faiz.
Faiz terus membuat dua pesanan burger. Semua itu untuk adiknya dekat rumah. Mereka sekarang ditemani oleh mak cik yang bertamu dekat rumah. Jadi dia berpeluang untuk keluar mendamaikan hati seketika.

***

“Ni pun salah, ini pun salah. Macam mana boleh banyak salah ni?” Cikgu Salima memarahi Diha di hadapan murid-murid yang lain. Hati Cikgu Salima masih membengkak dek sikap Diha yang sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Prestasi anaknya itu jatuh merundum.
Diha hanya mampu menundukkan kepalanya tanpa berbicara apa-apa. Lia yang duduk dekat meja memerhatikan Diha dengan penuh debaran. Lia juga tahu Cikgu Salima memang garang orangnya.
Murid-murid lain berpandangan sesama sendiri. Cara Cikgu Salima memarahi Diha sungguh luar daripada biasa. Mata Cikgu Salima terjegil macam nak terkeluar sahaja.
Faiz pula mengeluh memerhatikan gelagat Cikgu Salima memarahi anak sendiri dengan begitu teruk.
“Kalau tak boleh buat, tanya. Jangan jadi bodoh sombong.” Maki Cikgu Salima.
Berderau darah Diha mendengar ungkapan itu terpacul keluar dari mulut mamanya. Selama ini mamanya tidak pernah mengungkapkan kata-kata sepedih itu. Terguris hati Diha mendengarnya. Dia merasakan dirinya tersangat malu.

***

Diha menangis di dalam tandas sambil ditenangkan oleh Lia. Mengamuk Diha di situ. Teriakan Diha membuatkan Lia sedikit terkejut. Diha melepaskan geram sambil memecahkan cermin tandas itu dengan menumbuknya. Tindakan itu tidak diduga oleh Lia. Lia sanggup pecahkan cermin tu? Lia tergamam.
“Diha! Rileks! Tak ada gunanya kalau kalau kau mengamuk macam ni.” Lia menghalang dan serpihan kaca yang retak gugur ke jubin lantai tandas berkenaan.
Ada beberapa orang murid lain memandang antara satu sama lain. Ada yang terjegul kepala memerhatikan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka pergi menemui guru disiplin. Maka tidak lama selepas itu Diha dan Lia dipanggil menghadap.
“Kamu seorang murid yang baik. Kenapa jadi macam ni? Tak malu ke sikap seorang anak kepada seorang cikgu berperangai macam ni? Mama kamu pasti berkecil hati.” Cikgu Hisyam mula berceramah.
Diha masih tetunduk begitu juga dengan Lia. Lia yang masih terkejut itu masih terkelu manakala Diha terus membisu.
“Apa masalah kamu sebenarnya?” Sekali lagi Cikgu Hisyam menuturkan pertanyaan.
Namun kedua-duanya menyepikan diri sambil bersandar pada kerusi.
Cikgu Hisyam mengeluh mengenang sikap Diha. Lia mungkin tidak tahu menahu maka tidak perlu disoal lagi.
“Lia… awak pergi masuk kelas dulu.” Arah Cikgu Hisyam. Lia mengangguk setelah diberikan arahan seperti itu. Sekilas dipandang Diha sambil mengetap bibir. Diha mengangguk juga bersama wajah yang cuak.
Tak pasal aku kena panggil! Siapa yang kurang asam mengadu dekat guru disiplin ni? Memang nak kena! Gumam Diha dalam hatinya menyimpan dendam terhadap murid yang melaporkan hal tersebut.

***

Tidak akan dilupakan apa yang berlaku. Berbakul-bakul lenteran diterimanya dari guru disiplin. Apa yang sering diungkitkan pada dirinya adalah, Diha anak seorang cikgu maka tidak boleh berperangai begitu. Cikgu tu tak kenal mama aku macam mana? Mama tak reti nak jaga hati aku. Dia tak pandai buat aku gembira. Hari-hari aku kena pandang wajah serius mama. Dahulu mama tak macam ni tetapi sejak berpisah dengan papa dua tahun dahulu sikapnya semakin menjadi-jadi.
“Kalau awak berparangai macam ni, awak mungkin akan diambil tindakan akan digantung sekolah. Faham?”
“Lagi bagus.” Tidak semena-mena Diha menjawab seperti itu.
Cikgu Hisyam ketika itu tidak langsung menduga bahawa Diha akan mengeluarkan perkataan seperti itu. Apa yang Cikgu Hisyam tahu, Diha seorang murid yang pintar dan pendiam. Perubahan drastik Diha amat memeranjatkan sesetengah pihak yang rapat dengan Diha.
“Diha, kau dekat mana? Jom la lepak dengan kitaorang.” Panggilan telefon diterima Diha daripada kawan barunya. Dia sekarang mesra berkawan dengan budak-budak liar.
“Kau dekat mana ni?” Tanya Diha.
“Aku dekat pusat karok ni, jom la. Kau tahu datang sendiri ke tak?”
“Tahu. Nanti aku datang. Sekarang ni aku nak kena siapkan kerja sekolah dulu.”
“Apa barang, nanti-nanti pun boleh disiapkan. Apa yang penting kita enjoy.” Panggilan terus dimatikan dan Diha merasakan ada benarnya kata kawan barunya. Lagipun sekarang ni otak dia perlukan ketenangan. Dia tidak boleh menghadap buku terlalu lama. Berkurung di dalam bilik yang bagaikan penjara buatnya sungguh membuatkan jiwanya memberontak.
Mamanya pula melarang Diha daripada keluar kerana apa yang berlaku di sekolah pada hari ini sangat mendukacitakan hati seorang ibu. Namun Diha tidak mahu mengambil peduli hal itu.
Perlahan-lahan dia keluar daripada biliknya dengan gaya cara berpakaian tidak seperti biasa. Jika di sekolah dia bertudung, di luar sekolah pula dia sengaja lepaskan tudung. Rimas! Itulah diperkatakannya. Perubahan yang berlaku ke atas diri Diha telah merunsingkan banyak pihak.
Derap kaki sangat perlahan. Dia mengawal pergerakan untuk keluar rumah pada jam sepuluh malam. Dia menoleh kiri dan kanan bimbang kalau mamanya memerhatikan dia.
Line clear!
Dia tidak menunggang skuternya kerana ada orang datang menjemput. Tadi dia sempat menghubungi seorang rakan barunya supaya datang menjemput. Dia berubah fikiran untuk tidak pergi sendiri kerana skuternya tidak boleh dikeluarkan dari halaman. Pagar berkunci rapat.
Diha mengambil keputusan untuk memanjat pagar rumahnya itu untuk turut serta bersama rakan-rakan barunya yang dikenali di facebook.
“Cepat cepat cepat!” Diha mengarahkan kawannya setelah dia berjaya membonceng sebuah motorsikal Yamaha RXZ warna biru.

***

Riuh rendah sekali keadaan pusat karaoke itu. Tempat yang membingitkan telinga dan tempat begitu menjadi tumpuan muda-mudi untuk melepaskan tekanan. Teriak, menyanyi, mendengar musik adalah menjadi hobi. Tempat itu akan bertambah gamat sekiranya tiba hujung minggu.
Diha mula-mula agak segan tetapi lama kelamaan pergaulan bebas itu seakan biasa bagi dirinya. Bersentuhan dan dipegang tangan itu menjadi lumrah tetapi sedikit sebanyak masih nampak kejanggalan yang ada pada diri Diha. Syuk seorang lelaki yang membonceng Diha sebelum tiba ke situ mula meraba tubuh Diha di dalam bilik karaoke itu. Semakin lama tangan Syuk semakin galak.
Stop it!” Bentak Diha.
Come on Diha, kita enjoy.” Syuk sudah hanyut dalam khayal setelah meminum minuman keras.
Cool la Diha…” Nina kawan baru yang Diha kenal di facebook meminta Diha spoting. Kepala otak dia nak meraba aku segala ni apa kes! Hati Diha tidak merelakan namun Syuk semakin ganas. Di tarik Diha sehingga Diha yang berdiri terus terduduk di atas ribaan Syuk. Dirinya dipeluk erat. Diha meronta-ronta agar dilepaskan. Mereka cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh di dalam bilik itu. Bau yang terkeluar dari mulut Syuk dan rakan-rakan yang lain sangat busuk.
“Syuk. Dah la, jangan paksa dia.” Nina berpura-pura. Syuk terus melepaskan pelukan itu. Diha mula bangun merenung tajam ke dalam mata Syuk yang layu.
“Sorry Diha.” Ucap Syuk bersalah.
Bahu Diha dipaut oleh Nina untuk duduk di sebelah.
“Cool… kitaorang just nak kau enjoy je. Aku tumpang simpati di atas apa yang kau lalui.” Ucap Nina yang mengetahui masalah yang dihadapi Diha kerana Diha mengadu kepada Nina mengenai masalah keluarga yang ditanggung Diha selama ini. “Minum air ni dulu…” Nina menghulurkan minuman berkarbonat Pepsi kepada Diha. Yang pastinya itu bukanlah minuman keras.
Usai minum, anak tekak yang rasa sedikit berpasir tadi kembali lancar. Diletakkan tin minuman itu di atas meja. Diha mengetap bibir kembali selesa dengan Nina.
“Eh… kenapa ni Diha?” Nina bertanya setelah melihat Diha mengurut kepala.
Diha terasa pening tiba-tiba. Keadaan kelilingnya berputar semakin laju. Musik yang kedengaran pula semakin lama semakin perlahan.

***

Memori hitam sedia terpalit dalam kehidupan Diha. Merangkak dalam dunia yang penuh pancoraba membuatkan hatinya dirundum malang. Tidak dapat dinafikan lagi hidup tanpa arah menjadikan Diha sudah lama kehilangan keyakinan diri. Menyesal yang tiada kesudahan. Demi memboloskan diri daripada kancah masalah keluarga maka dia terjunam pula ke kancah sosial yang tragis.
Menjadi alat pemuas nafsu! Ya! Aku terpaksa lalui walaupun tanpa rela. Aku melakukan perbuatan itu dan sekaligus aku merendahkan diri aku sendiri. Aku memperlekahkan martabat aku sebagai kaum Hawa di muka bumi ini. Semuanya kerana kedegilan Diha dan sikap memberontaknya yang tidak berperhunjung sehingga membawa dirinya ke dunia baru yang penuh nikmat syurga.
Dalam tidak sedar air matanya menitis. Titisan demi titisan mengalir gugur dari pipi membasahi tilam. Dirinya digauli oleh sesiapa sahaja yang inginkan tubuhnya. Sesusuk tubuh yang gebu dan mantap memang menjadi kegilaan buaya buas.
Apa yang cuba dicari lagi? Wang? Mamanya banyak wang. Dia bukan anak orang fakir, dia bukan anak yang tidak cukup makan dan pakai. Dia anak yang dianggap pendukung keluarga namun semua itu dianggap remeh.
“Diha! Kenapa kau semakain kurang ajar dengan mama?” Bentak Cikgu Salima di meja makan. Diha snaggup menolak jatuh pinggan itu kerana mamanya asyik berleter. Diha tidak tahan mendengar bebelan itu. Dia sengaja menolak pinggan itu jatuh ke jubin lantai dan terus melangkah keluar.
Cikgu Salima tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. Keputusan SPM anaknya itu terlalu teruk. Merosot. Cikgu Salima malu. Malu kerana gagal mendidik anaknya sendiri sedangkan murid-murid yang lain sebaya anaknya berjaya memperolehi keputusan yang memberangsangkan.
Hari demi hari, perasaan Cikgu Salima luluh bagaikan hancurnya pinggan kosong yang berderai di jubin lantai itu.
“Diha… are you okey?” Nina duduk di birai katil Diha. Diha baru sahaja selesai melayani nafsu lelaki buas. Cepat-cepat Diha mengesat air matanya usai ditegur. Ingatan terhadap apa yang berlaku itu terhapus seketika di minda. Nina menggosok belakang Diha.
“Nina… minggu depan hari ibu…” Diha menahan sebak.
“Ya kenapa?”
“Aku nak mintak ampun dekat mama aku.”
“Sudah la tu Diha. Tak ada gunanya kau minta ampun pun. Biar je la…” Tutur Nina seolah-olah tidak mahu Diha melukut menjadi hamba pada sikap amarah mama sendiri.
“Nina…”
“Kau ingat mama kau boleh terima ke dengan apa yang kau lalui sekarang? Entah-entah dia akan buang kau sebagai anak dia. Kau jangan mimpi la Diha. Lupakan je. Sekarang ni kau lagi mewah daripada mama kau tu. Mama kau tu tak reti nak didik kau. Dia tau didik anak orang lain je.” Nina pula melebih. Di saat itu hati Diha teringatkan Lia. Kalau Lia… Lia tidak akan bercakap macam ni. Lia akan menasihati perkara yang baik sahaja. Tapi Lia dah jauh tinggalkan Diha. Lia lagi berjaya daripada dirinya. Lia sekarang berada di Jordan menyambung pelajaran.
Dalam pada itu juga fikirannya menangkap nama Faiz… Faiz… mana kau Faiz… dilaung-laungkan nama mereka di hati. Mereka semua menghilang.
“Aku dah lama tak balik rumah…”
“Selama ni ada ke mama kau cari kau? Ada ke dia iklan dekat majalah, dekat surat khabar atau dekat tv yang dia kehilangan anak? Mama kau pun tak buat laporan polis pun kan? So mama kau tak sayangkan kau lagi.” Nina rancak menghasut.
“Korang berdua buat apa lagi ni? Diha… kejap lagi VIP nak masuk. Kau layan dia elok-elok.” Kak Rosalinda sempat berpesan kemudian pintu bilik itu ditutup semula.
“Diha, aku keluar dulu. Kau jangan fikir banyak sangat. Apa yang penting sekarang ni kita kena teruskan hidup.” Nina bangun
Diha membisu. Dia sudah kehilangan kata-kata dan tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan. Sesungguhnya dia sudah terlalu jauh terpesong. Dia terlalu jauh hanyut dibawa arus. Rokok dihisap bagi menenteramkan sedikit gundah.

***

“Semua orang ada masalah Diha. Sejauh mana kita belajar tentang kehidupan itulah sebenarnya kayu pengukur  tahap kematangan kita.” Masih terdengar-dengar ungkapan itu pada cuping telinganya.
Faiz…
Diha berdiri di hadapan rumah Faiz. Rumah itu terbiar kosong. Rumah kayu nampak usang itu tidak lagi berpenghuni. Mana Faiz pergi? Sudah lama Diha tidak menghubungi Faiz. Semua itu kerana malu. Malu pada dirinya sendiri.
Dia mahu menemui Faiz tapi Faiz tak ada.
“Assalamualaikum dik…” Diha menyapa seorang budak perempuan yang lalu dekat dengannya sambil mengayuh basikal. Budak perempuan itu berhenti.
“Wa’alaikumussalam kak.”
“Dik… tuan rumah ni pergi mana?”
“Oh… Cari Abang Faiz eh, dia dah pindah. Tapi tak tahulah pindah mana. Selepas adik dia meninggal dalam kemalangan jalan raya tiga bulan lepas, dia dah tak duduk sini lagi.” Beritahu budak itu. Diha agak terkejut. Meninggal? Sedihnya.
Diha tergamam mendengar dugaan itu. Faiz seorang yang kental walaupun tiada ayah dan ibu, dia masih berjuang untuk menyara adik-adiknya. Baru dia tahu bahawa adik Fazi meninggal. Ina lilah wa ina ilayhi raji'oon
Diha masuk semula ke dalam perut teksi yang menunggu. Diha tinggalkan segala kemewahan. Diha tidak lagi mahu hidup dalam dunia seperti itu. Cukuplah segala apa yang dilaluinya mematangkan dirinya sendiri.
“Pak cik… hantar saya ke rumah No 74, Jalan Kenanga. Saya nak jumpa mama.” Suruh Diha.
“Ya cik…” Angguk Pak cik pemandu.

***

“Sakit! Sakit! Sakit!” Diha mengadu kesakitan akibat dirinya diterajang dan disepak sesuka hati. Dia merayu sepenuh hati tetapi tidak langsung dihiraukan oleh kelibat yang tidak jelas wajahnya. Di dalam gelap dirinya dipukul dan dipalu.
Sakitnya Ya Allah… tuhan sahaja yang tahu. Dirinya diasak dan tubuhnya pula seperti sedang dibakar api. Sungguh terasa sangat pedih bagaikan kulit disiat-siat tanpa simpati.
“Allah!!!” Jerit Diha. Terkejut pemandu teksi yang berkopiah putih itu. Dipandang Diha yang duduk di bahagian belakang sedang terpisat-pisat. Diha terjaga dari lena. Igauan ngeri itu sering menghantui dirinya siang dan malam.
“Kenapa cik?” Tanya pemandu itu.
“Tak ada apa-apa pak cik.” Diha meraup wajahnya sendiri. Dia masih dalam perjalanan ke Jalan Kenanga. Diha mengeluarkan sesuatu dari begnya. Dia mengeluarkan kotak hadiah untuk mama. Dia tidak sabar ingin memberikannya kepada mama. Dia mahu meminta ampun. Dia berharap sangat mamanya memaafkan segala keterlanjurannya.
“Mengigau perkara yang buruk ke?” Tanya pemandu itu inginkan kepastian.
“Ya.” Seraya mengangguk.
“Ada kalanya bayangan buruk menjadi iktibar untuk kita. Dulu nak, pak cik ni seorang businesman. Bila kita senang, seolah-olah kita lupa diri. Kita lupa nak bersyukur walaupun apa yang kita nak sudah tercapai. Dalam senang itu, tuhan mampu tarik semuanya. Dia yang memberi dan Dia yang akan menarik balik segala nikmat dari orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Pak cik jatuh muflis lalu anak dan isteri tinggalkan pak cik.” Cerita pakcik itu sambil memandu. Mereka hampir tiba ke Jalan Kenangan.
“Kita leka dalam dunia maksiat. Kita buat tanpa berfikir panjang… tapi Alhamdulillah nak… hati pak cik terbuka untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Biarlah rezeki yang kita cari ni dari titik peluh yang halal. Nak cari redha Allah bermula dari keredhaan kedua ibu bapa kita. Tanpa redha orang tua maka hidup kita tak ada makna nak…” Lirih nada Pak Cik Sukiman sebak menahan air mata dalam berkongsi pengalaman kepada Diha.
“Nak…” Panggil Pak Cik Sukiman tetapi tiada respon yang diberikan. Pak Cik Sukiman memperlahankan kenderaan lalu memandang cermin sisi pandang belakang. Dilihat Diha kembali lena. Menggeleng Pak Cik Sukiman. Penat-penat dia bercerita, Diha dah tidur pulak.

***

“Mama… kenapa mama dengan papa selalu bergaduh…?” Lirih nada suara budak perempuan berumur tujuh tahun bertanya.
“Diha… Diha masih kecil lagi… bila anak mama dah besar nanti anak mama ni akan faham. Diha belajar rajin-rajin. Buat mama dan papa bangga dengan sayang…” ubun-ubun kepala Diha dikucup mamanya.
Diha tersenyum lalu memeluk mamanya dengan penuh kasih sayang. Diha sayang mama… kemudian papa pulang dari kerja. Papa pulang dalam keadaan marah-marah.
“Sal! Sini!” Cikgu Salima dipanggil oleh Encik Syamsul. Diha memerhatikan papanya itu mencampakkan kot ke atas sofa kemudian dilipat lengan baju.
Pang!
Pipi Cikgu Salima ditampar. Cepat-cepat Diha berlari mendapatkan mamanya. Melihat Diha mendakap mama, Encik Syamsul berhenti dari terus memukul Cikgu Salima.
Diha masih kecil, memang Diha tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku. Namun sedikit sebanyak jelas membuatkan sikap Diha terhadap papanya berubah. Tanggapan negatif sering dilemparkan. Cikgu Salima ketika itu hanya mampu bersabar.
Selang beberapa lama kemudian, Diha pernah terserempak seorang demi seorang lelaki pernah keluar dari bilik tidur mamanya. Disangka pencuri tetapi dia tersilap. Diusia mencecah sepuluh tahun pula dia memang tidak mengerti. Kata papa orang tu tukang elektrik dan Diha percaya apa yang diperkatakan papa itu adalah benar.
Oleh kerana pertengkaran berlaku hari demi hari. Diha jadi muak. Dia jadi lali dan dia membiarkan sahaja. Akhirnya semua itu memakan diri apabila dia sudah tidak mampu bertahan lagi.
Sehingga kini apabila dewasa akhirnya dia mengerti sesuatu. Dia pernah terdengar perbualan di antara mama dan bekas papanya sebelum dia lari dari rumah.
“Kau kena tolong abang Sal.”
“Cukup bang! Cukup! Selama ni saya bodoh menjadi alat pemuas nafsu serakah abang! Dulu saya masa saya masih isteri abang, abang sanggup lacurkan saya! Saya bersabar bang. Saya tetap setia dengan abang tapi saya tak tahan abang buat saya macam ni!” Bentak Cikgu Salima. “Demi menjelaskan segala hutang-hutang abang, saya abang jadikan mangsa.” Cikgu Salima teresak-esak menangis.
“Tolong Sal. Kalau tidak mati abang nanti.Mereka minta abang bayar ganti rugi” Encik Syamsul merayu kerana ketika itu sedang menguruskan satu kes yang berat. Kes melibatkan pembunuhan dalam pengedaran dada. Diha tidak mengerti akan pekerjaan papanya itu.
“Abang kan dah ada pekerjaan halal! Kenapa abang libatkan diri dalam najis dadah? Abang yang pilih bukan saya! Sudah cukup bang. Jangan ganggu hidup saya dan Diha lagi. Kami senang tanpa abang. Kami bahagia tanpa abang!”
“Abang perlukan duit.”
“Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Pergi dari sini sekarang jugak!”
Dalam pada itu Diha sudah kemaskan barang-barangnya. Dia mahu cabut lari. Dia tidak tahan dengan semua ini. Akhirnya Diha mengambil keputusan untuk meninggalkan mamanya. Gadis remaja seperti Diha seringkali memberontak. Maka itulah tindakan tanpa berfikir panjang.
Papa aku pengedar dadah! Mama aku pelacur! Itulah yang perkara yang dia tidak dapat terimanya dan kini apa yang dibenci itu berlaku pada dirinya.
Perit mengenangkan kisah lalu biarpun sudah dua tahun berlalu namun ingatan dan kasih Diha pada mama tetap wujud meskipun dendam itu masih terbuku. Sudah tiba masanya dia meminta maaf di atas sikapnya selama ini. Cukuplah dengan dugaan hidup yang mencabar.

***

Pak Cik Sukiman cuba menyedarkar Diha kerana destinasi yang dituju sudah sampai. Teksi itu diparkir betul-betul di hadapan rumah dua tingkat yang tersergam indah tetapi nampak begitu sepi dan sunyi. Seperti tiada berpenghuni.
“Kita dah sampai ni,” Pak Cik Sukiman membangunkan Diha tapi Diha tidak lagi bergerak. Pak Cik Sukiman curiga dan untuk kepastian, jari diletakkan dekat lubang hidung Diha. Ina lilah wa ina ilayhi raji'oon

Mama… Diha dapatkan hadiah untuk mama. Selama ini Diha seolah-olah tidak pernah menghargai pengorbanan mama. Sungguh getir liku-liku hidup yang mama harungi malah lebih hebat daripada Diha. Mama terpaksa menjadi apa yang papa mahu tapi apa yang terjadi pada diri Diha pula, Diha sendiri yang pilih… kasih sayang mama terlalu bernilai tak dapat dibandingkan dengan hadiah ini… Diha tahu Diha hidup tidak lama lagi kerana Diha menghidap barah hati. Diha nak sangat jumpa mama dan tatap wajah mama.

Mama… kalau Diha tak sempat jumpa mama, Diha berharap sangat mama ampunkan dosa-dosa Diha ma… Setiap malam Diha ingat mama. Diha berdosa pada mama. Berdosa pada tuhan, berdosa pada papa dan berdosa pada semua orang.

Dosa-dosa Diha bagaikan pasir pantai tak terhitung banyaknya. Diha dah minta ampun pada tuhan tapi kata ustaz, Diha mesti minta ampun dekat mama dulu. Mama yang mengandungkan Diha, menyusukan, dan membesarkan anak mama yang nakal ni. Diha minta maaf ma… kerana gagal menjadi anak yang solehah untuk mama. Diha takkan benci papa lagi. Diha telahpun maafkan papa, dan mama pun tolonglah maafkan papa juga ya.

Kata ustaz, kalau kita nak masuk syurga, kita kena maafkan semua orang. Kalau kita maafkan orang Insya-Allah orang lain pun akan maafkan kita. Diha dah penat lari dari masalah. Semoga mama senyum tengok Diha yang baru sebagai hadiah untuk mama.

Dari anakmu,
Nurdiha.

 Mak Cik Sufiah berlinangan air mata membaca warkah terakhir yang diambil dari dalam sebuah kotak kecil anak saudaranya untuk Cikgu Salima yang hilang ingatan akibat perkelahian dengan Encik Syamsul dahulu. Cikgu Salima jatuh tergolek dari tangga dan kepalanya terhentak pada bucu rak yang ada di situ. Hetakkan yang sangat kuat sehingga tempurung kepala Cikgu Salima turut retak. Encik Syamsul pula menjalani hukuman penjara dan bakal disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah. Kesilapan hidupnya akan mengheretnya ke tali gantung.
Wajah jernih Diha diperhatikan lama oleh Cikgu Salima. Jasad anaknya kini sudah terbujur kaku. Akhirnya Mak Cik Sufiah kakak kepada Cikgu Salima menutup wajah Diha menggunakan kain batik. Akhirnya kelopak mata Cikgu Salima bergenang. Mindanya seolah-olah menangkap wajah yang dirinduinya.

Tamat

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.