Entri Terkini :

Suamiku Gangster (Bab 32)

TIDAK PERLU BANYAK bicara tentang apa yang terjadi dengan kematian itu. Yang pastinya punca itu lahir daripada kesilapan lampau Haris. Dengan tindakan belot Haris sewaktu ketika dahulu mengundang padah sehingga ke hari ini. Jadi tiada siapa yang boleh disalahkan lagi. Berhadapan dengan orang yang pernah digeruninya ketika itu menjadi penglibatan yangs angat dahsyat.
“Selamat kembali ke Geng Tiger, Man... dah lama tak jumpa kau kan? Kau tak ingat aku lagi?” Bro Kay dengan selambanya tersenyum memandang kelibat Haris itu. Ternyata rancangan untuk membawa Haris ke suatu tempat pertemuan itu berjaya.
“Kau ni siapa? Apa yang kau nak daripada kami?” Haris mengumam geram seraya bertanya.
“Aku nak hapuskan Geng Tiger dan Geng Naga. Bukan susah pun...”
“Jack! Aku tak sangka kau pengkhianat!” Anang pula mencelah dan merenung tajam ke arah Jack yang menjadi dalang kepada kes pembunuhan di hutan semalam. Jack yang sengaja mempamerkan sikap bodoh dengan membaca novel cinta bagi menggamburi mata mereka juga berjaya. Sememangnya Jack berjaya memperalatkan mereka.
“Jangan salahkan aku.” Jawab Jack yang berdiri sebelah Bro Kay mendabik dada.
“Wo... Jack orang aku.” Beritahu Bro Kay.
“Aku tak kisah dia orang siapa ke apa ke. Aku nak kau lepaskan dia!” Haris menunjukkan ke arah kelibat wanita yang terikat pada sebatang tiang.
“Shafika?” Bro Kay ketawa.
Bersusah payah Haris dan Anang menjejaki Jack akhirnya membawa mereka ke sebuah gudang di mana mayat Mael Lambung terkulai.
“Haris... kau dah lupa siapa diri kau sebenarnya? Semenjak kau hilang ingatan, kau lupa yang kau tu pewaris Geng Tiger. Kau tahu siapa pengasas Geng Tiger tu? Aku yakin kau mesti terkejut kan?”
Haris berkerut dahi memandang Bro Kay. Dia cuba ingat semula siapa Bro Kay itu. Setahu Haris, Bro Kay tidak pernah dilihat sebelum ni. Jadi ingatan Haris terbatas. Kelibat Bro Kay hanya dilihat pada hari ini. Di hadapan seorang wanita yang sudah tertambat pada sebatang tiang. Itu isterinya. Shafika maafkan aku sekiranya aku tertewas. Ucapnya di dalam hati.
“Man! Kau hilang ingatan ke?”
“Bodoh! Kau tanya aku buat apa?!” Haris memarahi Anang setelah Anang memandang tajam ke arah Haris. Anang nampak keliru. Jika Anang sudah keliru, Haris lagi keliru.
“Jadi apa kita nak buat sekarang? Bagi dia gula-gula kick ke atau bagi dia mati lebih awal?”
“Kalau kau mampu, teruskan. Ayob dan Ayu mereka hapuskan ini kan kita Anang. Kita kena kerja sama. Ayuh!” Ujar Haris.
“Nak hapuskan aku konon! Bodoh kau ni Haris. Kau ingat aku tak tahu kelemahan kau ke? Aku ni bekas anak murid Tok Ya! Sama macam kau. Kau lupa? Oh aku rasa kau memang dah lupa sebab kau kan hilang ingatan. Masa Tok Ya nak selamatkan kau daripada jatuh di gaung, tapi dengan dia sekali terjatuh. Dia mati dan kau hilang ingatan tercedera di kepala. Aku harap kau mati masa tu tapi tak sangka ayah kau muncul. Kalau kau nak tahu semua tu aku yang rancang supaya kau mati lebih awal!” Cerita Bro Kay.
“Kau jangan nak mereka cerita la sial! Kau ingat aku akan tertipu dengan cerita mengarut kau tu? Pergi jahanam la.” Haris meningkah akan cerita itu.
“Tak sangka aku kau makin bodoh selepas hilang ingatan.”
“Haris!” Tanpa disangka ada seorang muncul tanpa diduga. Mereka semua memandang serentak pada Bakar.
Bakar masih hidup? Haris terkejut. Orang-orang Bro Kay bersiap sedia untuk menyerang Haris tetapi kemunculan Bakar memperlahankan rentak. Haris terpinga-pinga melihat Bakar menghampirinya. Haris tidak tahu apa yang telah berlaku pada Bakar ketika di rumah Pak Khalid yang mati di bunuh.
“Haris! Lelaki depan kau tu yang bunuh Pak Khalid orang yang pernah jaga kau.” Beritahu Bakar.
“Apa?” Haris terkejut. Haris merasakan semua ini bagaikan mimpi.
Bro Kay juga terdiam melihat Bakar masih hidup. Rancangannya seolah-olah gagal. Bagaimana Bakar boleh hidup semula sedangkan Bakar dibakar hidup-hidup dalam hutan? Bro Kay kehairanan.
“Jack! Kau kata kau dah settlekan Bakar.” Bro Kay menoleh pada Jack tapi Jack dah terbaring disumpit.
Anang terus ketawa setelah sumpitannya terkena pada Jack. Berpuas hati nampaknya kerana tindakan itu membuahkan hasil. Anang bertindak tanpa mengikut arahan.
“Dah mati pun! Tu sumpitan racun paling berbisa. Dia takkan hidup lagi. Pengkhianat seperti dia tu memang patut mampus!” Anang ketawa lagi.
“Haris. Bro Kay tu dalang semua ni.”
“Woooo! Haris kau dah lupa ke apa yang dah berlaku pada Intan? Pelacur tu dah rosak sebab lelaki dekat sebelah kau tu.”
“Aku ke?” Anang mencelah.
“Bukan kau la sial!” Bro Kay memaki Anang.
“Oh. Tapi kau yang bunuh Intan kan? Kau lah yang sial.”
“Aku takkan bunuh dia. Tapi Mael Lambung yang bunuh dia. Aku takkan bertindak kejam pada perempuan.”
“Tu apa?” Anang tunjuk ke arah Shafika yang masih terpacak dekat tiang.
“Aku tak terpaksa.” Jawab Bro Kay.
“Sudah!!! Aku nak tamatkan semua ni kerana aku langsung tak faham!” Bentak Haris hilang sabar.
Bakar terus memegang bahu Haris tetapi Haris menepis tangan Bakar. Haris keliru apa sebenarnya yang berlaku. Tertekan dan dia langsung tak ingat peristiwa zaman kanak-kanaknya. Zaman persilatan bersama Tok Ya, guru silat yang mati akibat terjatuh dari gaung itu.
“Kau dah bunuh orang aku. Kau juga patut mati!” Bro Kay tujukan pada Anang lalu mengarahkan anak buah terus menyerang. Salah seorang yang berada di atas sebuah kotak terus melompat turun dan cuba menetak Anang namun Anang cepat mengelak lantas mengeluarkan sepucuk pistol untuk menembak geng Bro Kay itu malangnya Bro Kay bertindak pantas dengan menembak Anang tepat mengena kepala. Darah terpacul keluar lantas Anang mati serta merta.
“Sial!!!” Jerit Haris lalu meluru ke arah Bro Kay dan penjahat itu terus mengacukan pistol ke arah Haris pula namun Bakar pula bertindak pantas membaling kayu tepat mengena tangan Bro Kay mengakibatkan tangan Bro Kay berkalih lantas melepaskan tembakan sipi mengena Shafika di atas sana. Terkejut beruk Shafika mendengar bunyi tembakan itu. Peluh mencurah-curah bagaikan titisan hujan menimpa.
Bakar pula diterajang dari belakang oleh tiga lelaki. Nampak gayanya Bakar terpaksa berhadapan dengan mereka demi meneruskan kehidupan. Bakar jatuh tergolek manakala Haris sedang bertarung dengan Bro Kay.
Haris menyentap tangan Bro Kay lantas menyiku dagu Bro Kay menyebabkan mulut Bro Kay berdarah. Kedua-dua mereka sama hebat dan sama pantas. Giliran Bro Kay pula melibas Haris lalu Haris jatuh di atas papan rapuh. Seraya itu papan tersebut patah hampir tubuh Haris tercucuk pada kayu yang terpacak. Haris terus bangun setelah Bro Kay cuba memijak dada Haris. Tergolek-golek Haris memusingkan badan di atas lantai simen itu. Badan yang terasa kebas akibat jatuh tadi tidak dihiraukan. Bro Kay cuba mendapat pistol yang terlepas tadi namun Haris segera melompat dan menerpa ke arah Bro Kay.
Adegan tarik menarik berlaku. Shafika yang memerhatikan mereka turut cemas. Dia sentiasa  bertukar pandangan melihat Haris kemudian Bakar silih berganti. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana masih terikat di situ.
Tiba-tiba pandangan mata Shafika dicuri oleh satu kelibat. Dia terlihat orang yang dikenali menghendap disebalik tong-tong minyak yang ada. Kelibat itu meminta Shafika tidak membocorkan rahsia.
Di saat Haris sedang bertarung, Bakar pula hampir kecundang. Bahu Bakar sudah terkena tikaman namun Bakar masih berjuang bermati-matian.
“Argh!” Bro Kay mengerang kesakitan namun sempat mengelak tumbukan Haris. Haris juga mengelak apabila Bro Kay membalas tumbukan itu. Masing kelihatan tangkas. Tapi sekarang Haris tersilap langkah kerana kecekapan Bro Kay melibas. Bro Kay hebat dengan libasan maka terkena dada Haris jatuh terhempap. Bro Kay terus mengilas tangan Haris.
“Apa macam Man! Kau nak aku hapuskan kau?” Sempat Bro Kay bertanya.
“Kau bunuh je aku tapi sebelum tu aku nak tahu siapa pengasas Geng Tiger ni!” Haris cuba bergerak tapi segalanya terkunci.
“Jadi kau dah bersedia ingin tahu?”
“Ya!”
“Dia adalah...’
‘Bang!’ tiba-tiba bunyi tembakan dilepaskan. Masing-masing terdiam. Bakar pula berjaya membunuh mereka. Tapi bunyi tembakan itu membuatkan masa seolah-olah terhenti.
“Zamry Rockers?” Haris melihat kelibat Zamry Rockers berjalan mendekati mereka sambil menyelitkan pistol di bahagian belakang pinggang seluar. Tersenyum-senyum Zamry Rockers setelah berjaya membunuh Bro Kay. Haris bertambah keliru. Dia tidak tahu mana yang benar dan mana yang palsu.
Bro Kay tumbang setelah terkena tembakan itu tembus otaknya. Haris segera bangun dan dia berganjak kerana kemunculan Zamry Rockers langsung tidak diduganya.
Bakar yang memegang bahu sendiri akibat terluka itu turut kehairanan. Zamry Rocker masih hidup? Sedangkan kes kemalangan dan letupan kereta mampu membunuh Zamry Rockers ketika itu tetapi sekarang ada di gudang berkenaan.
Apabila berada dekat dengan mereka, Zamry Rockers masih menguntum senyuman. Keadaan ini mengelirukan suasana. Haris merenung tajam ke arah Zamry Rockers.
“Apa semua ni?”
“Zamry! Kenapa dulu kau nak bunuh aku?!” Bakar bertanya.
Haris melangkah perlahan-lahan mendekati Bakar sambil diperhatikan Zamry Rockers yang keseorangan. Mayat-mayat bergelimpangan yang sudah kecundangan.
Setelah Haris tiba dekat Bakar, tiba-tiba dia hampir rebah tidak dapat menahan sakit yang terlalu namun Bakar memaut tubuh itu agar dapat berdiri lagi. Haris lelah selepas bertarung dengan Bro Kay. Bro Kay belum sempat memberitahu siapa sebenarnya pengasas Geng Tiger dan juga Geng Naga. Dia benar-benar ingin tahu berkenaan kes rompakan bersiri dilakukan oleh siapa selain daripada dirinya dan juga Anang. Haris seolah-olah rasa terperangkap.
“Kau masih hidup?” Haris bertanya.
“Aku dah lama mati.” Jawab Zamry Rockers. “Yang kau lihat sekarang bukan aku.” Sambung Zamry Rockers lagi.
“Wacaaa!!!”
‘Dush’
Kepala Zamry Rockers terus dihentak dengan fire extinguishers menyebabkan lelaki itu terhumban lalu pengsan. Dengan begitu mudah ditewaskan. Tewas ditangan Shafika yang termengah-mengah mengerahkan seluruh tenaga semata-mata untuk menghayunkan alat berkenaan yang begitu berat. Berpeluh-peluh Shafika berusaha membawa alat itu dijadikan senjata pemusnah Zamry Rockers.
Wanie melangkah mendekati Shafika. Kehadiran Wanie telah berjaya membuka ikatan Shafika tadi dalam keadaan dia datang secara sembunyi.
“Macam mana kau boleh ada dekat sini Wanie?”
“Bakar yang paksa aku datang.”
“Aku dah sayang kau Wanie.”
Tersipu-sipu Wanie jadinya setelah Bakar mengungkapan perkataan sayang padanya. Bakar meluahkan semua itu sebelum tiba di situ. Mudah menambat hati Wanie yang kesepian. Kekosongan hati telah diisi dengan begitu mudah biarpun sebelum ini Wanie benar-benar membenci Bakar ternyata Bakar bukanlah orang yang jahat cuma terpengaruh sahaja. Bakar datang semata-mata untuk membantu Haris dan selama Wanie bersama Bakar mencungkil rahasia akhirnya bertemu satu bukti tentang Haris.
“Haris.” Panggil Wanie sambil menghulurkan sesuatu.
Tanpa diduga badan Zamry Rockers bergerak dan sedarkan diri. Shafika terlihat lalu dengan pantas Shafika bertindak.
“Haiyaaa!”
‘Dush’ Shafika menumbuk muka Zamry Rockers lalu lelaki itu kembali pengsan. Terkejut Haris melihat tindakan Shafika yang mula berani menyakiti orang lain. Semua itu gara-gara belajar segela keganasan di hadapan mata agaknya.
Haris mengambil sekeping kertas lalu membukanya. Dia terlihat sijil lahir berkenaan. Sijil kelahiran tertulis nama Bakar.
“Apa kena mengena aku dengan benda ni?” Tanya Haris kehairanan.
“Haris! Kita ni adik beradik.” Ujar Bakar. “Dalam sijil lahir tu tertulis nama ibu aku. Dan itu pula sijil lahir kau.” Wanie menghulurkan satu lagi kertas. Di lihat sijil lahir itu pula. Nama ibu yang sama. Biar betul!
“Kita dilahirkan oleh ibu yang sama. Walaupun kita berlainan ayah, kita tetap adik beradik.” Beritahu Bakar.
“Yusdy ayah aku?” Haris masih tergamam. Dia masih terkejut dengan berita itu.
“Yusdy hanyalah ayah tiri aku sahaja. Dia dah mati. Ayah tiri aku seorang penjenayah yang memang diburu tapi identiti yang tersorok berjaya dirungkaikan hanya kerana sekeping gambar dan pedang.” Jelas Bakar lagi.
“Geng Naga?”
“Dia anggota Geng Naga yang diburu tapi berselindung disebalik identiti Geng Tiger. Dia melaga-lagakan puak-puak ni secara tak sengaja. Dan ayah Shafika adalah pengasas sebenar Geng Naga bertengkar dengan Geng Tiger. Tapi aku tak tahu siapa pengasas sebenar Geng Tiger tu yang mempergunakan kau dan aku.”
“Siapa ayah sebenar kau?” Tanya Haris ingin tahu siapa ayah sebenar Bakar.
“Aku tak tahu.”
“Hanya arwah mak sahaja yang tahu.”
“Pak Khalid mesti tahu.”
“Tapi sayangnya dia dah mati.” Balas Bakar semula.
Shafika dan Wanie mendengar sahaja perbualan mereka berdua. Haris masih lagi keliru. Jantung berdegup kencang meramalkan hakikat sebenar. Siapa ayah Bakar itu. Cerita Pak Khalid, berkenaan lelaki panas baran itu adalah ayah Bakar. Sijil lahir itu pula ditemui oleh Bakar dalam rumah Pak Khalid.



ZAMRY ROCKERS diikat. Setelah tersedar maka Haris memaksa Zamry Rockers menceritakan hakikat sebenar. Barangkali Zamry Rockers tahu sesuatu berkenaan penubuhan kumpulan kongsi gelap itu memandangkan Mael Lambung telah pun mati di tangan Bro Kay maka telah hilang satu bukti.
Wajah Zamry Rockers ditepuk-tepuk supaya sedar sepenuhnya oleh Haris. Diperhatikan dalam-dalam wajah itu kemudian Haris memaksa Zamry menceritakan hal sebenar.
“Woi! Bangun la sial!” Maki Haris. “Kau tahu tak aku merana dekat dalam. Lima tahun aku terseksa semuanya angkara puak-puak kau ni yang biadap. Siapa bos Geng Tiger ni?!” Haris terus mengajukan soalan.
Zamry Rockers menyeringai kesakitan akibat dihentak dengan fire extinguishers. Masih jelas terasa sehingga ke saat ini. Kedua-dua kumpulan itu diburu pihak polis. Sememangnya akan ditemukan ke muka pengadilan. Geng Naga berjaya ditumpaskan kini hanya tinggal saki baki Geng Tiger.
“Jangan kasar macam ni. Bagi dia peluang menceritakan hal sebenar.” Shafika menasihati Haris supaya bersabar.
“Kau nak bela dia ni ke? Dia ni jahat!”
“Awak pun apa kurangnya.”
“Aku tak jahat macam dia.”
“Sama je.”
“Apa yang sama?”
“Gangster.” Shafika menyilang tangan lalu menoleh ke wajah Wanie. Wanie terus menarik tangan Shafika. Wajah Wanie berkerut-kerut teringatkan hal yang berlaku di gudang itu. Pertama kali dalam sejarah hidup menyaksikan kes pembunuhan itu. Wanie betul-betul fobia dan takut.
Kini mereka berada di sebuah tempat yang tersembunyi. Haris mahu menyoal siasat Zamry Rockers. Ingin tahu hal sebenar. Hanya makhluk itu sahaja yang masih hidup. 


p/s : ringankan jari jemari anda untuk menghulurkan satu patah perkataan agar bersemangat menyiapkan bab seterusnya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.