Entri Terkini :

Owh! Kesetiaan yang teruji


Serius aku tersentuh baca status dekat facebook ni. Kesetiaan yang ditunjukkan begitu terserlah. Ini namanya cinta tak kesempaian dan juga cinta tak terucap. Bahaya kalau jadi macam ni tapi apa boleh buat 'jodoh bukan milik kita'  kita terpaksa redha. Mungkin dia bukan diciptakan untuk kita. Mana tahu ada yang lebih baik lagi akan datang kepada kita. Seharusnya kita perlu mencuba, jika kita tak cuba kita takkan tahu.

Apa yang penting kita kena berani tunjukkan yang kita sayang dekat dia. Sayang tak bererti dengan ucapan semata-mata. Perbuatan juga menunjukkan kita sayang dekat dia. Bab cinta ni terlalu umum dan ia sangat subjektif tapi kalau bab hati ia pula sangat rumit. Macam yang berlaku sekarang adalah serang penyakit rindu. Rindu bererti kita ingat dekat dia dan tak boleh lupakan dia. Ada juga sesekali kerinduan bertandang ketika menatap tudung saji ke. Tengok spanar teringat dia, tengok tayar lori pun teringat dia. Ini terjadi bahawa ada sesuatu yang dilalui bersama-sama dengan si dia. Contoh, buah hati tu tercium tayar lori kut, jadi sebab tu tengok tayar lori teringat dekat si dia. Ia sudah menjadi memori yang sukar dilupakan. Sungguh pun begitu kena kawal perasaan tu jangan sampai ditakluki oleh hawa nafsu.

Apabila cinta kecundangan janganlah memaksa diri untuk memaksa dia terima kita. Atau kita terlalu kecewa dengan cinta. Bahaya penyakit rindu ni atau pun salah sangka ke. Kalau terlalu cinta dan cinta kecundang memang padah menerpa setelah iman tak tebal maka mudah berlaku kes bunuh diri dengan menggantungkan diri dalam bilik, lepas tu ada pulak yang teguk racun tikus, terjun di track LRT, lintas jalan masa lori tengah lalu dan sebagainya. Tak nak jadi macam tu, jangan terlalu mengharap cinta pada orang lain. Harapkan cinta dari-Nya. Harapkan redha dari-Nya. Insya-Allah semua itu takkan terjadi. Aku juga berpesan untuk diri aku juga supaya tidak bertindak lebih dari batasan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.